Tahun 2001, Di SMTI
LIA
duduk di bangku sementara menanti ahli kelab lain masuk ke dalam bilik
mesyuarat. Matanya melirik ke arah Nik Ketua Pengawas yang juga salah seorang
ahli kelab catur. Lelaki itu sedang berjalan menuju ke arah bilik mesyuarat
sambil berbual-bual mesra dengan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 Mawar
yang bernama Zalia.
Lia memandang ke arah mereka bila terdengar
Zalia tertawa kecil lalu menepuk lengan Nik mesra. Lia menutup buku sain yang
di bacanya lalu memerhatikan mereka dari jauh.
‘Boleh tahan gatal juga si Nik ni?’ bisik Lia
dalam hati kerana lelaki itu seringkali di lihat berbual dengan ramai pelajar
perempuan di sekolahnya. Namun dia tidak pernah melihat Nik berjalan dengan
seorang pelajar perempuan sahaja melainkan Dania.
Dia tahu Dania
sukakan Nik. Dan dia juga tahu Nik tidak pernah menganggap Dania lebih dari
teman sekolahnya sahaja. Kenapa Nik tidak ada teman wanita? Di sekolah mereka,
budak tingkatan 3 pun sudah pandai bercouple-couple.
Inikan pula Nik pelajar Tingkatan 6 atas. Hendak katakan Nik tidak ada rupa.
Nik kacak orangnya, pelajar yang bijak dan dia juga ketua Pengawas.
Pakej lengkap
pada pandangan mata kasarnya. Dan jika, tidak kerana Nik seorang pelajar yang
baik dan juga seorang pengawas, mungkin dia akan jatuh hati pada Nik. Lia tidak
suka pada budak lelaki yang baik seperti Nik. Dia sukakan ‘badboy’ seperti Eryan.
“Kau asyik
pandang si mawas tu kenapa? Kau sukakan dia ke?,” tegur Yana bila dilihat
Natalia terlalu asyik memerhatikan Nik sedari tadi sehingga tidak menyedari
kehadirannya.
“Aku sukakan
Nik?? He’s the last man on earth!
untuk aku suka, kau tahu aku tak suka budak baik yang goody two shoes macam Nik tu!,” jawab Lia lalu menjeling ke arah
Yana bila Yana mengatakan dia suka pada Nik.
“Kau yakin kau
tak sukakan Nik, Lia??,” tanya Yana lagi lalu memandang wajah Lia bila temannya
mengatakan dia tidak suka pada Nik. Tapi melihat dari cara Lia dia sememangnya
sukakan Nik. Cuma Lia tidak mahu mengaku.
“Ah yelah..kan ke
boyfriend aku Eryan, bukannya Nik!,”
jawab Lia dengan wajah tidak puas hati bila Yana seakan mengusiknya.
“Tapi kenapa kau
selalu ambil perhatian Nik! Kalau sehari kau tak menganggunya, kau tak senang
hati! Dan setiap kali Nik dengan budak perempuan lain kau merasa cemburu!,”
ujar Yana.
Dia selalu
perhatikan sikap Lia begitu. Lia tidak mengatakan dia cemburu namun dari body languagenya dan reaksi di wajah Lia
setiap kali melihat Nik bersama dengan pelajar perempuan lain dia dapat membaca
Lia sukakan Nik.
“It will never happen! Kau pasti aku
merasa cemburu! Mungkin aku meluat dan bukan cemburu kau bukan tau!,” jawab Lia
cuba mempertahankan dirinya walaupun dia akui apa yang Yana katakan tadi
sedikit sebanyak ada kebenarannya.
Mungkin juga, dia
sukakan Nik tapi dia tidak dapat menerima kenyataan kerana mulutnya mengatakan
dia benci dan tidak sukakan Nik manakala hatinya berkata sebaliknya.
*****
Lia tersenyum bila dia teringatkan kembali
perbualannya dengan teman baiknya Yana di sekolah menengah dahulu. Nik is the last man on earth untuk dia jatuh
cinta.
Nampaknya dia
terpaksa menelan kenyataan yang pernah dia buat 10 tahun duhulu tentang Nik,
kerana dia akui telah jatuh cinta pada Nik. Dan dia sudah seperti wanita angau tidak
merasa jemu memandang wajah kacak lelaki itu dan mahu sentiasa bersamanya.
Dan dia juga
merasakan bahawa lelaki itu turut sayang padanya walaupun Nik tidak mengakui
terang-terangan. Namun dari lirikan matanya dan senyuman yang dia berikan
kepada Lia. Lia sudah mengerti dan dapat merasai apa yang Nik rasa.
Nik tidak perlu mengungkapkan
kata-kata sinonim yang selalu di ucapkan bila orang sedang bercinta seperti ‘I Love You’. Nik tidak perlu mengungkapkannya
kerana Nik said best when he say nothing
at all. Seperti lagu Ronan Keating – You
said best when you say nothing at all.
“Lia!,”
“Lia! Day dream pulak budak ni bila kita
bercakap dengan dia!,” ujar Firdaus bila dilihat Lia tidak menumpukan perhatian
apa yang telah mereka bincangkan tadi malah berangan sendiri.
“Lia..!!!,” ujar
Firdaus lalu menepuk bahu anak saudaranya yang duduk di sebelahnya yang sedari
tadi tidak lepas dari memandang ke arah Nik yang duduk di hadapan.
“Apa dia uncle?,” ujar Lia terperanjat bila
bahunya di tepuk uncle Firdausnya. Dia tengah sedap berangan tentang Nik.
Diganggu pula.
Nik hanya
tersenyum melihat gelagat Lia yang lucu. Dia sedar Lia asyik memandang ke
arahnya ketika dia sedang berbual dengan pakcik Firdausnya tadi. Dan dia juga
tahu Lia tidak mengambil perhatian langsung tentang apa yang mereka bualkan.
“So the wedding will be held at Malaysia in 3 months time!,” ujar Firdaus
lalu memandang wajah Lia.
“Wedding?? Who’s wedding?? Yours?? Tak
beritahu Lia pun Uncle nak kahwin!
Dengan siapa Miss Pepper Potts??,” ujar
Lia lalu memandang wajah unclenya yang
sebiji seperti pelakon Iron man itu dengan
wajah keliru. Uncle Firdaus hendak bernikah lagi? Wah dalam senyap-senyap unclenya hendak bernikah?
“Not mine but yours, Lia!,” jawab Firdaus
lalu mengelengkan kepalanya perlahan.
“Mine??,” ujar Lia terkejut. Lia
memandang wajah Nik. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja dan tidak terkejut.
Wedding? Her wedding? Bila masa Nik melamarnya?
Kerana excited
cintanya di sambut, Lia terus membawa Nik ke rumah unclenya keesokan hari, dia
mahu Nik bertemu dengan uncle Firdausnya kerana dia mahu unclenya tahu akan
hubungan mereka berdua. Itu sahaja! Tidak ada bincang hendak kahwin semua. Just a formal introduction. Bagaimana 2nd visit Nik ke rumah unclenya boleh pergi ke bab wedding pula?
“Berangan lagi
lah? You told me about your relationship
with Nik and I told your mum about it, dan your mum call Nik’s parents and she proposed Nik for you,” ujar
Firdaus lalu memandang wajah Lia.
Dia sudah
mengagak Lia tidak dengar satu perkataan langsung apa yang mereka bincangkan
tadi kerana fikiran Lia melayang entah ke mana.
Kelmarin Lia
memberitahunya tentang hubungan dia dengan Nik. Dan dia telah menghubungi
kakaknya memberitahu tentang Nik dan Lia. Dan kakaknya terlalu excited telah menghubungi keluarga Nik
di kampung dan meminang Nik untuk anaknya. Firdaus sendiri merasa terkejut
dengan perbuatan mengejut kakaknya itu. Mak dan anak perangai serupa, seringkali
memeningkan kepalanya.
“Mum did that??? Serious?? She proposed Nik
for me??,” ujar Lia dengan wajah tidak percaya. Dimana dia hendak
meletakkan mukanya. Belum pernah terjadi dalam keluarganya perempuan meminang
lelaki.
Memang dia
cintakan Nik. Tapi tidaklah desperate
sampai hendak meminang Nik.
Dia mahu Nik yang
melamarnya. Dia tidak kisah jika Nik melamarnya hari ini atau 3 tahun akan
datang. Apa yang penting Nik yang melamarnya bukan dia atau ibunya! Barulah
romantik! Ini tidak!
“Kenapa??
Sedangkan Saidatina Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam kita, kenapa Lia tak boleh?,” tegur Firdaus bila Lia kelihatan terperanjat.
“Itu Saidatina
Siti Khadijah wanita yang mulia..ini Natalia the trouble maker! Nik??? You
agree to this kind of arrangement??,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik
dengan wajah serba salah. Eii malu sungguh dia dibuatnya.
Dia tidak tahu
berapa tebal wajahnya bila dia mendapat tahu bahawa ibunya telah meminang Nik
buat dirinya. Macamlah dia perempuan tidak laku sehingga ibunya harus berbuat
demikian.
“Betul apa yang Uncle Firdaus kata, and I’m fine with it! Unless you tak suka?,” jawab Nik lalu tersenyum sengaja dia hendak
membuatkan Lia merasa bertambah malu dan segan dengannya.
Tentulah Nik
merasa terkejut dengan pinangan yang di terima dari ibu Lia. Dia benar-benar
tidak menyangka ibu Lia membuat perkara drastic
sebegitu. Dia hanya mendapat tahu tentang perkara ini, bila ibunya menelefon
memberitahunya tentang pinangan yang diterima dari pihak Lia.
Memang Nik
bercadang untuk pulang ke Malaysia sebelum kedua ibu bapanya mengerjakan haji
dan sudah terlanjur hubungannya dengan Lia lebih dari teman biasa. Dia
bercadang untuk menghantar rombongan meminang kerana Nik tidak mahu membuang
masa, kerana dia tidak percaya bercinta lama baru bernikah. Jika Lia dan dia
sama-sama suka, dia mahu hubungan mereka di halalkan dengan segera kerana ianya
lebih afdal.
“Baiklah kalau
begitu!,” jawab Lia dengan wajah selamba lalu mencapai sarung tangannya yang
berada di atas meja di sebelahnya. Dia menyarung ke tangannya lalu bangkit
menuju ke arah Nik yang sedang duduk.
Lia menghulurkan kedua
belah tangannya kepada Nik.
Lelaki itu memandang
wajah Lia dengan wajah pelik! Apa yang Lia hendak buat sekarang. Nik menoleh
memandang wajah pakcik Lia pula. Lelaki itu menjungkitkan bahunya tanda tidak
tahu apa yang Lia hendak lakukan kerana anak saudaranya memang gemar membuat
perkara pelik. Pasti ini adalah salah satu perkara pelik yang Lia hendak
lakukkan.
Nik menyambut
huluran tangan Lia lalu memandang wajah wanita itu.
“Nik Faisal Bin
Nik Farhan, sudikah anda menjadi suami saya di dunia dan di akhirat!,” ujar Lia
lalu tersenyum.
Nik hanya
mengelengkan kepalanya lalu tersenyum bila Lia mula dengan perangai gilanya.
Nik menyeluk saku seluarnya mengambil sesuatu.
“Tak sudi????,”
ujar Lia bila Nik mengelengkan kepalanya.
“Saya terima,” jawab
Nik tersenyum lalu menyarungkan cincin ke jari manis Lia. Namun cincin itu
terlalu kecil untuk jari Lia kerana Lia mengenakan sarung tangan ketika Nik
mahu menyarungkan cincin itu.
“Eh kejap!,” ujar
Lia lalu menangalkan sarung tangan kanannya. Dia menghulurkan tangannya kepada
Nik. Lelaki itu cuba menyarungkan ke jari manis Lia. Namun cincin itu hanya
tersarung ¾ di jari Lia kerana ukurannya kecil. Nik mahu mengeluarkan cincin
itu semula namun di tegah Lia.
“No it’s ok..jari I bukannya besar sangat!,” jawab Lia lalu menyarungkan cincin itu
ke jari manisnya sendiri tanpa bantuan Nik. Cincin itu berjaya di sarung dengan
sempurna setelah Lia memaksanya. Aduh! Bisik hati kecil Lia kerana cincin itu
benar-benar kecil dan sendat.
bersambung....
No comments:
Post a Comment