DANTE memberitahu Nik bagaimana dia bertemu dengan Lia. Dante
memberitahu Nik bahawa Lia benar-benar menyesal dengan perbuataannya tempoh
hari. Dante juga memberitahu Nik, Lia tidak seperti wanita yang di temui tempoh
hari yang full of life and energetic.
Wajahnya kelihatan sedih mungkin kerana Nik tidak mahu bertemu dengannya dan
dia berharap Nik dapat memaafkannya.
Nik hanya mendiamkan diri bila Dante
memberitahunya tentang keadaan Lia. Nik sudah memaafkan Lia, namun dia masih
belum bersedia untuk bertemu dengan wanita itu kerana dia mahu bersendiri.
Nik mengeluarkan handphonenya dari poket seluar sebelum
dia keluar dari perut lift lalu terlanggar seseorang.
“I’m
sorry Nik,” ujar wanita yang melanggarnya lalu masuk ke dalam lift.
Nik menoleh ke
arah wanita itu merasa hairan kerana dia tidak pernah lihat atau bertemu dengan
wanita itu sebelum ini. Bagaimana wanita itu mengetahui namanya? Belum sempat
Nik bertanya pada wanita itu pintu lift sudah tertutup rapat.
Nik kembali
memandang ke arah handphonenya lalu memeriksa
beberapa email mengenai kerja sambil berjalan perlahan menuju ke arah entrance lobby. Sekali lagi dia dilanggar
seseorang.
“Mi dispiace! Nik,” (I'm sorry! Nik) ujar pekerja DHL yang
telah melanggarnya lalu berjalan tergesa-gesa menuju ke arah front kaunter
bangunan.
Nik menoleh ke
arah lelaki itu bila dia terdengar dengan jelas lelaki itu menyebut namanya.
Namun seperti tadi belum sempat dia ingin bertanya lebih lanjut, lelaki itu
telah pun berjalan laju menuju ke arah lobby
lift. Nik mengelengkan kepalanya perlahan. Mungkin dia tersilap dengar.
Nik menoleh ke
arah depan dan merasa terperanjat bila dia tidak terperasan ada seorang anak
kecil berada di hadapannya dan anak kecil perempuan itu yang berusia lebih
kurang 3 tahun tidak tersengaja terlanggar kakinya lalu Lollipop yang berada di
tangannya terjatuh di lantai.
Budak perempuan
kecil itu hanya memandang wajah Nik tanpa berkedip kerana merasa terperanjat
dan tergamam.
Nik membuahkan
senyum kepadanya lalu mengutip lollipop yang terjatuh itu lalu di serahkan
kepada anak comel itu. Anak comel itu menyambut namun matanya tidak lepas dari
memandang wajah lelaki itu.
“Dov'è la tua mamma dolce ragazza!,” (Where's your mom sweet girl!),” tanya Nik bila
budak itu kelihatan bersendirian.
Seketika kemudian
abang kepada budak perempuan itu menghampirinya. Abangnya yang berusia 6 tahun
memesan kepada adiknya supaya jalan dengan berhati-hati jika tidak dia akan
terlanggar orang. Dan mahu adiknya meminta maaf kepada lelaki yang di
langgarnya.
“È giusto dolce ragazza!,” (It's ok sweet girl!) ujar Nik kepada
anak comel itu kerana dia kelihatan takut dimarahi Nik.
Nik tersenyum
melihat gelagat 2 beradik itu. Hatinya merasa sayu tiba-tiba kerana dia
teringatkan tentang dirinya dengan Fiqa bila melihat mereka.
“I’m sorry Nik,” jawab budak perempuan
itu lalu tersenyum manis lalu berjalan bersama abangnya menuju ke arah ibu
mereka yang berada tidak jauh dari mereka.
Nik tersentak bila
budak perempuan comel itu berkata demikian. Nik menjadi semakin pelik dengan
ketiga-tiga kejadian yang berlaku tadi. Ketiga-tiga orang yang melanggarnya
tahu akan namanya manakala dia tidak mengenali mereka!
Nik bangun lalu
menyimpan handphonenya di dalam poket
seluarnya lalu membutangkan winter coatnya
dan mengenakan sarung tangannya. Dia berjalan menuju ke arah entrance lalu menolak pintu perlahan.
Nik berhenti melangkah bila di hadapannya berdiri Lia. Wanita itu berdiri
memandang wajahnya tanpa berkata apa.
Ditangannya
terdapat beberapa keping cardboard.
Lia menunjukkan kad yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya hingga menjadi sepotong
ayat.
I’M
SO
SORRY
NIK
PLEASE
FORGIVE
ME!
Lia segera mencapai
bagnya yang di letakkan di bawah lalu pergi meninggalkan Nik, matanya sudah
berkaca kerana dia tidak dapat menahan rasa sedih dan sebak di dada bila
melihat wajah Nik. Dia seakan dapat merasakan kesedihan Nik. Air matanya
mengalir laju tanpa dapat di tahan lagi.
Nik merasa kasihan
melihat keadaan Lia. Dia berjalan mendapatkan Lia.
“Lia, I dah maafkan you,” ujar Nik lalu menyentuh bahu Lia. Lia segera menyeka
airmatanya lalu memberhentikan langkahnya dia menoleh ke arah Nik bila lelaki
itu menyentuh bahunya. Wajah Nik di pandang lama kerana dia merasa rindu pada Nik.
“Betul ni?? You tak marahkan I lagi? Kalau tidak I
kena mintak tolong orang cakapkan sorry
pada you lagi.., sampai you terima maaf dari I,” ujar Lia lalu memandang wajah Nik
dengan wajah merayu. Dia mengesat sisa airmatanya dengan tangannya.
“You mean the 3 person yang I jumpa
tadi-,”
“Ya I asked them to help me to say sorry to you!,”
jawab Lia dengan wajah kasihan. Dia tahu Nik tidak perasan semua itu adalah
perbuataannya. Nik sepatutnya sudah kenal pada Natalia sepertimana dia selalu
kata ‘she’s crazy!’.
“You amazed me Lia!,” jawab Nik lalu
tersenyum bila menyedari itu adalah perbuataan gila Lia semata-mata mahukan
kemaafan darinya. Dia sudah lama memaafkan Lia, hanya dia tidak mahu bertemu
dengan Lia kerana dia khuatir akan terbitnya perasaan kasih pada Lia. Dia tidak
menyangka Lia sekreatif itu.
“I’m desperate! I don’t want to lose you!,”
jawab Lia dengan wajah serious. Dia
tidak mahu kehilangan Nik. Dia benar-benar sayangkan Nik dan dia mahu Nik tahu
akan perasaannya.
Nik hanya
memandang wajah Lia bila wanita itu berkata demikian. Lia tidak berani
memandang wajah Nik kerana dia merasa malu bila menyedari sepasang anak mata
Nik memandang tepat ke wajahnya.
“You don’t want to lose me?? Kenapa?,”
tanya Nik perlahan. Wajah Lia di pandang. Dia ingin tahu akan sebab mengapa Lia
mengatakan dia tidak mahu kehilangannya. Apa maksud Lia?
“Sebab! Sebab..I sayangkan you Nik!,” ujar Lia lalu meninggalkan lelaki itu sebaik sahaja dia
mengaku dia sayangkan Nik.
Wajahnya merona
merah. Dia tidak pernah merasa gugup sebegitu. Bukan dia tidak pernah bercinta.
Tapi dia tidak tahu kenapa dia merasa malu dan gugup bila dia mahu meluahkan
perasaannya terhadap diri Nik. Mungkin dia terasa malu kerana dahulu dia tidak
pernah sukakan Nik dan kini dia mengaku telah jatuh cinta pada Nik.
“You kata you sayangkan I, but then you
larikan diri dari I,” ujar Nik lalu
berjalan di sebelah Lia. Dia menoleh memandang Lia bila wanita itu tidak mahu
menoleh ke arahnya. Mungkin Lia merasa segan dengannya.
“I larikan diri sebab I tak bersedia hendak mendengar jawapan
dari you,” jawab Lia berhenti
berjalan lalu duduk di atas pagar batu dimana di belakangnya terbentang laut yang
luas.
“How do you know what I’m going to say???,”
ujar Nik bila Lia berkata begitu.
“I know you hated me Nik, but you just don’t
want to say it to my face!,” ujar Lia sambil memeluk tubuh. Dia tahu Nik
tidak pernah suka padanya dan membencinya. Siapa yang suka pada wanita yang
bermasalah sepertinya. Nik sukakan wanita yang baik tidak sepertinya dan dia
merasakan dirinya tidak layak buat Nik. Dan dia tidak sanggup menerima jawapan
penolakkan dari Nik kerana dia belum bersedia untuk mendengarnya.
Nik hanya
mendiamkan diri bila Lia menuduh mengatakan bahawa dia benci padannya. Yang sebenarnya,
Nik turut merasa suatu perasaan yang berlainan ketika pertama kali dia bertemu semula
dengan Lia di Trevi Fountain dahulu. Hanya
dia tidak mahu mengaku kerana sebelum ini dia tidak pernah punya perasaan
apa-apa pada Lia dahulu. Dia benar-benar tidak menyangka dia akan bertemu
dengan Lia setelah 10 tahun mereka tidak bertemu.
Lia sengaja mengalihkan
wajahnya kearah lain dan tidak mahu memandang wajah Nik yang berdiri di
hadapannya.
Nik tersenyum
bila Lia kelihatan serba salah dan serba tidak kena bila dia memberinya
pandangan sebegitu. Lia tahu merasa segan??? Setahunya Lia seorang wanita yang
tidak pernah kenal erti segan. Di sekolah dahulu, Lia selalu mengurat pelajar
lelaki yang di suka. Tapi itu Lia yang dahulu. Young and reckless. Tapi Lia dewasa yang berada di hadapannya sekarang
merasa segan padanya.
“Lia look at me!!,” ujar Nik bila wanita
itu enggan memandang kearahnya.
Lia mengelengkan
kepalanya perlahan.
Nik mencapai
tangan Lia membuatkan wanita itu tersentak terperanjat lalu spontan sahaja dia menoleh
memandang wajah kacak Nik bila lelaki itu berbuat demikian.
“Tell me..kenapa you sayang pada I?,”
tanya Nik lalu memandang tepat ke anak mata Lia. Dia ingin lihat keihklasan
hati Lia.
Lia merasa segan
dan tidak senang bila Nik mula menderanya dengan soalan begitu. Namun dia tahu
dia tidak ada pilihan lain dan terpaksa menjawab pertanyaan Nik.
“Sebab tak ada
orang lain yang tahan dengan perangai I
selain dari you!,” jawab Lia sengaja
memberi jawapan begitu.
“Jadi you sayang pada I, sebab I selalu layan you dan tahan dengan perangai mengakal you, begitu?,” ujar Nik tersenyum lagi
bila Lia memberinya jawapan sebegitu.
“Of courselah I sayang pada you...sebab
I ada feelings dengan you, you sengaja hendak mendera I bukan? Tanya tentang feelings-feelings ni!,” jawab Lia geram lalu
mencubit pipi Nik bila lelaki itu sengaja bertanya soalan-soalan begitu.
“Kenapa?? Tidak
selesa??,” usik Nik bila wajah Lia sudah mula merah merona menahan malu.
“Of courselah I rasa tak selesa..I
luahkan rasa hati dan perasaan I pada
you, tapi you sikit pun tak kata you
sayang pada I ke? Cinta pada I ke? Nothing..!!,” jawab Lia lalu menjeling.
Nik tersenyum
lagi bila Lia menyatakan rasa tidak puashatinya terhadap dirinya. Memang dia
masih belum memberi jawapan pada Lia.
Lia sudah mula
rasa hilang sabar dengan perangai Nik yang acuh tak acuh. Dia ingin turun dari
tempat duduknya kerana dia tidak tahan menahan sejuk angin salji dan oleh kerana
batu pagar yang diduduki itu licin kerana diselaputi ice dia hampir terjatuh kebelakang.
Nik pantas
menarik kedua belah tangannya membuatkan Lia jatuh tersungkur ke depan,
manakala Nik hilang pertimbangan maka dia terjatuh dan Lia turut jatuh sama
lalu menghempap badan Nik.
Jantung Nik
berdegup dengan pantas. Begitu juga Lia kerana dia hampir sahaja jatuh
tergelincir ke dalam air laut yang sejuk seperti ais. Nasib baik Nik menariknya
tadi, jika tidak dia akan mati lemas di dalam air laut yang sejuk mengila. Nik
telah menyelamatkannya kali kedua.
“Lia!,”
Lia menoleh ke
arah Nik.
“I don’t want to lose you too!,” bisik Nik ke telinga
Lia cukup membuatkan Lia tersenyum gembira kerana jawapan yang di berikan Nik
itu sudah cukup membahagiakannya.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment