Monday, 25 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 28


 
 
 
FAEZAH menoleh kearah suaminya yang duduk di sebelah dan memandang wajah anaknya semula, bila Nik kelihatan berselera makan hidangan yang di sediakan malam ini seolah-olah Nik tidak makan tengahari siang tadi.

 
 
Dia menyediakan hidangan kegemaran seperti yang Nik minta. Ayam masak merah dan salad telur sambal kacang. Lauk itu juga yang sering di masak Lia bila Nik meminta dia masakan untuknya.

 
 
“Nik tak keluar malam ni?,” tanya Puan Faezah. Dia tahu hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Nik yang ke 2 tahun.

 
 
“Keluar,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang.

 
 
Dia mencuci tangannya di mangkuk yang disediakan lalu mencapai napkin dan mengelap mulutnya perlahan. Dia mencapai sebiji buah anggur lalu di masukkan kedalam mulutnya lalu di kunyah perlahan.

 
 
“Keluar dengan siapa?,” tegur Nik Farhan lalu memandang wajah anaknya.

 
 
“Dania,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari kerusinya. Dia mendaki anak tangga menuju kearah biliknya.

 
 
Puan Faezah hanya mengeluh kecil melihat Nik berkelakuan begitu. Dia menoleh kearah suaminya. Suaminya memberi pandangan yang sama. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa hanya Nik sahaja yang mampu mengubah dirinya sendiri, tiada orang lain. Mereka tidak tahu sampai bila anak lelakinya akan berkelakuan dan berkeadaan begitu. Dahulu Nik tidak begitu. Nik seorang lelaki yang penyayang dan seorang lelaki yang penyabar.

 
 
Nik sudah banyak berubah dan dia kurang bicara.

 
 
“Nik ada cakap dengan awak bila dia hendak nikah dengan Dania?,” tanya Nik Farhan kepada isterinya.

 
 
“Tak ada,” jawab Faezah perlahan kerana Nik tidak berbincang mahupun bercakap apa-apa padanya tentang Dania mahupun tentang dirinya. Nik jarang berbual dengannya sekarang. Sepatah di tanya, sepatah juga jawapan yang akan dia terima dari Nik.

 
 
Dia sedih melihat keadaan Nik begitu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain memberi nasihat kepada anaknya. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Nik dan berharap Allah akan memakbulkan doa-doanya suatu hari nanti. Dia tidak sanggup melihat Nik begitu.

 
 
“Dania pula ada kata apa-apa pada awak?,” tanya Nik Farhan lagi. Dia tahu Dania selalu menghubungi isterinya dan mereka berdua kadang kala keluar bersama jika Nik tidak mempunyai masa untuk Dania.

 
 
“Dania kata Nik tiada perubahan, sama sahaja setiap kali keluar dengannya, hanya jasadnya berada di sini namun hatinya entah ke mana,” jawab Faezah perlahan.

 
 
Dia merasa kasihan pada Dania kerana perlakuan anak lelakinya. Salah dia sendiri kerana memaksa Nik untuk menjalinkan hubungan dengan Dania walaupun dia tahu Nik sayangkan Lia. Tujuannya menemukan Nik dengan Dania semula agar anaknya kembali ceria seperti dahulu. Namun usahanya tidak berhasil kerana Nik tetap sama.

 
 
“Nik tak sukakan Dania? Jika dia tidak suka kenapa awak paksa dia?,” ujar Nik Farhan bila isterinya berkata demikian.

 
 
“Saya tiada pilihan lain abang, saya ibunya, saya tak sanggup lihat Nik menderita begitu, saya hendak lihat dia bahagia, saya mahukan anak kita kembali seperti dahulu,” ujar Faezah dengan nada sedih. Dia mahu mengembalikan keceriaan dalam hidup Nik.

 
 
“Saya tahu, saya juga mahu anak kita kembali tapi jika Nik tidak sukakan Dania jangan di paksa! Awak tak kesiankan Dania ke? Terang-terang Nik tidak cintakan Dania, dan Nik hanya bersama Dania kerana tidak mahu menghampakan hati awak, biarkan Nik mengubat hatinya dengan caranya sendiri,”

 
 
“Entahlah abang, saya sebenarnya sudah hilang ikhtiar tidak tahu bagaimana hendak membantu Nik, saya hilang satu anak bang, saya tidak mahu kehilangan seorang lagi!,” jawab Faezah dengan linangan air mata kerana merasa sebak dan sedih.

 
 
“Sabarlah Zah! Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku, jangan bersangka buruk pada Allah! Kita doakan yang terbaik buat Nik,” jawab Nik Farhan perlahan memujuk hati isterinya.
 
 
NIK membuka pintu kereta lalu masuk. Enjin kereta di hidupkan. Lia keluar dari pintu lalu mengenakan kasut dan berjalan menuju kearah kereta. Lia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja Lia menutup pintu, Nik mengundurkan keretanya laju. Lalu memandu menuju kearah jalan besar. Keadaan jalanraya yang kesesakkan membuatkan kereta yang di pandu Nik bergerak perlahan-lahan.
 
Sorry abang, Lia tak sempat masak tadi, sebab tolong Yana hingga terlupa masa, abang maafkan Lia bukan? Yana minta tolong dari Lia last minute, kita raincheck our dinner ok!,” ujar Lia dengan wajah bersalah lalu menoleh memandang wajah Nik.
 
Nik hanya mendiamkan diri.
 
Dia tahu pasti Nik marah padanya kerana dia tidak masakkan makanan kegemaran Nik seperti apa yang telah dia janjikan padanya siang tadi. Dia terlupa hendak memberitahu Nik dia tidak sempat memasak. Sudahnya ibu mertuanya yang memasakkan lauk kegemaran suaminya.
 
“Lepas wedding Yana, I promise akan masakkan apa sahaja yang you suka ok sayang!,” ujar Lia lagi cuba memujuk Nik.
 
Nik tidak memandang kearah Lia, dia hanya menumpukan perhatian pada jalan raya. Nik menghidupkan stereo keretanya.
 
Lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku berkumandang di corong radio. Nik membiarkan lagu itu berkumandang. Dia tahu lagu itu adalah lagu kegemaran Lia.
 
“Lagu ni lagu favorite I!!!,” ujar Lia dengan wajah teruja bila lagu itu berkumandang di udara. Lia turut bernyanyi bersama.
 
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
 
 
                        Nik menukar ke station lain.
 
 
                        “Sayang!! Kenapa you tukar station lain??? I suka lagu tu!,” ujar Lia bila Nik tiba-tiba menukar ke station lain.
 
 
                        Kali ini lagu dari nyanyian Alyah – Sesal Separuh Nyawa berkumandang di corong radio.
 
                        OMG!!! I love this song!, You jangan tukar station lain!,” ujar Lia lalu menepuk bahu Nik tidak membenarkan lelaki itu menukar kepada station lain kerana dia suka lagu itu.
 
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
 
                        Nik mematikan terus stereonya kerana tidak mahu mendengar radio.
 
                        “Sayang! You tak fun lah, boring tau tak dengar radio dalam kereta,” ujar Lia lalu menarik wajah masam. Dia menjeling kearah Nik. Dia tahu Nik tidak suka di ganggu semasa dia sedang memandu.
 
                        Nik memberhentikan keretanya.
 
                        Thanks dear! I love you!,” ujar Lia lalu mencium pipi Nik lalu menanggalkan tali keledarnya. Dia membuka pintu lalu keluar. Dia melambaikan tangan kepada Nik namun lelaki itu hanya memandu terus tanpa menoleh kearahnya.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 





2 comments:

  1. Sis , im curious here, act lia ni exist or not..ke dia dah xde and just imaginasi nik..huhuhu

    ReplyDelete