Wednesday 5 June 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 23


Sepanjang perjalanan ke bandar dengan papanya. Anisha meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Dia menceritakan kepada papanya mengenai Affendy. Dia percaya bahawa Affendy itu adalah abg longnya. Papanya tidak pernah bertemu dengan Affendy abangnya Amirul kerana mereka tidak pernah di perkenalkan. Anisha pula tidak mahu dia ke rumah Puan Hasnah kerana dia tidak mahu Affendy dan Amirul tahu akan kedatangannya.

 

“Betul ke Affendy tu abg long kamu Nisa,” soal Dr Azman kurang yakin kerana setahunya abg long sudah meninggal. Benarkah Affendy dan Amirul bersaudara. Adakah ini hanya kebetulan. Betulkah abang long Anisha masih hidup. Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya. Kalau betul abang long Anisha masih hidup kemana dia menghilang selama 7 bulan.

 

“Naluri hati Anisha mengatakan bahawa Affendy, adalah abg long Nisa, pa,” ujar Anisha cuba menyakinkan papanya.

 

“Kenapa harus Nisa ungkitkan kisah lama, bukankah Nisa sudah dapat menerima Amirul dan akan bernikah dengan Amirul tidak lama lagi, Amirul sayangkan Nisa bukan,” soal Dr. Azman kurang mengerti kenapa tiba-tiba Anisha beria-ia mahunya mengenal pasti pemuda yang dianggap abg longnya.

 

“Nisa tidak akan bahagia sekiranya Nisa masih lagi dibelenggu kenangan lama Pa, sekiranya sangkaan Nisa salah Nisa janji tidak akan menoleh ke belakang lagi,”

 

Dr Azman hanya mengeluh kecil. Tidak sampai hati hendak melukakan hati Anisha. Anisha sudah puas menderita. Kehadiran Amirul sedikit sebanyak memberinya lembaran baru.




Amirul ada mengatakan bahawa dia hendak keluar meluangkan masa bersama abang Fendynya, kerana mereka jarang dapat meluangkan masa bersama. Amirul akan mendirikan rumahtangganya tak lama lagi, jadi dia mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama Affendy kerana tidak tahu bila mereka akan dapat bertemu lagi. Affendy sudah membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia selepas majlis perkahwinannya nanti. Anisha tidak membantah lagipun hatinya tidak akan merasa tenteram selagi dia tidak mendapatkan kepastian dari papanya. Hanya papanya sahaja yang dapat membantu meleraikan kekusutan di fikirannya. Kerana papanya pernah melihat abg long. Sudah tentu dia dapat mengecam akan wajah abg long. Anisha berjalan laju menuju kearah café yang Amirul memberitahu kepadanya semasa Anisha bertanya kemana mereka pergi semasa Anisha menelefonnya. Mata Anisha liar mencari kelibat mereka. Matanya terpaku kearah Affendy yang mengenakan polo berwarna blue black sedang berbual dengan Amirul. Mereka tidak perasan akan kehadiran Anisha kerana Anisha tidak masuk ke dalam Café tersebut dia hanya melihat dari luar.

 

“Cuba papa lihat pemuda yang berbaju polo berwarna biru tua tu,” ujar Anisha seraya menunjukkan papanya kea rah pemuda yang dimaksudkan.

 

Dr. Azman memandang kearah wajah pemuda yang ditunjukkan oleh Anisha. Lama dia memerhatikan pemuda itu. Pandangannya tidak salah. Memang itu abg long Nisa. Dia cukup cam wajah anak muda itu.

 

“Itu abg long Nisa kan Pa,” ujar Nisa ingin kepastian dia benar-benar terdesak.

 

“Papa belum pernah lihat pemuda itu sebelum ini,” jawab Dr Azman seraya mengelengkan kepalanya perlahan.

 

“Betul ke Pa, papa pasti itu bukan abg long Nisa,” soal Nisa tidak puas hati. Dia mahu papanya pasti bahawa lelaki itu bukanlah abang longnya.

 

Berat mulut Dr. Azman untuk berbohong dengan Nisa. Namun apakan daya dia tidak mahu Anisha kecewa dan bersedih lagi. Kebahagian Anisha penting.

 

“Papa pasti Nisa,” ujar Dr Azman seraya berlalu dia menarik lengan Anisha untuk menuju kea rah kereta.



To be continued...

No comments:

Post a Comment