Adam
berhenti di hadapan rumah yang berwarna light blue. Terdapat 2 buah rumah
sebelah menyebelah berwarna light blue. Rumah yang mana satu yang di maksudkan
Era? Ah sudah! Eenie minni more lah. Adam menyeluk saku seluarnya mencari
sesuatu. Great! Handphonenya tertinggal di rumah. Hendak berpatah balik dan
bertanya pada Era, itu adalah perkerjaan yang tidak produktif langsung.
“Assalamualaikum abang,” tegur seseorang dari belakang
memeranjatkan Adam yang sedang bingung rumah yang mana satu hendak di beri
epok-epok sayur Era.
“Waalaikumsalam,” jawab Adam lalu menoleh kea rah
orang yang memberi salam. Berdiri tercegat di hadapannya seorang remaja lelaki
yang berumur dalam lingkungan 14 tahun. Dari segi pakaian yang di pakai. Adam
dapat merasakan bahawa budak itu bukan orang senang. T-shirt putih tidak lagi
kelihatan putih malah sudah menjadi kelabu. Dan seluar yang di pakainya
kelihatan comot dan koyak sana sini.
“Abang cari rumah siapa??,” tegurnya ramah. Dia sedar
lelaki yang tidak pernah di lihat sebelum ini kelihatan keliru dan
terpinga-pinga.
“Abang cari rumah Encik Zafriel? Adik tahu dimana
rumahnya?,” ujar Adam lalu tersenyum. Terasa belas pula dia melihat keadaan budak
lelaki itu.
“Oh rumah abang Zafriel..rumahnya di sebelah kanan ni
ha..,” ujar budak lelaki itu lalu menunding jari kearah rumah biru cair di
sebelah kanan yang terdapat banyak tertanamnya pokok-pokok bunga bougainvillea
berwarna-warni.
“Terima kasih..siapa nama adik?,” ujar Adam ingin
tahu.
“Khairul,” jawabnya ringkas.
“Khairul puasa hari ni??,”
“Insha allah puasa abang..orang islam wajib berpuasa
di bulan ramadhan,” uajr Khairul lalu tersenyum bila lelaki itu bertanya samada
dia berpuasa atau tidak.
Adam terasa malu sendiri bila budak itu berkata
demikian. Dia yang mengaku beragama islam baru menghayati ibadah puasa pada
tahun ini.
“Alhamdullilah..ibu masak apa untuk berbuka nanti??,”
soal Adam lagi. Dia begitu berminat hendak mengetahui tentang diri Khairul.
Khairul terdiam bila Adam bertanya soalan demikian
kerana dia tidak tahu apa juadah yang akan di sediakan ibunya. Semalam dia
hanya berbuka bubur putih dengan ikan bilis goreng kerana itu sahaja yang ada
di dapur. Keluarganya orang susah. Kalau ada jiran tetangga memberi makanan
mewahlah mereka. Jika tiada siapa yang memberi mereka hanya berbuka dengan apa
yang ada.
“Saya dah lambat ni abang..saya minta diri dulu
ye..Assalamualaikum,” jawab Khairul ingin segera pergi meninggalkan lelaki yang
tidak di kenali itu.
Adam dapat merasakan Khairul mengelak di soal lagi
olehnya sebab itu dia mahu segera pergi. “Khairul..ni abang beri untuk juadah untuk
berbuka puasa nanti,” ujar Adam lalu menyerahkan plastic itu kepada Khairul.
Kalau ada duit sudah di sedekahkan kepada Khairul. Masalahnya dia tidak membawa
dompet ketika keluar tadi. Dan kerana kasihan pada Khairul dia mengambil
keputusan untuk memberi epok-epok itu kepada Khairul. Nampaknya epok-epok sayur
Era bukan rezeki ‘abang’ Zafriel hari ini. Ah tahulah dia hendak melakukan
sesuatu bila balik nanti.
“Eh betul ke ni?? Bukan ke abang hendak beri pada
abang Zafriel??,” soal Khairul kerana lelaki itu bertanya di mana rumah abang
Zafriel dia percaya lelaki itu mahu memberi makanan itu kepada abang Zafriel.
“Siapa abang Zafriel?? Abang tak kenal dia?,” ujar
Adam pura-pura tidak mengerti.
“Terima kasih abang-,”
“Abang Adam,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia merasa
senang dapat mengembirakan hati Khairul.
“Terima kasih abang Adam, semoga Allah kurniakan
kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah, Amin,” doa Khairul.
Amin nyahut Adam dalam hati. Dia merasa terharu dengan
doa yang diberikan kepada Khairul. Khairul telah menyedarkannya tidak semua
orang bernasib baik dan mewah sepertinya. Dia bertekad mahu membantu Khairul.
“Kembali..abang orang baru di sini..abang nak minta
Khairul bantu abang boleh tak?? maksud abang bekerja dengan abang,” ujar Adam
lalu tersenyum.
“Insha allah boleh abang..abang hendak Khairul buat
apa?? Khairul boleh buat banyak kerja untuk abang..,” jawab Khairul dengan mata
yang bersinar. Dia bersyukur kerana lelaki itu mahu memberinya kerja. Dapatlah
dia membantu meringankan beban ibunya.
“Ok..esok Khairul cari abang di rumah mak ngah
Imah..Khairul kenal siapa mak ngah Imah??,” tanya Adam.
“Mak ngah Imah kenal..abang hendak Khairul jumpa abang
di sana pukul 8.00 pagi??,” ujar Khairul merasa ghairah dan tidak sabar hendak
bekerja dengan lelaki itu. Dia sudah terbayangkan wajah kegembiraan adik
beradiknya dapat menikmati juadah yang lazat dan pakaian baru untuk syawal
nanti. Dia bertekad untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh.
“Eh 8.00 pagi awal sangat tu..lepas asar datang jumpa
abang,” pesan Adam.
“Insha Allah abang Adam,” jawab Khairul menganggukkan
kepalanya perlahan.
bersambung....
best.
ReplyDelete