Wednesday, 6 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 9)







                   Selesai mengoreng epok-epok sayur yang ku buat tadi aku meletak beberapa keping epok-epok sayur tersebut ke dalam Tupperware, mak ngah mahu aku beri sedikit kepada mak Ani teman baiknya iaitu ibu kepada abang Zafriel. Aku menuju kea rah sinki lalu mencapai mangkuk plastic kecil untuk di tuang sos buat lawan epok-epok sayur.

 
 
 

Adam menuruni anak tangga menuju ke dapur di mana Era sedang sibuk berbuat sesuatu. Hah nyaman rasanya bilik tidurnya sudah di pasang air-con tidaklah dia berpeluh sakan lagi. Adam mengenakan baju melayu biru gelap baru yang di beli oleh isterinya untuk di jadikan baju basahan, kerana Adam tidak pernah memiliki baju melayu sebelum ini. Isterinya sibuk membeli beberapa pasang untuk kegunaannya di kampong. Katanya mudah dan sesuai untuk di buat pergi solat di surau nanti.

 
 
 

“Buat apa tu??,” tegur Adam pantas tangannya mencapai epok-epok dari dalam bekas dan hampir sahaja dia memasukkan epok-epok itu kedalam mulutnya. Bila tangannya ditepuk perlahan oleh Era. Adam memandang wajah Era kerana tidak senang dengan perbuatan isterinya itu.

 
 
 
 
“Eh tak puasa ke??,” tegurku sebelum epok-epok sayur itu sempat singgah ke mulutnya.
 
 

 

“Astarfirullah al azim, I almost forgot,” ujarnya lalu meletak epok-epok itu kembali ke dalam bekas. Kalau Era tidak menegahnya tadi pasti epok-epok itu sudah selamat berada di dalam mulutnya. Issk bahaya berada di dapur ni! Sebab itu dia selalu lepak di beranda atau di biliknya kerana takut dia termakan atau terminum nanti bila berada di dapur. Adam menuju ke sinki lalu mencuci tangannya bersih.
 
 

 

“Eh! You nak pergi mana ni??,” tegur Adam bila di lihatnya Era memasukkan Tupperware ke dalam plastic dan Era menyarungkan tudung ke kepalanya menandakan dia hendak keluar rumah.

 
 
 

“I nak ke rumah abang Zafriel sekejap, hendak hantar epok-epok ni?,” ujarku dengan wajah selamba.

 




“Rumah abang Zafriel???, can you please stop calling him ‘abang’ he is not your brother anyway,” ujar Adam dengan wajah kurang senang. Dia tidak tahu kenapa dia merasa tidak selesa bila isterinya Era memanggil Zafriel ‘abang’.
 
 
 
 

Aku tersenyum meleret bila Adam memberi komen sedemikian. Adam cemburu dengan abang Zafriel?? Really? Adam Matin Salvatore merasa tergugat dengan abang Zafriel. Interesting! Selalunya aku yang akan merasa tergugat bila Adam berbual dengan wanita lain kerana suamiku Mr. Adam itu seperti magnet kepada kaum wanita. Yelah sudahlah orangnya kacak, macho and whatnot! Aku yang stress bila Adam bersama wanita lain. Tapi bila Mr. Adam secara tidak langsung memberi komen sedemikian ini bermakna dia cemburu melihat aku rapat dan mesra dengan abang Zafriel walaupun dia hanya memberi komen indirectly.

 
 
 

“Kalau begitu..you ajelah yang beri,” ujarku lalu menghulurkan plastic berisi epok-epok kepada Adam. Ikutkan memang aku hendak mengusik Adam tapi oleh kerana aku tidak ada energy hendak berbuat begitu kerana melayan karenahnya hari ini sahaja sudah drain tenaga aku. Ada lebih baiknya aku berdiam sahaja.

 
 
 
 

“I kena pergi??,” ujar Adam.

 
 
 
 
“Ah yelah..mak ngah tak ada..dia ke rumah sebelah..yang ada cuma you dengan I, tak kan Tupperware ni nak jalan sendiri,” ujarku lalu menjeling Adam.

 
 
 
 
“Ok..,” jawab Adam ringkas lalu bangkit dari kerusi. Dia tahu Era menyindirnya. Kalau dia tidak pergi, Era yang kena pergi. Ada baiknya dia pergi sahaja lagipun dia tidak suka Era terlalu mesra dan rapat dengan ‘abang’ Zafrielnya. Adam menyambut plastic itu dari tangan Era.

 
 
 

“Eh kejap..ni pakai lawa-lawa nak pergi nikah ke??,” ujarku memerhatikan Adam dari atas hingga ke bawah, baru aku menyedari bahawa lelaki itu memakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok. Raya lama lagi yang Adam melawa sakan kenapa? Apa tebiat laki mat saleh celup aku ni?

 




Adam mengerutkan dahinya bila Era berkata demikian.




 

“Eh bukan begini ke cara pakai baju melayu??,” soal Adam kembali dengan wajah tidak bersalah. Era juga yang mengajarnya bagaimana cara hendak mengikat samping dahulu. Kata Era jika berbaju melayu tanpa samping tidak lengkap. Tapi sekarang isterinya kata lain pula. Pening kepala di buatnya.

 
 
 

“Agak-agaklah Mr. Adam..tak kan lah pergi ke surau sahaja hendak bersamping bagai..if you pakai complete begini, macam orang hendak pergi nikah,” jawabku tersenyum lalu mengelengkan kepala perlahan.

 
 
 

“Oh macam tu..lain kali beritahulah dari Deepavali tahun lepas..ini tidak baru beritahu sekarang,” jawab Adam lalu meletak plastic berisi Tupperware di atas meja. Dia membuka samping yang terikat kemas di pinggangnya dan menanggalkan songkoknya lalu menyerahkan kepada Era.

 
 
 

“Eiii dah pandai loyar buruk eh mat saleh celup ni??,” ujarku geram. Dah banyak songel pulak laki mat saleh aku ni. Makin lorat perangai loyar buruknya.

 
 
 
 
“I’ve learnt from the best..,” jawab Adam lalu tersenyum sengaja hendak menyakitkan hati Era. Dia menuju kearah pintu. Kalau dahulu dia tidak begitu fasih berbahasa melayu terutama sekali kalau bahasa melayu yang mendalam. Era juga yang mengajarnya agar dia banyak berbicara bahasa melayu kerana isterinya kata, kalau orang Malaysia tidak boleh berbahasa melayu fasih bukan orang Malaysia katanya.

 
 
 

“Whatever!! Hah jangan curi-curi makan pula nanti..I tahu ada 8 keping epok-epok sayur dalam container Tupperware tu,” ujarku lalu berdiri di muka pintu.




 

“Tak pe I kasi Tupperware kosong je..baru padan dengan muka ‘abang’ Zafriel you tu,” balas Adam.

 
 
 
Eiii. Aku mengacu penumbuk kearah Adam bila dia berkata demikian. Ada sahaja jawapannya yang hendak menyakitkan hati aku.

 
 
 

“Ni tahu tak rumah dia kat mana?? Main jalan aje?,” ujarku bila menyedari aku tidak mengarahkan Adam akan rumah abang Zafriel di mana?
 
 
 
 

“Tak pe I guna google navigator,” jawab Adam.




 

“You jangan nak merepek eh? Rumah abang Zafriel selang 5 baris..rumah yang catnya warna light blue jangan salah rumah pulak,” jeritku bila Adam sudah berjalan jauh meninggalkan rumah.

 
 
 

Adam tidak menjawab malah mengangkat tangannya mengatakan dia tahu mencari rumah yang di maksudkan.

 
 
 

Aku mengelengkan kepala perlahan.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment