2013, Di Rome
LIA mencapai backsling heels
dan clutch YSL goldnya lalu berjalan
perlahan menuruni anak tangga. Dia berjalan perlahan kerana dia tidak mahu
pakcik Firdausnya tahu dia mahu keluar rumah.
“Lia hendak kemana??,”
Lia tersentak
terperanjat, teguran pakcik Firdausnya yang mengejut itu hampir sahaja membuatkannya
jatuh tersungkur di anak tangga tadi. Lia menoleh kearah tingkat 2 di mana
pakciknya berada.
“Lia ada dinner party,” jawab Lia jujur.
“Dinner party?? Pergi dengan siapa?,” tanya pakcik Firdausnya lalu
mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu Lia punya teman atau kenalan di Rome.
Melihatkan Lia memakai evening dress
hitam. Lia hendak menghadiri majlis rasmi.
“Dinner party client Nik..Lia pergi dengan Nik uncle,” jawab Lia lalu tersenyum. Dia melirik kearah jam di
tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat ke 7.30malam.
“Dengan Nik?? Your school friend Nik?,” tanya Firdaus
berulang kali ingin memastikan bahawa Lia tidak menipunya dengan mengunakan
nama Nik Faisal.
“Yes..my school friend Nik Faisal..I love to stay and chat uncle..but I’m already late!,” ujar Lia
lalu melambaikan tangan kepada pakcik Firdausnya. Dia tidak mahu Nik tinggalkan
dia. Lia membuka pintu lalu berlari keluar setelah dia lihat kereta Nik sudah
berada di muka pintunya.
Firdaus menyelak langsir
ingin melihat siapa yang menjemput Lia. Dia tersenyum bila Lia berkata benar.
****
Lia membuka pintu lalu
masuk ke dalam kereta Nik.
“Hi Nik,” tegur Lia
tanpa menoleh kearah Nik. Dia sibuk menyarungkan kasut ke kakinya kerana tadi
dia tidak sempat hendak memakainya.
Nik tidak membalas. Dia
memandu kereta perlahan.
“Nik..orang cakap ‘Hi’
tadi kenapa tak di jawab?,”
Lia tersentak
terperanjat lalu menoleh ke belakang spontan bila terdengar suara perempuan
menegurnya dari arah tempat duduk penumpang di belakang.
“Hi, kenalkan my ibu
Puan Faezah dan my ayah Nik Farhan, ibu..ayah ini Natalia,” ujar Nik ringkas
kerana dia di tegur ibunya bila dia tidak menjawab salam Lia tadi.
Lia menelan air liurnya
perlahan bila Nik memperkenalkan dia pada ibu dan ayahnya. Nik tidak memberinya
amaran langsung.
“Auntie dan uncle, maaf
Lia tak perasan ada orang di belakang tadi,” ujar Lia lalu menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengan ibu Nik.
“Tak apa,” jawab Puan
Faezah ringkas lalu tersenyum.
Dia dan suaminya tidak
mahu Nik menghantar mereka ke airport bila
Nik mengatakan dia ada majlis di rumah klientnya. Tapi Nik berdegil mahu
menghantar mereka kerana katanya airport
dengan rumah klientnya tidak begitu jauh. Dia boleh menghantar mereka dahulu
sebelum pergi ke majlis klientnya. Tapi sebelum itu Nik mengatakan dia ingin
menjemput teman majlisnya dahulu sebelum menghantar mereka ke airport. Dia tidak menyangka bahawa
teman yang di maksudkan Nik seorang wanita melayu dan bukan berbangsa Italy.
“Auntie dan uncle hendak
kemana?? Ikut kami ke majlis klient Nik ke?,” tanya Lia ramah lalu menoleh
kearah Puan Faezah ibu Nik.
“Eh tak adalah…kami
hendak balik ke Malaysia, Nik hendak menghantar kami ke Airport,” jawab Puan Faezah tersenyum ramah merasa lucu bila teman
Nik menyangka mereka mahu mengikutnya ke rumah klient.
“Oh dah nak balik
Malaysia lah ni?? Kalau Lia tahu auntie
dan uncle ada, Lia boleh bawa auntie dan uncle jalan-jalan di Rome ni..Nik mesti sibuk tak dapat nak bawa uncle dan auntie jalan-jalan di Rome ni,” ujar Lia lalu menjeling ke arah Nik
yang tidak bersuara sedari tadi. Masih marah padanya lagi kah kerana Nik hanya
mendiamkan diri?
“Nik pun tak beritahu auntie yang dia ada kawan melayu kat
sini..setahu auntie temannya semua
orang bangsa asing, Lia kenalan Nik ke?,” ujar Puan Faezah.
“Lia kenal Nik sejak
dari sekolah menengah dahulu, Lia pun baru bertemu dengan Nik semula secara
tidak sengaja di Trevi Fountain
tempoh hari,” jawab Lia lalu menoleh kearah Nik.
Nik seperti tadi menumpukan perhatiannya pada jalan raya. Lia
dapat merasakan Nik sengaja berbuat demikian agar dia merasa janggal di dalam
kereta bersama ibu dan ayahnya kerana Nik tidak membantunya langsung. Sudahlah
Nik tidak memberitahunya awal ibu dan ayahnya akan ada sama, setidak-tidaknya
dia tidak merasa terkejut dan caught off
guard.
“Oh kawan sejak sekolah
menengah dulu, Nik tak ada kawan perempuan selain dari Dania, itu yang auntie
tahu sebab dia pembantu Nik masa dia jadi pengawas dahulu, Lia kenalan yang
mana?,”
Nik terbatuk kecil bila
ibunya tiba-tiba bertanya Lia kawan perempuan yang mana.
Lia memandang wajah Nik
bila lelaki itu terbatuk kecil. Nik seperti tadi tidak mahu membantunya. Haruskan
dia memberitahu ibu dan ayah Nik bahawa dia adalah Natalia yang selalu
menyusahkan anak lelakinya semasa di sekolah menengah dahulu.
“Kenalan yang selalu
beri masalah padanya dahulu,” ujar Lia dengan jujur.
“Kenalan yang selalu
beri masalah?,” ujar Nik Farhan setelah agak lama dia mendiamkan diri kerana
sedari tadi dia hanya mendengar perbualan diantara isterinya dengan teman
wanita Nik.
“Yang selalu dera anak
uncle disekolah,” ujar Lia lalu memandang wajah Nik yang masih kelihatan cool setelah dia memberitahu kisah yang
sebenar kepada ibu dan ayahnya.
“Anak ni Natalia??,”
tegur Puan Faezah.
Nik terkejut bila ibunya
menyebut nama penuh Lia.
“Yes auntie! Natalia the
troublemaker,” jawab Lia lalu menoleh kearah ibu dan ayah Nik di belakang.
“Natalia..akhirnya
auntie bertemu dengan kamu juga!,” ujar Puan Faezah tidak percaya akan bertemu
dengan teman perempuan di sekolah Nik yang Fiqa selalu menceritakan kepadanya.
Nik tidak pernah bercerita apa-apa padanya mungkin kerana Nik menganggap ianya
tidak penting dan dia anak lelaki. Tapi Nik selalu menceritakan kepada Fiqa
kerana adiknya selalu mendesak Nik menceritakan tugasnya sebagai Pengawas dan
karenah teman-teman sekolah yang selalu di dendanya. Nik selalu menceritakan
kepada Fiqa tentang seorang pelajar perempuan yang nakal dan selalu
menganggunya. Sebab itu dia tahu siapa Natalia kerana Fiqa selalu menceritakan
kepadanya tentang Natalia.
“Ibu tahu tentang
Natalia??,” ujar Nik terperanjat lalu memandang kearah cermin pandang belakang
bila ibunya mengatakan dia pernah mendengar nama Natalia. Bagaimana ibunya
tahu? Nik tidak pernah menceritakan apa-apa pada ibunya. Dia yakin ini pasti
kerja Fiqa.
“Ibu tahu semuanya Nik,
kamu tidak memberitahu ibu tapi adik kamu yang ceritakan semua pada ibu,” jawab
Puan Faezah lalu tersenyum.
Lia tersenyum kelat bila
Puan Faezah berkata demikian. Awkward! Itu
yang Lia rasa tika dan saat ini. Nik mahu membalas dendam dan mahu menderanya
pula. Dia tidak mahu diperkenalkan kepada ibu dan ayah Nik dengan cara sebegini
kerana dia telah menganggap Nik sebagai teman istimewanya dan bukan teman
biasa.
No comments:
Post a Comment