Monday, 4 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 6)







                    Harris memberhentikan kereta di halaman rumah mak ngah. Aku tidak sabar ingin keluar dari kereta dan bertemu dengan mak ngah. Maklumlah rindu pada mak ngah tidak terkata. Aku menoleh kearah Adam kerana lelaki itu masih tidak menunjukkan dia mahu keluar dari kereta.

 
 
 

“Mr. Adam kita dah sampai..,” usikku lalu tersenyum. Gelihati melihat wajah Adam bila aku mengatakan kami sudah sampai di kampong Mak Ngah di Temerloh Pahang.

 
 
 

Adam memandang rumah separa batu dan separa papan milik mak ngah isterinya itu tanpa berkedip. Boleh ke dia menyahut cabaran Era untuk tinggal di sini selama sebulan lebih. Sehari berada di sini belum tentu dia dapat tinggal, inikan pula selama sebulan. Ikutkan hati hendak sahaja dia mengajak Era tinggal di Hotel Hyatt.

 
 
 

“Sayang..,” ujarku lalu mengoyangkan lengan Adam bila Adam tidak berkata apa-apa bila aku mengatakan kami sudah sampai.

 
 
 

“Sayang..kita tinggal kat Hyatt ok..ajak mak ngah sekali..I suruh Dian booked sekarang jugak,” ujar Adam lalu mengeluarkan iphonenya ingin menghubungi Dian dan meminta Dian booked Hyatt untuk mereka sepanjang mereka tinggal di sini.

 
 
 

“You jangan nak merepek Mr. Adam..what happens to ‘I don’t admit defeat’ you tu,” jawabku lalu mencapai iphone Adam lalu menyimpannya di dalam bag tanganku.

 
 
 

“Ok..ok..beri I kelonggaran sedikit dear..you can’t possibly ask me to stay here without any help and support? You tahu I tak pernah tinggal dan hidup di kampong..please!! please!!!,” ujar Adam meminta belas kasihan dari Era. Jika dia tidak dapat tinggal di Hyatt. Biar Hyatt yang datang di sini.

 
 
 

Aku memandang wajah Adam. Kesian pula aku pada Adam kerana tidak pernah hidup di kampong.

 




“What do you need??,” soalku mengalah dengan kehendak Adam.

 
 
 

“Just give me back my phone,” ujar Adam lalu menghulurkan tangannya pada Era. Dia perlukan iphone kerana dia perlukan pertolongan dan bantuan dari Dian.

 
 
 

“Ok,” jawabku ringkas lalu mengembalikan iphone Adam kembali. Hendak tak hendak Adam terpaksa keluar dari perut kereta. Dia menanggalkan butang polo t-shirt Perrynya satu kerana tidak tahan dengan bahang panas sudah seperti berada di sauna. Wajahnya mula di basahi peluh. Adam menanggalkan ‘Ray-Bandnya’ lalu mengeluarkan sapu tangan dan mengelap peluh di wajahnya perlahan. Hai kalau tidak kerana dia sayangkan isterinya Era. Tak adanya dia bersetuju untuk tinggal di sini kerana dia tidak biasa.

 
 
 

Isterinya terlebih dahulu menuju ke ruang belakang di pintu dapur untuk menemui mak ngahnya. Adam pula menuju ke ruang depan. Dia mengerutkan dahi bila perasan ada sebuah motor yang tidak di kenali kelihatan terparkir di laman rumah mak ngahnya. ‘Siapa yang datang?’

 
 
 

Adam menanggalkan loafers Hermesnya lalu mendaki tangga. Manakala bodyguard cum drivernya Harris menghantar luggagenya di dalam rumah. Selepas menghantarnya Harris kembali ke KL. Jadi dia tidak punya kereta untuk memandu ke sana ke mari. Ini semua kerana Era tidak mahu dia lari balik ke KL.

 
 
 

“Assalamualaikum..,”

 




“Waalaikumsalam,” nyahut seseorang sebaik sahaja Adam memberi salam. Lelaki yang tidak di kenali yang sedang duduk di ruang tamu segera bangkit dan bersalaman dengan Adam.

 
 
 

Adam tidak berkata apa kerana seperti yang dia katakan tadi dia tidak mesra alam dan tidak biasa dengan kehidupan orang kampung dan adat istiadat dan tradisi orang melayu kerana dia orang bandar dan dia hanya ‘15% darah melayu’ dan lagi selama dia hidup dia tidak pernah mempelajari tradisi melayu sehinggalah dia berkahwin dengan Era.

 
 
 

“Eh abang Zafriel..bila balik sini?,” ujarku teruja sebaik sahaja mengetahui siapa tetamu mak ngah yang datang bertandang. Tadi semasa bertemu mak ngah di dapur. Mak ngah mengatakan dia ada tetamu dan meminta aku bertemu dengan tetamu itu kerana menurut mak ngah tetamu itu mahu bertemu dengan aku kerana sudah lama kami tidak bertemu. Musykil juga siapa tetamu yang mak ngah maksudkan? Aku bukannya ramai kenalan di kampong mak ngah.

 




Rupa-rupanya abang Zafriel teman sepermainanku ketika aku kecil dahulu. Beza usia kami 5 tahun. Dulu semasa kecil aku hanya ada kawan-kawan lelaki kerana semasa kecil aku di kirakan tomboy dan lasak. Jadi aku selalu bermain dengan geng-geng abang Zafriel. Bila dah besar kami jarang bertemu kerana abang Zafriel bersekolah asrama penuh dan aku mendapat tahu abang Zafriel melanjutkan pengajiannya di States. Dengar khabar abang Zafriel melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Dan bila kami sudah dewasa aku mendapat tahu dari mak ngah abang Zafriel pernah bertanya samada aku sudah berpunya atau belum. Aku menyangka mak ngah bergurau kerana mak ngah tahu aku begitu meminati abang Zafriel dahulu dan sebelum ini abang Zafriel tidak pernah menunjukkan dia berminat padaku. Pandai sungguh abang Zafriel menyembunyikan perasaannya terhadap aku. Hailah abang Zafriel jika aku tahu kau sukakan aku tak adalah aku tercari-cari jodoh jauh ke KL.

 
 
 

“Malam kelmarin..tu yang abang singgah rumah mak ngah, tak sangka pula mak ngah kata Era berpuasa di sini,” ujar Zafriel lalu membuahkan senyuman. Mendapat tahu Era sambut ramadhan di sini hatinya gembira kerana dapat bertemu dengan Era semula setelah sekian lama tidak bersua. Walaupun dia merasa sedikit hampa bila mak ngah mengatakan Era baru sahaja bernikah dengan lelaki pilihan namun perasaannya terhadap diri Era masih ada.

 
 
 

“Hah tulah..Era pun excited dapat puasa di sini..wah sekarang ni dah tak boleh panggil abang Zafriel lagi lah..nak kena panggil Dr. Zafriel Ikhwan,” ujarku lalu tersenyum berbangga dengan abang Zafriel. Abang Zafriel yang dahulunya ‘cip’ geng kami yang nakal. Aku tersenyum sendiri mengimbas kembali zaman kanak-kanak kami dahulu. Aku seorang sahaja kanak-kanak perempuan yang tomboy dan lasak. Aku tidak gemar bermain anak patung dan pondok-pondok seperti kanak-kanak perempuan lain yang sebaya dengan aku. Aku gemar bermain guli, gasing dan permainan dominan kanak-kanak lelaki.

 




Adam berdehem kuat bila Era dan tetamunya yang bernama Zafriel seolah-olah tidak sedar ada orang ketiga di antara mereka. Seronok sangat berbual sehingga tidak perasan ada orang lain lagi yang berada di ruang tamu. Apa dia invisible ke?? Dia memandang wajah Era lalu membuahkan senyuman.

 
 
 

Oppss..terlupa pulak..inilah akibatnya bila bertemu semula dengan kenalan lama tidak ingat orang sekeliling. Sorry Mr. Adam.
 
 

 

“Abang kenalkan ini Adam Matin Salvatore..suami Era,” ujarku memperkenalkan abang Zafriel kepada Adam. Aku memandang wajah Adam untuk melihat reaksinya. Adam kelihatan cool sahaja seperti tidak ‘affected’ dengan cara aku yang tidak peka. Betul ke dia tidak affected atau dia cuba mengawal dirinya kerana tidak mahu kelihatan tidak macho di hadapan abang Zafriel. Untuk orang berpengaruh seperti Adam, appearance is important especially first impression. Aku hendak kena belajar ‘art’ itu dari Adam. Adam master dalam seni begitu.
 
 

 

“Adam Matin Salvatore!..you are not purely malay aren’t you?,” ujar Zafriel lalu menghulurkan tangannya pada suami Era buat kedua kali. Dia tidak menyangka lelaki yang berdarah kacukan itu adalah suami Era. Sejak bila pula Era tidak sukakan lelaki melayu.

 
 
 

“You can tell..good, so that’s explain why I behave so strangely..I tak tahu sangat adat dan tradisi melayu,” jawab Adam lalu tersenyum sengaja berbuat demikian agar ‘abang Zafriel’ Era tahu bahawa dia bukan lelaki melayu seratus peratus. Dia juga tahu Zafriel sukakan Era isterinya, dari body language dan cara dia memandang Era. Dia lelaki dan dia master dalam perkara memikat perempuan.



 

“So you are not local?? Your surname Salvatore..you must be Italian,” ujar Zafriel ramah. Walaupun terasa agak janggal kerana semasa berbual dengan Era dia tidak tahu yang lelaki itu adalah suaminya. Nasib baik dia tidak terlepas kata pada Era tadi.



 

“Originally from Italy but my parents besarkan I di Malaysia,” jawab Adam lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

 
 
 

“I see, Siete fortunati ad avere lei,” ujar Zafriel membalas senyuman Adam. Dia ada mempelajari bahasa Italy semasa dia bercuti di Italy dahulu.

 
 


(You are lucky to have her) Awak beruntung mendapat dia.

 
 
 

Aku tersentak terperanjat bila abang Zafriel boleh bertutur bahasa Italy. I’m impressed dan aku juga faham akan apa yang di katakan tadi. Aku mempelajari bahasa Italy dari Adam kerana menurut Adam neneknya tidak pandai bertutur bahasa lain selain Italy. Itu yang aku bersungguh-sungguh mempelajari bahasa itu.

 
 
 

“Lei sa come parlare in lingua italiana, ne sono rimasto impressionato,” jawab Adam tersenyum lagi.

 
 
 

(You know how to converse in Italian language, I'm impressed) Anda tahu bagaimana untuk bertutur dalam bahasa Itali, saya kagum.

 



“Ho imparato un po' di lingua italiana durante la mia visita in Italia,” jawab Zafriel lalu tersenyum. Dia tidak menyangka dia mempelajari bahasa Italy hanya untuk suka-suka memberinya peluang untuk bertutur bahasa itu dengan orang yang di kenali. Tidak sia-sia dia memperlajari bahasa itu.

 



(I have learnt a little bit of Italian language during my visit to Italy) Saya telah belajar dari setiap sedikit bahasa Itali semasa lawatan saya ke Itali.

 
 
 

“Non male per chi ha appena imparare la lingua, Era 6 mesi di tempo per padroneggiare la lingua,” jawab Adam lalu melirik kearah isterinya.

 



(Not bad for someone who have just learned the language, Era took 6 months to master the language) Boleh tahan bagi seseorang yang baru mempelajari bahasa Italy, Era mengambil masa selama 6 bulan untuk menguasai bahasa itu.

 
 
“Yeah..yeah I’m slow learner,” jawabku lalu menjeling Adam. Kalau ye pun hendak mengata aku gunalah bahasa yang aku tidak faham. Seperti bahasa French ke? bahasa Spanish ke? Bahaya betul kalau dua-dua lelaki berada di ruang yang sama. Jadi betul lah apa yang mak ngah katakan bahawa abang Zafriel sukakan aku bila dia mengatakan Adam beruntung mendapat aku. Haizz harap-harap Adam tidak tahu. Kalau dia tahu payah hidup aku di buatnya nanti.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment