5 tahun lalu
SETELAH
puas ke USS dan merayau-rayau di kota Singa mereka akhirnya berada di Changi
Airport menunggu flight mereka ke KL
pada jam 9.35 malam. Setelah check-in
mereka duduk di Coffee Bean untuk
menghilangkan rasa dahaga.
Letih juga kerana mereka dari subuh sudah keluar rumah dan akan
tiba ke rumah tengah malam, dan esok pagi keluar lagi kerana Fiqa mahu pergi
memancing. Namun begitu Nik merasa gembira kerana dia dapat meluangkan masa
bersama Fiqa.
Adiknya tidak lama lagi
akan menjadi isteri seseorang. Dan sudah tentu dia tidak dapat keluar bersama
dengan Fiqa seperti sekarang kerana Fiqa sudah mempunyai suami. Dan Nik tidak
mahu Fiqa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Sebab itu dia turutkan
sahaja kehendak Fiqa untuk dia luangkan masa selama 2 hari dengannya.
“Abang..Fiqa rasakan
abang hanya sesuai dengan perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti Fiqa!,”
jawab Fiqa lalu menyedut Ice blendednya.
Dia merasa susah hati bila abang Niknya masih belum mencari teman hidup. Semua
kualiti yang di cari dari seorang lelaki ada pada abang Niknya.
Abang Niknya seorang lelaki yang kacak, baik hati, hormat pada orang
tua dan beragama. Kualiti yang jarang di perolehi pada zaman sekarang.
Nik mengerutkan dahinya
bila Fiqa tiba-tiba berkata demikian lalu menoleh memandang adiknya. Dia tahu
Fiqa banyak teori yang selalu dia kongsikan bersama Nik. Dan ada di antara
teori Fiqa boleh diguna juga.
“Yang perangai tomboy dan manja macam kucing..ciri-ciri
yang abang cari ke Fiqa?,” ujar Nik lalu tersenyum dia mahu tahu sebab kenapa
Fiqa mengatakan dia sesuai dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti
adiknya.
“Manja macam kucing
abang kata?,” ujar Fiqa terperanjat. Abang Niknya samakan dia macam kucing? Tak
apalah kucing, cute. Senyum Fiqa.
“Nak kena dilayan
selalu, kalau tidak merajuk,” jawab Nik bila Fiqa kelihatan terperanjat bila
dia memberi komen sebegitu.
“Ah…sebab itulah Fiqa
kata abang hanya sesuai dengan ciri-ciri wanita seperti Fiqa, yang perlukan
perhatian dari abang dan manja kerana abang rajin melayan,” jawab Fiqa.
“Dah biasa dan
terpaksa!,” jawab Nik dengan wajah selamba lalu memberikan senyuman kepada 2
orang wanita yang berada di meja seberang mereka kerana kedua-dua wanita itu
asyik memandang ke arahnya lalu membuahkan senyuman kepadanya.
Fiqa menoleh kearah
belakang bila abang Niknya memberi senyuman kepada seseorang. Di belakang meja
mereka terdapat 2 orang wanita cantik sedang menikmati kopi mereka dan kerana
dia memandang kearah mereka. Mereka pura-pura tidak melihat ke arahnya.
“Cantik perempuan berdua
tu! They are looking at us!,” komen
Fiqa lalu mencapai chocolate Ice blendednya.
“Cantik!,” jawab Nik
ringkas kerana memang benar kedua-dua wanita itu cantik. Dan dia tahu mereka
berdua memandang ke arahnya sedari tadi, namun dia tidak mahu memikirkannya,
mungkin wanita itu memandang kearah lain. Tapi bila Fiqa sendiri yang perasan
mereka memandang ke arahnya. Dia yakin mereka berdua itu senyum padanya.
“Kenapa tak pergi approach?,” tanya Fiqa lalu memandang
wajah abang Niknya.
“Kenapa pula abang
hendak approach mereka?,” tanya Nik
merasa hairan bila Fiqa meminta dia pergi ke meja mereka.
“Berkenalan dengan salah
seorang dari mereka?,” cadang Fiqa.
“Not interested!,” jawab Nik lalu menghabiskan sisa coffeenya bila Fiqa menyuruhnya
berkenalan dengan salah seorang dari wanita itu.
“Not interested!!! Abang?? Mereka cantik macam supermodel tu!,” pancing Fiqa.
“Fiqa, tak semua lelaki
tertarik pada wajah yang cantik sahaja,” jawab Nik ringkas.
“Betul ke ni? Setahu
Fiqa lelaki suka jika pasangannya cantik dan bergaya seperti wanita-wanita itu,
mereka merasa bangga bila lelaki lain turut terpegun melihat pasangan mereka,”
ujar Fiqa lalu tersenyum.
“Another teory???,”
“Based on my understanding tentang lelaki,”
“Kan abang dah kata
tidak semua lelaki,”
“Yah but most of men macam gitu!,” jawab Fiqa
tidak mahu mengalah.
“Abang tell me..wanita yang macamana abang
suka? Abang tak pernah beritahu Fiqa,” ujar Fiqa ingin tahu, kerana abang
Niknya tidak pernah memberitahunya akan ciri-ciri wanita idamannya sebelum ini.
Abang Niknya private person, jarang
sekali berkongsi apa-apa dengannya.
“Semua itu tak penting
Fiqa,” jawab Nik lalu tersenyum.
“Tak penting??? Are you for real?? Abang Fiqa yang satu
ni manusia ke alien?,” ujar Fiqa
dengan wajah tidak percaya bila Nik mengatakan tidak penting.
Nik tetawa kecil bila
Fiqa mengatakan dia Alien.
“Orang serious tau bang? Can you please explain to me kenapa abang kata itu semua tak penting?,”
ujar Fiqa lalu memandang wajah abang Nik.
“Sebab kenapa abang kata
tidak penting, kerana abang serahkan tentang jodoh pada Allah,” jawab Nik.
Tidak semua yang kita inginkan kita dapat.
“Tapi abang kena cari
juga pasangan hidup abang, tak boleh tunggu bidadari jatuh dalam kolam, kena
juga berusaha..baru tawakal,” jawab Fiqa bersungguh-sungguh.
“Jatuh dalam kolam?,”
ujar Nik lalu tersenyum. Belum pernah dia mendengar peribahasa yang digunakan
Fiqa ‘jatuh dalam kolam’ bukan jatuh dari langit.
“Jatuh
dari langit dah biasa!,” jawab Fiqa dengan wajah selamba sambil menyedut sisa Ice blendednya. Dia melirik kearah jam
di tangan hampir ke jam 8.45 malam. Dia bangkit dari kerusi, diikuti abang
Niknya. Mereka berjalan menuju kearah balai pelepasan untuk mendapatkan flight mereka pulang ke KL.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment