Thursday 30 October 2014

Review telemovie - Mr. Istikharah






Assalamualaikum...morning semua..hehe interval sekejap dari menyambung MPO. Ni nak review tentang telemovie Maal Hijrah..iaitu Mr. Istikharah. I love this kind of drama. Jalan cerita yang simple dan punya message yang mendalam. Bila aku tonton drama ini teringat pula aku akan cerita Qada dan Qadar..Ustaz Ariel. *Tersenyum sendiri, kerana Ariel ustaz yang fashionable seperti Ustaz Kamal dan abangnya Hafiez dalam cerita Istikharah ni.
 
Sekali pandang tak ada siapa yang menyangka bahawa dia seorang Ustaz. hehe. Kepada sesiapa yang ada membaca novel Qada dan Qadar tahu bahawa cerita yang aku reka adalah inspirasi dari Ustaz yang sebenar. Jadi aku suka melihat cara Ustaz S..... dressing. Hehe. Ok berbalik kepada cerita Mr. Istikharah ni. Ceritanya memang cute dan lucu sekali ia mengisahkan dua teman rapat serumah dan sekerja mempunyai impian yang sama. Iaitu mahukan Ustaz Kamal (Amar Ashraf) menjadi suami mereka. Aishah (Amyra Rosli) menolak ramai pinangan kerana berharap benar bahawa jodohnya adalah Ustaz Kamal atau lebih tepat adalah Mr. Istikharahnya. Walaupun Aishah tidak menunjukkan bahawa dia meminati Ustaz Kamal namun sebenarnya dia berharap benar bahawa Ustaz Kamal adalah jodohnya. Berlainan pula dengan Mastura (Christina Suzzane) teman sekerja dan juga teman serumahnya yang terang-terang menunjukkan bahawa dia sukakan Ustaz Kamal.
 
Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal. Mereka berdua di beri tugas untuk mendapatkan ikon dalam majalah terbaru mereka dan bos mereka (Fikrie Bakar) memberi senarai nama-nama Ustaz untuk Aishah hubungi dan salah satu Ustaz yang berada di dalam senarai tersebut adalah Ustaz Kamal. Ini membuatkan Aishah cuba untuk menyembunyikan list tersebut dari Masturah. Entah macamana Mastura mendapat list tersebut lalu menghubungi Ustaz Kamal tanpa pengetahuan Aishah.
 
Perbuatannya itu membuatkan Aishah kecewa dan marah pada Masturah kerana memotong jalannya untuk memberi dia peluang untuk berurusan dengan Ustaz Kamal. Hubungan mereka menjadi renggang kerana masing-masing ingin merebut hati Ustaz Kamal. Bila di beritahu Bosnya bahawa nombor yang tertulis di senarai adalah nombor PA Ustaz Kamal iaitu Hafiez. Hendak tak hendak Masturah terpaksa berurusan dengan Hafiez (Ashraf Muslim) manakala Aishah di beri tugas untuk menjadi babysitter anak bosnya.
 
Pelbagai aksi lucu yang berlaku di antara Masturah dan Hafiez. Masturah seringkali di tegur Hafiez kerana tidak berkenankan perangai Masturah bila setiap kali berdepan dengan Ustaz Kamal. Manakala Aishah merasa bosan kerana di tugaskan menjaga anak bosnya.
 
Nak tahu kesudahan cerita Mr. Istikharah dan nak tahu siapa di antara mereka yang mendapat merebut hati Ustaz Kamal. Silalah tonton. Tak tonton rugi...

Untuk drama ini aku beri 5 popcorn.
 
Salam Maal Hijrah!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. tau x bawal yg amyra rosli pakai tu nak carik mane?? hehe

    ReplyDelete
  2. Maaf cik Anonymous tak tahu pula mana nak dapatkan tudung bawal cantik yang Amyra pakai tu..nak tahu juga kat mana menjualnya..

    ReplyDelete
  3. Macam2 tajuk cerita sekarang... huhu

    ReplyDelete