2015, Di Rome Italy
ZARA
mengelap meja dan pisau yang di gunakan untuk memotong roti tadi. Keadaan di
café menjadi sedikit lengang selepas waktu rush
hour. Setelah membersihkan kaunter dan menambah bahan-bahan untuk membuat sandwich didalam container. Zara menanggalkan apronnya
lalu di gantungkan di belakang kaunter.
“Let’s have coffee! Shall
we!,” ujar Haider memandang wajah Zara lalu tersenyum. Dia mengantungkan
apronnya di belakang kaunter.
“Yes..definitely!!,”
jawab Zara lalu menuju kearah tempat membuat coffee. Dia menyediakan 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya dan satu
lagi buat Haider. Mereka perlukan tenaga sebelum menyambung kerja semula. Dan
memandangkan tidak ramai pelanggan mereka dapat berehat seketika dengan
scangkir kopi.
Haider mengangkat 2 cawan coffee
lalu meletak di meja. Dia memerhatikan Zara yang sedang sibuk menyusun mini chocolate Danish dan cinnamon rolls di atas piring lalu
membawanya ke meja mereka.
“Pretty hectic today!,”
ujar Haider lalu tersenyum kerana semasa lunch
tadi ramai pelanggan datang ke café mereka sehingga mereka tidak menang tangan.
Nasib baik dia datang membantu jika tidak pasti kelam kabut café dibuatnya
kerana mereka kekurangan kaki tangan dan ibunya tidak ada di café.
“Ya, nasib baik you
datang bantu, jika tidak I kena
koma,” jawab Zara tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan.
Haider hanya tersenyum mendengar komen Zara. Wajah cantik Zara di
pandang. Dia sukakan wanita itu. Sejak pertama kali dia memandang wajah Zara
hatinya sudah terpaut. Zara wanita melayu yang pertama berjaya menambat
hatinya. Sebelum ini, dia banyak menjalinkan hubungan cinta dengan wanita
sebangsanya. Namun hubungan mereka tidak kekal.
“Haider..you did it again!,”
ujar Zara lalu tersenyum bila dia perasan Haidar memandang wajahnya lagi. Sudah
beberapa kali dia memesan kepada Haidar jangan berbuat begitu, namun lelaki itu
seakan tidak faham kerana dia buat perkara yang sama setiap kali mereka
bersama. Perbuataan Haider membuat Zara merasa tidak selesa. Bukan kerana dia
tidak suka pada lelaki itu, tapi kerana dia tidak suka di renung.
“I’m sorry I can’t help it,
you are just so beautiful,” puji Haider bila Zara memarahinya kerana dia
memandang wajahnya lama.
“All Italian man know how to
swoon women,” komen Zara lalu tersenyum.
“I’m half Italian half
malay!,” jawab Haider tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan membetulkan
ayat Zara bahawa dia berdarah campuran dan bukan berdarah Italy sahaja. Ayahnya
berbangsa Itali manakala mamanya berbangsa melayu.
“How do you feel today
Zara?,” tanya Haider lalu memandang wajah Zara.
“I feel ok,” jawab Zara
perlahan lalu mengeluh kecil. Dia cuba untuk menjalani hari-harinya seperti
biasa tanpa memikirkan apa-apa. Namun dia masih belum mampu melakukannya dengan
sempurna. Walaupun ianya sudah 2 tahun berlalu namun dia masih tidak dapat
menyesuaikan dirinya lagi.
“You always have me and my
mum, no matter what we will always be your family Zara,” pujuk Haider
perlahan bila wanita itu kelihatan sedih.
Dia mengerti perasaan Zara. Jika dia ditempat Zara, dia juga akan
merasa perkara yang sama. Kehilangan. Zara kehilangan sebahagian besar dalam
hidupnya. Dan Zara tidak pernah putus asa cuba mencari kembali apa yang dia
telah hilang.
Zara terkedu bila Haider berkata demikian. Jika Haider tidak
membantunya dia tidak tahu kemana harus dia tuju. Dia terhutang budi pada
Haider dan ibunya kerana membantunya di saat dia benar-benar memerlukan
pertolongan. Dia hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan
dia dapat mencari dan mengutip bahagian yang hilang dalam hidupnya. Dan jika
dia tidak dapat semula. Dia harus redha dan menjalani hidup ini seperti biasa.
Kerana dia tahu hidup harus di teruskan walau apa jua keadaan.
“Thanks Haider,” ujar
Zara perlahan hatinya tiba-tiba merasa sebak bila mengenangkan nasibnya.
“Cheer up! Don’t be sad
pretty lady, esok I off duty, I can
help you again, I just hope mama tak halau I,” ujar Haider bila Zara kelihatan
sedih. Dia tidak mahu wanita itu bersedih hati.
Dia simpati pada Zara namun dia sendiri tidak mampu membantu Zara
kerana hanya Zara sahaja yang dapat mengubatinya sendiri.
“Mama hendak halau you
kenapa??,” ujar Zara tersenyum bila Haider berkata demikian.
“Mama kata I suka ganggu
you, sebab itu dia tidak suka I selalu berada di café ini,” jawab Haider lalu tersenyum. Mamanya selalu berpesan
kepadanya jangan menganggu Zara. Tapi dia tidak mampu berdiam diri kerana dia
sukakan Zara. Dan mamanya tahu dia suka pada Zara.
“Dr. Haider Lorenzo, you suppose to rest bukan membantu I di Café, tentulah mama marah pada you,” jawab Zara lalu tersenyum kerana
Haider tidak mengunakan masa cutinya untuk berehat sahaja di rumah, malah
datang ke Café membantunya.
“I can’t help it, takut
rindu jika tak jumpa you satu hari,”
ujar Haider lalu tersenyum. Dia tahu Zara akan merasa tidak selesa bila dia
cuba flirt dengannya.
“Haider!!!,” ujar Zara lalu mencubit lengan Haider bila lelaki itu
mengusiknya lagi.
bersambung....