DANIA
menarik wajah masam sebaik sahaja Nik menghampiri mejanya. Hampir setengah jam
dia menunggu Nik di restaurant. Nik selalu lambat setiap kali bertemu
dengannya. Hari ini, Nik lambat lagi. Namun begitu dia rela menunggu asalkan
Nik datang bertemu dengannya. Kerana dia cinta dan sayangkan lelaki itu.
“Sorry I lambat!,” ujar
Nik lalu duduk di kerusi hadapan Dania. Dia mencapai menu di hadapannya lalu
memesan latte kepada pelayan restoren.
“Latte aje?? You tak nak makan ke?,” tanya Dania bila
Nik hanya memesan latte sahaja dan
tidak mahu makan malam.
“I dah kenyang,” jawab
Nik ringkas.
“Dah kenyang?? You dah
makan dinner ke?,” tanya Dania dengan
wajah terperanjat. Bukankah mereka akan makan malam bersama. Kenapa Nik sudah
makan malam pula.
“Dah kat rumah,” jawab Nik.
“Nik!! How could you??
Habis? Tak kan I nak makan seorang,”
ujar Dania dengan nada kecewa. Penat-penat dia menunggu. Dia sangka dapat makan
malam bersama dengan Nik. Tapi lelaki itu sudah makan di rumah dan tidak mahu
makan bersamanya.
“I datang temankan you Dania, so just eat, don’t make a big fuss about it!,” ujar Nik perlahan
lalu memandang wajah Dania.
Dania terkedu bila Nik memarahinya. Dia tidak tahu kenapa Nik
tidak pernah menyayanginya sepertimana Nik menyayangi Lia. Dia merasa cemburu
dengan Lia. Selagi ada Lia di hati Nik. Selagi itu Nik tidak akan mencintai dan
menyayanginya.
“Kenapa you tak pernah treat me the same way you treat your wife?,”
ujar Dania dengan rasa tidak puas hati. Nik tidak pernah melayannya sebagaimana
Nik melayani Lia. Dia juga ingin di belai dan di manja oleh Nik kerana dia
benar-benar sayangkan Nik. Namun musuhnya juga yang berjaya memiliki hati Nik.
Dia cintakan Nik sejak dari sekolah lagi. Hanya Nik tidak pernah
memberinya peluang untuk mencintainya. Malah dia tidak menyangka Nik dan Lia
bersatu kerana Dania percaya Lia bercinta dengan Eryan manakala Nik tidak
pernah berkenan pada perangai Lia.
“You knew very well that I
don’t like you to talk about my wife? You tahu I tak hendak jumpa you
hari ini because I’m not in a mood, but
you still insist! So, don’t put a blame on me!,” ujar Nik cuba mengawal
perasaan marahnya bila Dania seringkali mengungkit tentang Lia.
“I’m sorry sayang! I know you tak suka I sentuh tentang Lia, but I
can’t help it! I ada hati dan perasaan juga Nik, I’m jealous you know!,” ujar Dania dengan perasaan sebak.
Dia tidak mengerti mengapa Nik tidak pernah menjaga hati dan
perasaannya. Memang benar Nik bakal menjadi suaminya tapi hati Nik hanya pada
Lia. Dan dia tidak dapat memenangi hati Nik selagi Nik masih cintakan Lia.
“I’m sorry if you feel that
way! I told you many times, I will always love Lia, tapi you masih mahu meneruskan hubungan kita,
jadi you hendak salahkan I!,” ujar Nik memandang tepat ke wajah
Dania bila wanita itu meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Nik. Bukan Dania
tidak tahu, hatinya hanya pada Lia dan dia cintakan Lia.
“What is so special about
today that I can't meet you??? And you moody dengan I terus menerus ni Nik?,” ujar Dania bila Nik tidak seperti dirinya hari ini. Nik
kelihatan moody and cranky. Selalunya, walaupun
Nik tidak mesra padanya, Nik tetap melayan kehendaknya. Tapi hari ini Nik
langsung tidak ada mood untuk
melayannya malah marah-marah padanya dari tadi.
Nik tidak bersuara bila pelayan restoren menghidangkan minuman
yang di pesan dan juga steak Dania.
Dania memandang wajah Nik bila lelaki itu hanya diam sahaja.
“I don’t have mood to eat
now!,” ujar Dania lalu menolak pinggan steaknya.
Dia mencapai gelas air putih lalu meneguknya perlahan. Panas hatinya di
buatnya. Tujuannya bertemu dengan Nik hari ini kerana dia merasa rindu pada
lelaki itu. Dia terasa hati dengan kelakuan Nik yang tidak pernah
menghargainya.
Dia sudah lama bersabar dengan Nik. Nik selalu buat tidak endah
tentang hati dan perasaannya. Dia seperti tidak mengenali Nik. Nik yang di
kenali dahulu dan Nik sekarang benar-benar berbeza. Nik dahulu, seorang lelaki
yang baik hati dan tidak akan menghampakan hati orang lain. Tidak seperti Nik
di hadapannya yang berhati batu dan tidak berperasaan.
Nik mencapai pisau dan garfu dihadapannya. Dia memotong steak di pinggan lalu menyuakan steak yang dipotong kecil ke mulut
Dania.
Dania enggan membuka mulutnya.
“I’m sorry for treating you
that way, give me some time ok,” ujar Nik dengan nada memujuk. Dia merasa
bersalah membuatkan Dania begitu. Dania tidak salah apa-apa padanya.
Dania hanya menjeling bila Nik cuba memujuknya.
“Please!!!,” ujar Nik
lalu tersenyum bila Dania masih enggan membuka mulutnya.
Dania tidak mengendahkan pujukan Nik lalu memalingkan wajahnya ke
arah lain.
“I kasi pada perempuan
lain!,” usik Nik mahu bangkit dari kerusi bila Dania masih merajuk dengannya.
Dania segera menarik lengan Nik tidak membenarkan lelaki itu bangun.
Nik tersenyum lalu menyuapkan potongan steak itu ke dalam mulut Dania.
bersambung....
No comments:
Post a Comment