June 2015. Tempat di Malaysia
NIK duduk bersandar di kerusinya lalu menoleh memandang ke arah
kotak cincin yang berada di atas mejanya. Kotak itu diambil, lalu cincin yang
terdapat di kotak itu ditarik keluar dari tempatnya. Cincin itu dibelek
perlahan.
“Cantik cincin your ibu sayang! I suka! Thanks for giving me this
ring!,” jawab Lia lalu memeluk dan mencium pipi Nik mesra. Lia tidak jemu
membelek dan mengagumi cincin berlian mas kahwin ibu Nik yang diberikan
kepadanya setelah mereka bernikah. Cincin berlian itu sungguh cantik di
matanya. Dan Lia tidak mengizinkan Nik membesarkan cincin itu kerana tidak mahu
merosakkan cincin itu. Walaupun cincin itu sedikit ketat di jarinya. Dia tetap
mahu memakainya kerana cincin itu adalah cincin ibu Nik.
“Do
you remember cincin ini juga yang I tunjukkan kepada polis di Rome masa I
selamatkan you dulu?,” ujar Nik lalu memeluk pinggang Lia erat. Wajah cantik
isterinya di pandang dengan penuh kasih sayang.
“Oh
yeah! Baru I ingat!, Thanks sayang!,” jawab Lia dengan wajah teruja. Nik memberitahu
polis Rome bahawa Lia mencari cincinnya di Trevi Fountain untuk menyelamatkan
dia dari tidur di dalam lokap. Lia tersenyum sendiri mengingati pertemuannya
dengan Nik semula.
Deringan dari handphonenya mematikan lamunan Nik. Dia
menyimpan cincin itu ke dalam kotak semula. Kotak cincin itu ditutup dan di
simpan di dalam laci. Nik mengunci lacinya.
Nik mencapai handphonenya lalu menjawab panggilan
telefon.
“Sayang you belum keluar office lagi, I dah penat
menunggu you di lobby??,”
“I tak janji hendak jumpa you
hari ni Dania,” jawab Nik perlahan lalu mengeluh kecil.
Dia sememangnya tidak ada mood
langsung hari ini. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa, Dania terutama
sekali. Dia mahu bersendirian hari ini.
“Sayang! How can you say that..I ni tunang you Nik! I baru balik duty and come
straight to see you! I don’t deserve to be treated this way sayang!,” marah
Dania bila Nik mengatakan tidak mahu bertemu dengannya.
Dia baru pulang dan tidak sempat tidur langsung dan terus ke
pejabat Nik untuk bertemu dengannya, kerana dia terlalu rindukan Nik. Hampir
seminggu dia tidak bertemu dengan Nik.
Nik mengeluh perlahan
bila Dania marah padanya.
“You baru balik Dania, why
don’t you sleep and rest, kita jumpa malam nanti? I will come and fetch you,” ujar Nik lalu bangkit dari kerusi dan
menuju kearah glass panel di
hadapannya. Dia melemparkan pandangan kearah luar.
Dania mengeluh di hujung
talian bila Nik tidak mahu bertemunya. “Okaylah, you janji kita jumpa malam nanti?,” ujar Dania hampa.
“Ok.., you just wait at the lobby, I will get Fahmy to send you home,” ujar Nik cuba
menyejukkan hati Dania. Jika Dania mengatakan dia datang terus ke pejabatnya.
Ini bermakna Dania tidak memandu dan menaiki teksi dari Airport.
“Ok dear! I miss you!!! See you tonight!,” Dania mengeluh lagi.
“See you!,” jawab Nik dengan suara mendatar lalu mematikan handphonenya.
Dia berjalan menuju
kearah mejanya lalu mencapai gagang telefon. Dia menekan intercom.
“Nora, minta Fahmy
hantarkan Dania pulang ke rumah, she’s at
the lobby, Thanks Nora,” ujar Nik lalu meletak gagang telefon kembali ke
tempat asalnya.
Dia berjalan menuju
kearah sofa panjang membuka butang jaketnya lalu berbaring di atasnya. Dia
memejamkan matanya.
“Penat eh sayang?? You nak I urutkan kepala you?,”
Nik menoleh kearah kiri.
Lia tersenyum memandang kearahnya.
Nik menoleh ke arah
depan semula.
“Kenapa ni sayang?? You marah pada I ke?,” ujar Lia bila Nik tidak melayannya. Dia duduk di atas side table lalu mengurut kepala Nik
perlahan.
Nik tidak menjawab malah
memejamkan matanya rapat.
“You ingat tak hari ini, hari apa sayang??,” tanya Lia dengan wajah excited sambil mengurut kepala Nik.
Nik masih diam seperti
tadi. Tiada reaksi dan jawapan darinya.
“You tak ingat??,” ujar Lia bila Nik tidak menjawab pertanyaannya
malah mendiamkan diri sahaja.
“Sayang?? Hari ini hari Anniversary kita yang ke 2 tahun! How can you forget! You memang tak
sayangkan I lagi kan!,” ujar Lia lalu
mencubit lengan Nik bila lelaki itu tidak mengingati hari ulangtahun
perkahwinan mereka.
Nik mengelengkan
kepalanya perlahan.
“Sayang! You nak makan apa malam ni??? I masakkan untuk you! You suka masakan I kan? I masak special untuk you, ok I balik dulu beli barang-barang, make sure you balik siang malam ni ok dear!,” ujar Lia lalu bangun dan menuju kearah pintu. Wajahnya
kelihatan ceria. Dia mahu masakkan makanan istimewa buat suami tersayang
sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.
“Happy 2nd Anniversary sayang!,” ujar Nik perlahan bila
Lia tiada di dalam pejabatnya.
bersambung.....
Nik curang ke? Oh my, please dont..tsk tsk. Kesian dgn lia.. hmmm
ReplyDeleteWhat??? Nik curang!!! Tsk..tskk... :(. Apapun teruskan membaca ye. Thanks Sis.
Delete