Adam
mematikan telefon sebaik sahaja dia berbual dengan Raoul lalu memandang tepat
ke wajah Khairul yang sedang setia menanti arahan darinya. Dia sendiri tidak
tahu pekerjaan apa yang harus di berikan kepada Khairul. Adam mengaru kepalanya
yang tidak gatal. Kalau di office Khairul sudah di beri tugas sebagai office
boy. Tapi di sini apa pekerjaan yang harus di beri? Jadi PAnya di Pahang?
“Maaf call from my old friend,” ujar Adam tersenyum
lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Tak mengapa..Abang suaminya kak Era ke?,” soal
Khairul tiba-tiba. Mak ngah mempunyai seorang anak saudara perempuan bernama
kak Era. Kak Era seorang wanita yang baik. Kak Era banyak membantu keluarganya
dan dia merasa terhutang budi dengan kak Era. Dia mendapat tahu dari mak ngah
yang Kak Era sudah bernikah dengan orang Kuala Lumpur. Dan tengok dari cara
abang Adam. Dia tidak seperti orang kampong.
“Yes,” jawab Adam ringkas lalu menganggukkan kepalanya
perlahan.
“Eh Khairul? Bila sampai?? Kenapa duduk di atas lantai
Khairul duduklah di atas kerusi,” tegurku sebaik sahaja terpandang wajah
Khairul. Aku mencari Adam kerana Adam senyap sahaja dari tadi. Aku merasa
bersalah pula kerana jarang meluangkan masa bersama dengan Adam bila berada di
kampong. Nanti merajuk pula suami mat saleh celup aku tu jika aku tidak
memberinya perhatian.
“Baru kejap aje kak..,” jawab Khairul lalu tersenyum.
Kak Era kelihatan lebih cantik sekarang kerana sudah pandai bergaya. Kak Era
yang dahulu kelihatan simple dan berkaca mata.
“You suruh Khairul datang buat apa dear??,” tanyaku
lalu melabuhkan punggung di atas kerusi duduk bersebelahan dengan Adam. Apa
yang Adam mahu dari Khairul?
“I hired Khairul to work for me,” jawab Adam lalu
tersenyum.
“Work for you?? Kerja apa yang you nak beri pada
Khairul?,” soalku terperanjat. Apa pekerjaan yang Adam hendak berikan kepada
Khairul?
“The thing is I’m not sure too, why don’t you dan mak
ngah sahaja yang fikirkan kerja apa yang sesuai buat Khairul,” jawab Adam lalu
memandang kearah isterinya.
“Betul ke Khairul hendak bekerja dengan abang Adam
ni??,” soalku kerana Adam tidak memberitahu aku yang dia mahu Khairul bekerja
dengannya.
“Apa-apa kerja insyallah saya boleh buat kak,” ujar
Khairul lalu menguntum senyum. Dia sudah biasa mengambil upah bekerja dengan
orang lain. Semua kerja-kerja buruh dia sudah pernah lakukan untuk mendapatkan
wang untuk menampung kehidupan seharian mereka. Hendak harapkan upah yang di
terima ayahnya memang tidak mencukupi buat mereka sekeluarga.
“Kalau macam gitu..Khairul boleh tolong kemaskan bilik
stor mak ngah? Bilik tu dah lama tidak di bersihkan,” ujarku lalu memandang
wajah Khairul. Stor mak ngah tu susah hendak ku cari barang kerana tidak pernah
di kemas. Jadi bila Adam meminta Khairul bekerja dengannya dapatlah Khairul
membantu untuk mengemas dan membersihkan stor mak ngah.
“Boleh kak,” jawab Khairul lalu bangkit. Dia menuruni
anak tangga menyarung seliparnya dan menuju ke bawah kolong kerana dia tahu
stor mak ngah terdapat di hujung berdekatan dengan dapur.
“Terima kasih, Khairul,” ujarku lalu membuahkan
senyuman kepadanya. Aku merasa belas melihat Khairul. Kak Leha beruntung
mendapat anak sebaik Khairul. Khairul rajin membantu keluarganya. Remaja seusia
Khairul sepatutnya masih berada di bangku sekolah lagi. Namun Khairul tidak
dapat berbuat demikian kerana keluarganya tidak mampu untuk menampung
perbelanjaan persekolahannya. Khairul mengambil keputusan untuk berhenti
sekolah dan bekerja untuk meringankan bebanan ayah dan ibunya.
“What are you thinking of?,” tegur Adam bila isterinya
seperti memikirkan sesuatu.
“Tak think..I’m just felt sorry for Khairul..remaja
seusianya sepatutnya bersekolah dan bukan bekerja,” jawabku perlahan.
“Masa you date dengan I dahulu, your free time you
selalu luangkan masa di Darul Shifa dan rumah anak-anak Yatim kan? Dan Mr.
Saiful itu pegawai Darul Shifa kan?,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya.
Dia tahu Era suka melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan amal. Walaupun Era
tidak pernah memberitahunya. Dia mendapat maklumat mengenai kegiatan Era dari
Harris. Harris di suruh menjadi spy Era.
Aku tersentak bila Adam berkata demikian. Mana Adam
tahu? Aku tidak pernah menceritakan kepadanya. Apa Adam pasang spy untuk
mengintip pergerakan aku?
“Mana you tahu?? I tak pernah ceritakan pada you
sebelum ini?,” soalku terperanjat bila Adam tahu mengenai kegiatanku di siang
hari jika aku tidak keluar bersama dengannya semasa kami ‘dare date’ dahulu.
“I suruh Harris check on you,” jawab Adam tanpa
berselindung.
“You spyed on me?? Sekarang pun you spy on me ke??,”
ujarku lalu membesarkan mata kerana tidak percaya Adam menghantar Harris untuk
mengintip pergerakan aku dahulu.
“I’m sorry..I just want to make sure that Era is not a
crazy person,” jawab Adam dengan wajah selamba.
“Crazy person??? Ok..Fair enough..sebab you takut I
make use of you kan?? I hope you tak suruh abang Harris spy on me lagi..if I
know you masih suruh abang Harris intip kemana I pergi siap you Mr. Adam,”
ujarku lalu menjeling Adam. Aku tahu Adam berbuat begitu dahulu hanya untuk
memastikan bahawa aku bukan orang jahat dan berniat tidak elok padanya. Orang
kaya dan terpengaruh seperti Adam, pasti dia sudah meminta seseorang untuk
membuat ‘background check’ untuk memastikan bahawa orang yang berurusan
dengannya itu boleh di percayai dan aku tidak terkecuali.
“Tak lagi..,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia memang
tidak menyuruh Harris berbuat demikian kerana Harris di tugaskan untuk menjadi
pemandu dan bodyguard peribadinya. Tugas mengitip di tugaskan kepada orang
lain.
“You better..sebab I tak suka di intip ok..Mr. Adam..It’s
not cool, I’m not a felon,” ujarku lalu bangun dari kerusi dan mahu menuju ke
dalam ruang tamu. Adam ingin ke dapur untuk menbantu mak ngah.
“I suruh orang lain yang jadi spy you..bukan Harris!,”
ujar Adam dia sengaja menunggu sehingga Era berjalan hingga ke hujung ruang
tamu jadi senang dia hendak melarikan diri dari Era sebelum dia menjadi mangsa
cubitannya.
“ADAM!!!,” jeritku geram lalu mengetap bibir menahan
marah. Adam tersengih tak ubah seperti kerang busuk bila isterinya marah
padanya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment