LIA
mencari-cari kelibat Nik. Bibirnya menguntum senyum bila dia lihat Nik masih
bersama kenalan Madam Sharon dan mereka sedang leka memerhatikan sebuah lukisan
yang terdapat di dinding Madam Sharon.
Wanita itu memaut lengan Nik ketika Nik sedang menerangkan lukisan
itu kepadanya. Wanita itu kelihatan asyik memandang wajah Nik menunjukkan dia
suka pada lelaki itu bila lelaki itu menerangkan sesuatu. Lia tahu akan
pandangan sebegitu.
Ini tidak boleh jadi. Hendakkan khidmat professional Nik mengenai barangan antics atau lebih dari itu? Lia
menghampiri Nik lalu menyentuh bahu lelaki itu perlahan. Nik menoleh bila
terasa bahunya di sentuh seseorang. Wanita yang berada di sebelah Nik menoleh
memandang ke arahnya.
“Ikut I pergi luar, I bosanlah!!,” bisik Lia ke telinga Nik.
“You tak nampak ke I tengah sibuk sekarang!,” jawab Nik
lalu membuahkan senyuman kepada teman Madam Sharon di sebelahnya. Dia sedang
sibuk menerangkan kepada Carena mengenai lukisan di hadapannya kerana Carena
ingin tahu apa yang tersirat di sebalik lukisan itu, Lia datang menganggunya.
“Suka hati you lah,
kalau terjadi apa-apa pada I, you
jawab pada pakcik I sebab dia tahu I keluar dengan you,” ugut Lia lalu
berjalan meninggalkan Nik dengan perasaan marah.
Dia benci pada Nik kerana Nik langsung tidak menjaga hatinya.
Membawanya ke majlis ini, namun Nik tidak melayan dan ada bersama dengannya.
“Mi dispiace mi scusi, ci sono cose urgenti che devo partecipare,
vediamo il Lunedi nel mio ufficio?,” (I'm sorry Carena, please excuse me,
there's urgent things that I have to attend, see you on Monday at my office?) ujar Nik kepada teman Madam Sharon.
“Ok, vedo il Lunedi,
Nik,” (Ok, I see you on Monday, Nik)
Hati Nik merasa tidak
senang bila Lia mengugutnya begitu. Dia berjalan laju mengejar Lia yang sudah
keluar dari mansion Madam Sharon
menuju ke arah jetty. Kemana Lia hendak pergi?
Nik mempercepatkan
langkahnya bila dilihat Lia menaiki sebuah sports
boat peribadi yang terdapat di situ.
“You nak pergi mana Lia?? Ini boat
siapa??,” ujar Nik bila Lia menaiki boat yang terdapat di situ dengan selambanya.
Nik dapat merasakan Lia cuba mencari masalah dengannya lagi.
“Madam Sharon! kalau you nak ikut naik! Kalau tak nak, tak
apa!,” jawab Lia dengan wajah selamba. Lia memulas kunci lalu menghidupkan
enjin boat.
Dia memandang wajah Nik
bila lelaki itu masih lagi berdiri tercegat di jetty dan tidak menunjukkan
tanda-tanda dia akan ikut menyertainya. Lia sudah nekad, jika Nik tidak mahu
ikut. Dia akan memandu boat ini
sendiri.
Nik kelihatan serba salah
bila Lia berdegil. Dia sebenarnya agak keberatan untuk menyertai Lia. Namun dia
tiada pilihan lain kerana Lia seorang wanita degil dan dia tidak akan mendengar
cakapnya. Mahu tak mahu dia terpaksa menurut kehendak Lia.
“You can’t let me have peace of mind don’t you! You always want to find trouble!,”
jawab Nik marah lalu menaiki boat
yang Lia naiki.
Lia tersenyum bila Nik
terpaksa menaiki boat bersama
dengannya. Jadi saranan Madam Sharon untuk Lia mengunakan speed boat peribadinya adalah idea yang bijak sekali, Madam Sharon
mengatakan pada Lia, jika Nik tidak sayang padanya. Nik tidak akan menaiki boat itu walaupun dia dipaksa. Ini
menunjukkan Nik sayang padanya maka Nik tidak akan membiarkan dia menaiki boat itu seorang diri.
“Let me drive, can you put on the safety vest!,” ujar Nik lalu menoleh ke arah Lia sekilas. Dia
merasa tidak senang hati bila wanita itu tidak memakai vest keselamatan.
Lia duduk di belakang Nik
namun dia tidak mendengar saranan Nik untuk memakai vest malah dia leka duduk
diam menikmati keindahan malam manakala boat
yang di pandu Nik laju membelah laut dalam.
Nik mengelengkan
kepalanya perlahan bila wanita itu masih berdegil dan tidak mahu memakai vest
keselamatan seperti diminta.
Nik memerlahankan had
kelajuan boat yang di pandunya kerana
sudah berada agak jauh dari jetty, lalu mematikan enjin. Boat yang mereka naiki terumbang-umbang setiap kali air laut bergelombang.
Malam sunyi hanya kedengaran bunyi air berkocak perlahan.
Nik menuju ke belakang
duduk di sebelah Lia lalu menyandarkan badannya perlahan, kakinya dilunjurkan
manakala kepalanya disandarkan lalu menongak memandang ke arah langit. Berjuta
bintang berkedip kedip seperti berlian membuatkan malam kelihatan begitu indah.
Lama dia tidak menikmati keindahan malam sebegini.
Sewaktu ketika dahulu dia
rajin menemani Fiqa pergi memancing. Mereka akan menyewa boat dan pergi
memancing di laut. Pergi waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Dia rindu
akan kenangan yang pernah di lalui bersama Fiqa. Setelah Fiqa tiada, Nik tidak
lagi ke laut menaiki boat hingga ke hari bila dia dipaksa Lia.
“Cantik kan!,” Lia tiba-tiba
bersuara setelah agak lama mereka berdua diam dan hanya memandang ke arah
langit yang terbentang luas.
“Cantik..,” jawab Nik
ringkas tanpa mengulas panjang. Dia bangkit dari tempatnya lalu menuju ke arah tempat
pemandu semula.
“Nik dah nak balik???
Sekejap nya! Kita baru duduk sini dalam 15 minit!,” ujar Lia bila Nik mahu
pulang ke jetty semula kerana dia
beralih ke tempat pemandu semula. Dia belum puas merasa keindahan waktu malam menaiki
boat. Nik sudah mahu pulang semula.
“Dah malam,” jawab Nik
ringkas.
Lia mendengus perlahan
bila Nik berkeras mahu pulang ke jetty sedangkan dia masih belum puas berada di
sini bersama Nik. Lia merasa masih terlalu awal untuk kembali ke rumah Madam Sharon.
Lia bangun menanggalkan kasutnya lalu berjalan menuju ke belakang boat dia sengaja berdiri di hujung boat sambil memeluk tubuh menandakan dia
memprotes dan tidak mahu pulang.
“I belum nak balik lagi!!! It’s
still early, the night is still young Nik!,” ujar Lia lalu menarik wajah panjang.
Malam ini sungguh indah
dan romantis sekali. Mereka berdua menaiki boat menikmati keindahan malam.
Masakan Nik tidak rasa apa yang dia rasa? Atau Nik memang tidak rasa malam ini
romantis kerana dia tidak punya perasaan begitu terhadap dirinya?
“Jangan degil..for once, please listen to me! You better
come and sit next to me!,” arah Nik kerana Lia masih belum memakai vest yang di suruh pakai tadi dan dia
berdiri begitu dekat di hujung boat.
Kenapa Nik mahu segera
pulang ke Jetty? Nik tak fun! He’s boring! Lia merungut dalam hati.
Lia tiba-tiba tersenyum bila dia mendapat idea bagaimana untuk mendapatkan
perhatian Nik.
“Nik!!!! Help me!!...,” jerit Lia sebelum dia
terjatuh ke dalam laut.
“LIA!!!,” jerit Nik
segera menuju ke arah belakang boat
bila Lia terjatuh ke dalam laut. Jantungnya berdebar kencang kerana merasa
cemas bila Lia tidak kelihatan di permukaan laut, ini bermakna Lia tidak pandai
berenang dan dia telah tengelam ke dalam laut, dan Lia juga tidak memakai vest keselamatan.
“Lia!!!!...,” jerit Nik sekali
lagi. Dia segera menanggalkan jaketnya dan kasut lalu terjun ke dalam laut
untuk menyelamatkan Lia.
Lia berenang naik di atas
permukaan air semula setelah dia merasakan sudah agak lama dia menahan nafas dan
menyembunyikan diri di dalam air tadi. Seperti yang dijangka Nik tidak berada
di boat dan dia pasti Nik sedang
menyelam ke dalam laut mencarinya. Lia tersenyum sendiri kerana Nik sayang pada
dirinya.
Lia berenang perlahan menuju
ke arah boat. Dia memaut hujung boat dan naik ke atasnya dia mencapai
jaket Nik lalu di sarungkan ke badannya kerana kesejukkan, dia duduk menunggu
sehingga Nik naik ke permukaan air. Dia tahu Nik pandai berenang kerena lelaki
itu pernah menyelamatkannya dahulu.
Dan Lia kini pandai
berenang. Sejak dia hampir mati kelemasan. Lia mengambil kelas berenang dan sekarang
sudah mahir berenang. Dia pura-pura lemas tadi kerana dia sengaja mahu membuatkan
lelaki itu merasa panik.
“Lia!!! Where are you Lia!!,” jerit Nik sebaik
sahaja dia berada di permukaan air. Puas dia mencari Lia semasa dia menyelam
tadi. Tapi Lia tidak ada.
“Tak sangka you care about me Nik!,” ujar Lia lalu
tersenyum bila wajah lelaki itu kelihatan benar-benar cemas tadi.
Nik segera menoleh kearah
Lia yang sedang duduk tersenyum di hujung boat
memakai jaketnya untuk memanaskan badannya.
“You think this is fun????? You
are too much!! It’s not funny at all Lia!!,” ujar Nik berang lalu berenang
kembali ke arah boat. Dia memaut hujung boat dan naik ke atasnya.
Nik benar-benar marah dan
kesal. Hatinya benar-benar radang dengan perbuataan Lia yang melampaui batas. Lia
mengangap semua perbuataannya tadi hanyalah gurauan semata-mata dan Lia tidak
pernah fikirkan tentang perasaan orang lain.
Dia mencapai vest yang berada di sebelah Lia lalu dipasangkan
kebadan Lia. Tanpa berkata apa dia menarik lengan Lia menuju ke arah depan dan
mendudukkan Lia di sebelahnya.
Dia menghidupkan enjin
boat lalu memusingkan boat menuju ke arah jetty semula. Tiada satu perkataan
pun keluar dari mulutnya dan wajahnya kelihatan benar-benar kecewa.
Lia menelan air liurnya
perlahan merasa kecut dan gerun bila melihat wajah Nik yang garang dan Nik
hanya mendiamkan diri sepanjang dia memandu boat menuju ke arah jetty.
Salah Lia sendiri kerana
membuat perkara sebegitu. Dia tahu pasti Nik merasa cemas bila dia terjatuh ke
dalam laut tadi. Niatnya hanya mahu bergurau dengan Nik. Dia tidak menyangka
perbuataannya itu telah membuatkan Nik begitu marah padanya.
“I’m sorry Nik,” ujar Lia dengan wajah bersalah sebaik sahaja Nik
mematikan enjin boat setelah mereka tiba di jetty.
“NO POINT KEEP ON SAYING SORRY...BUT YOU WILL DO IT AGAIN AND AGAIN!!!,”
ujar Nik dengan perasaan hampa tanpa menoleh ke arah Lia.
Dia benar-benar kecewa
dengan sikap Lia. Dia berjanji selepas menghantar Lia pulang, dia tidak mahu
bertemu atau ada hubungan apa-apa lagi dengan Lia. Dia sudah merasa serik.
Hampir kering darahnya tadi bila Lia terjatuh ke dalam laut. Lia menganggap
perbuataannya tadi itu lucu. Bagi Nik, ianya tidak lucu langsung bila ianya
melibatkan nyawa seseorang.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment