Wednesday 5 June 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 22


Hati Anisha tidak tenang sejak siang tadi. Walaupun dia bersama Amirul sepanjang hari namun fikiran bercelaru memikirkan siapa Affendy yang sebenarnya. Anisha sedar Amirul memberitahunya bahawa Affendy sudah pulang. Anisha tidak pernah terserempak Affendy di rumah walaupun mereka tinggal serumah. Seolah-olah Affendy sengaja tidak mahu dirinya di perkenalkan kepadanya sehinggalah pagi tadi di mana Affendy tidak dapat lari bila Amirul menegurnya bila Affendy cuba untuk meninggalkan kami sebaik sahaja kami ke tempatnya. Selama ini Anisha tidak pernah memikirkan apa-apa kerana menyangka Affendy suka bersendirian dan tidak mahu di ganggu. Tapi kejadian pagi tadi membuatkan Anisha merasakan bahawa Affendy seperti menyembunyikan sesuatu dari mereka. Mungkinkah Affendy abang longnya. Hati Anisha menjadi tidak menentu bila memikirkannya. Sedar tidak sedar dia berada di luar pintu bilik Affendy. Anisha mengetuk pintu bilik Affendy yang terdedah. Affendy sedang duduk dan tekun menulis sesuatu.

 

“Abg long,” ujar Anisha.

 

Affendy tidak menoleh.

 

“Abg Fendy,” ujar Anisha lagi.

 

Affendy menyahut seraya menoleh kea rah pintu.

 

“Nisa, ada apa yang abg Fendy boleh bantu,” ujar Affendy agak terperanjat dengan kunjungan Anisha. Dia segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju kea rah pintu.

 

“Maaf sekiranya Nisa bertanya, suara abg Fendy sama seperti suara orang yang Nisa kenali dahulu, adakah abg Fendy orang yang sama,” soal Nisa berterus terang dan tidak mahu berselindung lagi. Dia sudah nekad. Hatinya tidak tenteram sekiranya dia tidak bertanya sendiri pada Affendy.

 

“Abg Fendy rasa Nisa tersilap orang,” jawab Affendy perlahan seraya memandang wajah ayu Nisa. Dia merasa berdosa kerana terpaksa berbohong kepada Anisha. Dia buat ini semua demi kebahagian Nisa juga. Dia tidak mahu Nisa tahu siapa dia sebenarnya. Biarlah ia menjadi rahsia hatinya. Dia redha dengan ketentuan Allah. Anisha bukan jodohnya.

 

“Nisa tidak pernah tersilap orang bang, mungkin dahulu Nisa buta tidak dapat melihat, tapi Nisa dapat mengenali suara orang yang Nisa sayang,” ujar Nisa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Affendy. Dia benar-benar yakin bahawa Affendy adalah abang longnya walaupun Affendy mengatakan tidak.

 

Affendy menjadi serba salah walaupun tidak di tunjukkan kepada Anisha kerana khuatir Anisha akan mengesyakinya dan mengetahui siapa dia sebenarnya. Affendy pasrah walaupun hatinya bagai dihiris-hiris seperti sembilu melihat Anisha bersedih.

 

“Maaf sekiranya Nisa bertanya lagi, adakah abang hanya akan mendiamkan dan  menyaksikan kekasih abang berkahwin dengan orang lain atau abang akan pertahankan cinta abang,” soal Anisha matanya mula ditakungi air. Hatinya benar-benar sebak kerana di sudut hati kecilnya mengatakan bahawa Affendy adalah abang longnya walaupun Affendy cuba menafikannya.

 

“Apa ertinya lagi soalan ini Anisha, orang yang mati tak akan hidup kembali,”ujar Affendy sebak. Ingin sahaja Affendy mengesat air mata Anisha dan mengatakan bahawa dia adalah abang longnya dan sememangnya dia cintakan Nisa dan mahu membina hidup bersamanya. Tapi apakan daya dia tidak dapat berbuat demikian.

 

“Saya tak cakap tentang orang yang telah mati, baiklah terima kasih di atas penjelasan abang Fendy,” ujar Anisha air matanya mengalir laju.

 

“Maafkan abang Fendy kerana tidak dapat membantu Anisha,” jawab Affendy perlahan.

 

Anisha mengesat airmatanya perlahan seraya berlalu menuju kea rah biliknya. Dia tahu Affendy cuba menafikannya kebenaran. Anisha percaya bahawa Affendy itu adalah abang long, akan tetapi dia tidak mampu untuk membuktikan kesahihannya kerana dia tidak tahu dan mengenali wajah abang long. Anisha memerlukan seseorang yang pernah melihat abg long untuk mengesahkan bahawa Affendy itu adalah kekasih hatinya.

 

“Eh Nisa nak kemana puas Rul cari,”ujar Amirul bila dilihatnya Anisha tergesa-gesa ingin menuju ke anak tangga.

 

Anisha segera menyeka air matanya. Tidak mahu Amirul mengesyaki dia menangis.

 

“Kenapa Nisa sedih, Nisa tak bahagia ke,” soal Amirul bila dilihatnya Anisha seperti sedang menangis walaupun Anisha cuba menyembunyikan wajahnya dengan memandang ke arah lain tanpa memandang ke arahnya.

 

“Nisa bahagia Rul,” jawab Nisa cuba menyembunyikan perasaannya. Dia tidak mahu Amirul tahu dia sedang bersedih.

 

“Jangan hendak berbohong dengan Rul, gadis yang pernah memarahi Amirul terang-terangan dahulu, kini tidak berani menatap wajah Rul, apa yang Nisa cuba sembunyikan dari Rul,” ujar Amirul dia menyentuh dagu Anisha agar wanita itu memandang kepadanya.

 

“Tak ada apa-apa,” jawab Nisa berdalih.

 

“Nisa do you know that I love you so much, dan Rul tidak akan membiarkan Anisha bersedih hati,”ujar Amirul seraya tersenyum.

 

Affendy yang berada di biliknya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Sebak hati Affendy bila mendengar akan pengakuan Amirul mencintai Anisha kerana dia terlebih dahulu mencintai Anisha. Tapi apakan dayanya dia tidak bisa melawan takdir Anisha bukan jodohnya.

 

 
To be continued...

No comments:

Post a Comment