LIA
mendial nombor Nik berkali-kali namun Nik tidak pernah menjawab. Selepas
kejadian dia dimarahi Nik 3 hari lepas. Lia cuba untuk tidak menghubungi Nik
kerana dia mahu lelaki itu sejukkan hatinya dan tidak akan marah lagi padanya.
Namun sangkaannya meleset bila Nik tidak pernah menjawab pangilan telefon
mahupun menjawab message yang di
hantar. Seolah-olah Nik tidak mahu berhubungan dengannya lagi.
Lia mengeluh perlahan lalu mencampak handphone di atas katil. Dia mencapai cushion kecil lalu di peluknya erat. Airmatanya mengalir perlahan kerana
dia rindukan Nik. Dia sudah mula sayang dan cintakan lelaki itu. Tapi dia tidak
mengerti mengapa lelaki itu sering menjauhkan diri darinya.
Kenapa lelaki itu tidak pernah faham dan mengerti akan
perasaannya?? Sebelum ini di sekolah dahulu, dia seringkali berbuat
perkara-perkara agar dia mendapat perhatian Nik kerana dia menyangka dia hanya
mahu membuatkan lelaki itu sakit hati. Tapi dia tidak sedar dan perasan bahawa
dia sebenarnya mahukan perhatian Nik kerana dia sayangkan Nik selama ini.
Lia sedar Nik benar-benar hilang sabar dengan kelakuannya tempoh
hari. Dia tidak pernah melihat Nik kecewa dan marah sebegitu sebelum ini.
Semasa di sekolah dahulu segala perbuataan nakalnya terhadap diri Nik Lelaki
itu marah tapi tidak sekecewa kelmarin. Belum pernah dia lihat lelaki itu
kelihatan kecewa sebegitu.
****
Dante menoleh memandang
kearah meja berdekatan dengannya bila dia terdengar seorang pelayan memarahi
seorang pelanggan di restorennya. Pelayan itu marah pada pelanggan itu bila
setiap kali dia menghantar makanan kepada pelanggan itu, pelanggan itu
mengatakan pesanan yang dihantar kepadanya salah.
Apa yang peliknya wajah
pelanggan itu kelihatan bersahaja sahaja bila dimarahi pelayan itu mungkin
kerana dia tidak faham apa yang di katakan pelayan itu kepadanya.
Dante tersenyum sendiri
bila menyedari pelanggan yang di marahi pelayan itu adalah wanita yang sama
pernah dia temui di Trevi Fountain dan di pejabatnya dahulu. Natalia the troublemaker sepertimana yang Nik
katakan kepadanya dahulu. Baru dia mengerti akan maksud Nik mengenai Natalia.
Natalia tidak henti-henti dengan anticsnya. Apa pula antics Natalia kali ini.
Dante bangun dari tempat
duduknya lalu menuju kearah meja Natalia.
“Qual è il problema?,” (What's the problem here?) ujar Dante lalu menoleh
memandang ke arah pelayan yang marah-marah pada Natalia.
“Sta ordinando, ma lei è la restituzione
dell'ordine indietro dicendo che
è nell'ordine sbagliato!,” (She's ordering but
she's returning the order back saying it's wrong order!) jawab pelayan itu dengan wajah tidak puas
hati.
“Forse lei non
capisce italiani? Che cosa ha
ordinare?,” (Maybe she don't understand italian? What did she
order?) tanya Dante kepada pelayan itu.
Pelayan itu membuka menu lalu menerangkan
kepada Dante apa yang wanita itu pesan darinya tadi. Wanita itu asyik
menunjukkannya menu di bahagian daging.
“Did
you ask for meat from the menu?,” tanya Dante kepada Lia kerana pelayan itu
mengatakan kepadanya wanita itu menunjukkan kepadanya apa yang dia mahu makan.
“No! I
ask for fish not meat!,” jawab Lia dengan wajah tidak bersalah. Memang dia
menunjukkan kepada pelayan itu menu daging hanya untuk suka-suka.
Lia memandang
wajah lelaki yang membantu menyelamatkannya dari dimarahi pelayan restoren itu
sedang menerangkan kepada pelayan itu. Dia kenal pada lelaki itu. Lelaki itu
adalah teman sekerja Nik.
Dante menerangkan kepada pelayan itu, dia
telah salah erti kerana wanita itu memesan ikan dan bukan memesan daging
sepertimana yang pelayan itu bawa kepadanya.
Lia cuba untuk tidak mendengar perbualan
diantara mereka. Dia tahu pelayan itu mengadu kepada Dante mengatakan dia
wanita tidak betul dan sebagainya kerana meminta dia memulangkan semula makanan
itu kerana bukan makanan yang dipesan walhal wanita itu yang beria-ia mahu
makanan itu dan bukan makanan seafood.
Dante meminta maaf kepada pelayan itu bagi
pihak Lia, lalu menerangkan kepadanya bahawa wanita itu tidak faham bahasa
mereka dan di sebabkan itu dia tersalah membuat pesanan.
“What
do you want to eat Lia?,” tegur Dante bila dilhatnya Lia hanya bermenung
mendiamkan diri.
“Baked
Salmon!,” jawab Lia tanpa mengulas panjang.
“Potete per favore ottenere salmone al forno per questa
signora e vi prego di servire il
mio cibo in questo tavolo troppo?
Grazie,” (Can you please get
baked salmon for this lady and please serve my food at this table too? Thank
you)
Sebaik sahaja pelayan
itu meninggalkan meja Lia. Dante melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi
bertentangan dengan Lia. Lia kelihatan pendiam dan tidak seperti dia lihat Lia
pertama kali di Trevi Fountain.
Di Trevi Fountain sungguhpun Lia sengaja mencari masalah tapi dia
kelihatan bertenaga bila dia berbuat demikian. Tapi hari ini Lia seperti tidak in the mood. Kenapa? Bukan dia mengalakkan Lia membuat masalah. Tapi dia lihat something is off about Lia. Lia ada masalah?
“Hi Lia you look different today! Are you feeling alright?,” tanya
Dante bila wanita itu kelihatan bermenung dari tadi.
“Hi Dante..How are you? How’s work? How’s Nik?,” ujar Lia lalu
membuahkan senyuman kepada Dante.
“I’m good. Work busy as always. Nik’s I think he’s fine, why you asking
me?? Don’t you always with him?,” ujar Dante bila Natalia bertanya padanya
perkhabaran Nik. Bukankah Nik keluar bersama Natalia kelmarin ke rumah
pelanggan mereka Madam Sharon. Dan dia percaya Nik dan Natalia masih
berhubungan walaupun Nik selalu mengatakan Natalia itu trouble maker.
“He didn’t answers my calls..,” jawab Lia lalu mencapai kopi di
hadapannya lalu di teguk perlahan.
“You two have problem??,” tanya Dante lalu meneguk lattenya.
“I think Nik hates me!,” jawab Lia lalu memandang wajah Dante.
“Hates you?? What makes you think Nik hates you?,” tanya Dante lalu memandang
wajah cantik Lia bila wanita itu mengatakan Nik membencinya.
Dia masih belum punya kesempatan berbual dengan Nik kerana lelaki
itu kelihatan tidak punya mood untuk casual talk dan dia sibuk dengan
pekerjaannya mengenai barangan Madam Sharon sehingga Dante terlupa hendak
bertanya padanya tentang pesta yang dianjurkan Madam Sharon di rumahnya
kelmarin.
“He didn’t reply to my messages..my calls and now he is avoiding me!,”
jawab Lia cuba menahan sebak di dada. Dia tahu lelaki itu benci padanya.
“Very unlikely Nik will behave that way, Nik that I’ve known all these
years is a real gentleman! Unless you have hurt him so much! What really happen
on that day Lia?,” tanya Dante.
Dia merasa kasihan melihat Lia bersedih hati
begitu. Sepertimana yang di katakan kepada Lia. Nik yang dikenali tidak akan
berkelakuan sebegitu. Pasti ada perkara yang benar-benar membuatkan Nik terasa hati
dan oleh kerana sebab itu dia menjauhkan diri dari Lia.
Lia menceritakan apa yang telah berlaku pada hari tersebut dan
terakhir dia bertemu dengan Nik.
“I’m just pulling his leg
Dante! And he take it seriously!,” jawab Lia dengan wajah tidak berpuas hati.
Kenapa Nik sensitive sangat. Selama
ini apa yang dia lakukan terhadap diri Nik. Nik tidak pernah merasa sensitive begitu.
“I’ll understand why Nik
felt so disappointed with you Lia,” jawab Dante setelah agak lama
mendiamkan diri mendengar luahan hati Lia.
“He’s disappointed with me??
What did I do?? I just playing a lousy prank with him??,” jawab Lia dengan
rasa tidak berpuas hati dengan jawapan Dante. Nik kecewa dengannya? Bukankah
dia sudah meminta maaf pada Nik berkali-kali. Apa lagi Nik mahu darinya?
Berlutut meminta maaf darinya?
“Nik lost his sister in the
sea Lia,” ujar Dante perlahan. Dia kini mengerti mengapa Nik merasa sedih.
Lia telah mengingatkan dia tentang tragedi yang berlaku 5 tahun dahulu. Dan
kerana itu Nik mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya dan
mencuba nasibnya di Europe kerana Nik mahu melupakan peristiwa yang menyayat
hati.
Dante pernah bergurau dengan Nik, bila lelaki itu selalu kelihatan
termenung jauh setiap kali dia menatap photo dia bersama dengan seorang wanita
cantik yang sentiasa berada di meja pejabatnya.
Sangka Dante, Nik rindukan kekasih hatinya yang berada jauh di
Malaysia, dan disebabkan itu dia selalu bermenung jauh. Nik memberitahu Dante
siapa wanita yang berada di gambar itu kepadanya. Dante merasa simpati pada
Nik.
Dante masih ingat, bila Nik menceritakan kepadanya dahulu
bagaimana dia kehilangan adik yang di sayanginya buat selama-lamanya. Adiknya
Shafiqa meninggal lemas di laut dan Nik tidak mampu menyelamatkan adiknya.
Sehingga kini, Nik tidak dapat memaafkan dirinya dan menyalahkan dirinya di
atas apa yang berlaku.
“Nik What???,” ujar Lia
dengan wajah tidak percaya. Dia benar-benar terperanjat mendengar penerangan
Dante mengenai adik Nik.
“His sister drown in the
sea, Nik can’t safe her on time! Till now he’s still blame himself of her
sister death,” terang Dante lalu memandang wajah Lia.
Astarfirullah Al Azim! Istifar Lia dalam hati. Baru dia mengerti
mengapa Nik begitu sedih dan kecewa bila dia bergurau begitu. Lia terbayangkan
wajah cemas Nik bila dia tidak bertemu dengan Lia. Maafkan aku Nik! Bisik Lia
dalam hati.
Lia benar-benar tidak menduga gurauannya itu telah membuatkan
lelaki itu mengingatkan kembali peristiwa sedih yang pernah dia lalui dahulu.
Lia benar-benar merasa bersalah dan kesal dengan perbuataanya.
bersambung......
No comments:
Post a Comment