SEBAIK
sahaja menghantar kedua ibu dan ayah Nik ke airport.
Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Madam Sharon. Mereka sudah
terlewat namun Nik tidak merasa cemas kerana tujuan dia ke rumah Madam Sharon
bukan untuk berhibur tapi mahu melihat koleksi barangan antics Madam Sharon
yang hendak di insurankan.
Nik masih dengan mood
diamnya sedari tadi. Tidak mahu berbicara lebih dari 5 perkataan setiap kali bila
ditanya. Dia tahu Nik masih marah padanya. Hendak memuji Nik kelihatan extra dashing dan handsome kerana Nik mengenakan tuxedo
malam ini, pun Lia terpaksa pendamkan sahaja kerana mood abang James Bond
kita tak berapa baik. Jadi dia diamkan sahaja.
Lia tersenyum sendiri
mengingati perkenalan singkatnya dengan ibu dan ayah Nik. Walaupun pada awalnya
dia merasa janggal kerana dia tidak tahu apa yang diceritakan Fiqa adik Nik
kepada mereka mengenainya. Pasti yang buruk-buruk sahaja kerana dia tidak
pernah berbuat baik pada Nik. Namun setelah dia mendapati ibu dan ayah Nik
seorang yang peramah dan cepat mesra. Lia merasa selesa.
Ibu Nik menjemputnya ke
rumah jika Lia pulang ke Malaysia. Dan Lia berjanji akan datang mengunjunginya
bila dia pulang di Malaysia nanti. Lia tidak sabar hendak mengkhabarkan berita gembira
ini kepada ibunya di Malaysia mengenai Nik. Pasti ibunya merasa teruja kerana
Lia sudah kembali sihat semula dan Lia telah bertemu dengan lelaki yang telah
dia jatuh cinta 10 tahun dahulu tanpa dia sedari.
Lamunan Lia terhenti
bila Nik memberhentikan keretanya di hadapan pintu gerbang mansion milik Madam Sharon. Pintu kereta Nik di buka seseorang. Lia
menanti Nik menghampirinya.
“You look cute today!,” tegur Nik dengan wajah selamba sebelum
berjalan menuju kearah pintu dimana penyambut tetamu Madam Sharon berada.
Look cute!!! Really Nik!
Tak tahu nak compliment perempuan
cantik seperti dia ke? gerutu Lia dalam hati. Geram pula bila Nik seperti tidak
perasan dia kelihatan cantik rupawan malam ini dan bukan kelihatan ‘ugly but adorable’.
“Ah
yes..you two lovelies came! Welcome! You look gorgeous Lia and you look
dashing handsome man Nik!,” tegur Madam
Sharon lalu tersenyum memuji Lia dan Nik kelihatan amat cocok bersama.
“And you look stunning too Madam Sharon!,” balas Nik lalu tersenyum.
Lia disebelah menjeling
meluat bila Nik pandai memberi pujian kepada host majlis Madam Sharon dengan mengatakan dia tampak menakjubkan
manakala Nik hanya mengatakan dia kelihatan comel sahaja.
“Please enjoy yourself,” ujar Madam Sharon kepada Nik dan Lia.
Sebelum dia bertemu dengan tetamunya yang lain.
Nik berjalan mendekati salah seorang dari pelayan yang bertugas untuk
memesan minuman darinya sebelum mendapatkan Lia yang berdiri seorang diri memandang
kearah lukisan yang terdapat di dinding Mansion Madam Sharon. Sebuah lukisan di
persisiran pantai dengan awan putih yang kelihatan plain dan simple.
“Monet!,” ujar Nik lalu
menyerahkan gelas lemon frizz kepada
Lia. Lia menyambut minuman itu dari tangan Nik.
“What monyet?? Mana ada
monyet dalam lukisan ini??,” ujar Lia dengan wajah tidak bersalah bila Nik
mengatakan ada monyet di dalam lukisan itu. Dia tidak nampak seekor monyet pun
di dalam lukisan itu. Hanya gambar pantai yang indah.
Nik tersedak terperanjat bila Lia berkata demikian. Tuxedonya terkena percikan air dari minuman
yang di pegangnya. Lia segera menarik pocket
square handkerchief dari poket tuxedo
Nik. Tangannya pantas mengelap bahagian dada Nik yang terkena percikan air tadi.
“Thanks, It’s not monyet but ‘Monet’ lukisan ini
di hasilkan oleh artist terkenal Claude
Monet, this art piece call Beach in Pourville,” terang Nik kepada
Lia setelah tawanya reda.
“Ok,” jawab Lia lalu tersenyum simpul.
“You knew about this
painting aren’t you?,” ujar Nik bila dia lihat Lia tersenyum begitu ketika
dia menerangkan tentang lukisan itu kepada Lia tadi.
“Maybe,” jawab Lia
tersenyum lagi.
Sekurang-kurangnya dia telah berjaya membuatkan Nik ketawa dengan
lawak bodohnya itu. Dia kenal pada hasil lukisan artist terkenal Monet. Lia
tahu sedikit sebanyak mengenai art and
paintings. Dan dia juga tahu lukisan itu dihasilkan pada tahun 1882. Dan
lukisan itu dibeli oleh National Museum, Poland pada tahun 1906 dan dipamerkan
di paparan koleksi mereka.
“Thanks for bringing me here
Nik,” ujar Lia lalu memandang wajah Nik. Dia tahu dia banyak menyusahkan Nik
dahulu. Dan dia akan sentiasa merasa bersalah diatas perbuataannya terhadap
diri Nik dahulu.
Dia kini akui, apa yang dia lakukan dahulu hanya kerana dia
mahukan perhatian lelaki itu. Dia mahu Nik sukakannya, namun caranya itu tidak
betul kerana ia bukan membuatkan Nik semakin suka padanya malah perbuataannya
itu, membuatkan Nik semakin jauh darinya. Dan dia pula membenci Nik kerana
lelaki itu tidak tahu bahawa dia suka padanya.
“Madam Sharon yang invite
you,” jawab Nik lalu menoleh kearah Lia bila wanita itu tiba-tiba
mengucapkan terima kasih kepadanya.
“I would like to borrow Nik from
you for a while, I want to introduce him to my dear friend, who would like his
expertise in one of her antique collections..I hope you can excuse us
Lia!,” ujar Madam Sharon kepada Nik.
“Yes, sure Madam Sharon, Nik is all yours!,” jawab Lia lalu
tersenyum. Matanya sempat memandang kearah seorang wanita muda dan cantik
berbangsa Italy yang tersenyum memandang Madam Sharon dan Nik sedang menuju
kearah mereka.
*****
Terasa bosan pula berada sendirian di majlis yang serba asing ini.
Lia berjalan menuju kearah luar untuk mengambil angin. Rumah Madam Sharon
berdekatan dengan pantai. Dan pemandangan malam ini sungguh cantik dan indah.
Lia meletak gelasnya di atas batu.
“Hello Lia, why are you here by yourself, the party is
inside..,” teguran seseorang membuatkan Lia menoleh ke belakang.
“Hi Madam Sharon, I love to
take fresh air,” jawab Lia lalu membuahkan senyuman kepada host rumah itu. Dia tidak biasa
menghadiri majlis seperti ini. Walaupun dia berada di kota London selama
beberapa tahun. Dia jarang sekali menghadiri majlis seperti ini. Lia seorang
wanita yang simple. Mahukan kerjaya
dan keluarga yang bahagia itu sahaja.
“You were like me when I’m
young Lia, not used to attend big party, love simple things, love simple life
not the extravagant kind of life,” ujar Madam Sharon lalu menoleh kearah
Lia.
“Oh really?? I thought you
came from a wealthy family?,” ujar Lia bila Madam Sharon mengatakan zaman
mudanya dahulu berlainan dengan zamannya sekarang.
“No..my late husband
yes..this is all his,” jawab Madam Sharon lalu tersenyum.
“I’m sorry to hear that,”
jawab Lia bila Madam Sharon mengatakan harta yang dia perolehi adalah dari
mantan suaminya.
“It’s ok, that was long time
ago, and I still miss him dearly! He’s my first love and my soulmate!,”
ujar Madam Sharon perlahan lalu melemparkan pandangannya kearah laut di
hadapannya. Wajahnya kelihatan sayu bila dia berkata demikian.
Lia turut dapat merasakan kesedihan hati Madam Sharon. Dia
kehilangan suami yang dicintai. Lia mengerti perasaan Madam Sharon kerana dia
juga kehilangan orang yang paling dekat dan di sayangi.
“So how long have you been
in relationship with Nik??,” tanya Madam Sharon lalu menoleh kea rah Lia.
“You knew that Nik is not my
mentor??,” tanya Lia dengan wajah terperanjat bila Madam Sharon bertanya
akan hubungannya dengan Nik.
Madam Sharon tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya
perlahan bila Lia kelihatan terperanjat bahawa dia mengetahui akan hubungan
mereka yang sebenar.
“It’s a long story and we
are not really together-,”
“But you love him do you???,”
Sekali lagi Lia terperanjat bila Madam Sharon tahu dia sukakan
Nik.
“How do you know that??,”
tanya Lia bila Madam Sharon dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatinya.
“I can see..your eyes lit up
whenever you look at him,” jawab Madam Sharon. Sama seperti setiap kali dia
melihat mantan suaminya Alessandro dahulu. Setiap kali Alessandro melintas di
hadapan kedai rotinya. Matanya bersinar gembira setiap kali ternampak
Alessandro kerana dia sukakan lelaki itu. Hubungan mereka bagaikan langit
dengan bumi kerana Alessandro anak orang berada manakala dia hanya anak seorang
pembuat roti. Terdapat banyak halangan dari keluarga Alessandro, namun mereka
berkahwin juga akhirnya kerana mereka cinta mencintai di antara satu dengan
lain.
Lia tidak menjawab kerana dia merasa malu bila Madam Sharon
perasan keghairahan terpamer di wajahnya tiap kali dia memandang Nik.
“Does Nik know that you love
him??,” tanya Madam Sharon lagi kerana dia hanya melihat Lia sahaja yang
kelihatan teruja setiap kali ada bersama Nik. Namun Nik kelihatan biasa-biasa
sahaja.
Lia mengelengkan kepalanya perlahan lalu memandang kearah laut.
“No, poverino!
È necessario fargli capire i tuoi sentimenti nei suoi confronti! Non aspettare per lui a confessare! Gli uomini sono
lenti!,” (No, you poor thing! You must let him know of
your feelings towards him! Don't wait for him to confess! Men are slow!)
ujar Madam Sharon dengan wajah tidak percaya bila Lia mengatakan dia tidak
meluahkan perasaannya kepada Nik.
Lia tersenyum sendiri bila Madam Sharon berkata demikian. Ya benar
apa yang di katakan Madam Sharon tadi. Lelaki memang slow bila hendak meluahkan perasaan mereka.
No comments:
Post a Comment