“Any urgent
emails or letters that I need to attend to??,” ujar Adam sebaik sahaja Dian
menyambut taliannya. Dia duduk di anak tangga beranda rumah mak ngahnya. Kalau
tidak kerana Era sudah lama dia cabut balik ke KL. Dia mati kutu berada di
kampong. Apa taknya bosan semacam. Tiada benda yang boleh di lakukan. Menyesal
pula dia tidak meminta Harris menghantar kereta kepadanya. Setidak-tidaknya dia
dapat memandu keluar dari kampung atau ke bandar untuk menghilangkan rasa bosan.
“So far no sir..anyway
you know I will call you if anything pops up?,” ujar Dian merasa hairan Adam
seringkali menghubunginya bertanya samada ada perkara penting yang memerlukan
perhatiannya sedangkan Adam tahu dia akan menghubungi Adam kalau ada perkara
yang hanya perlukan Adam sahaja.
“Yah I know..I’m just
bored,” ujar Adam lalu berdiri di anak tangga. Begitulah perasaannya ketika
ini. Hari kedua di kampong di sudah merasa bosan gila. Rasa seperti hendak lari
sahaja.
Dian tertawa kecil
mendengar keluhan bossnya. Adam bosan maka sebab itu dia asyik menghubungi
bertanya samada ada perkara penting yang memerlukan perhatiannya atau
memerlukan dia pulang ke pejabat segera. Adam hoping she will say something.
“Don’t laugh ok..I almost
had nervous breakdown when my wife told me she wanted to fast and celebrated
hari raya here in Kuantan,” ngadu Adam.
Sekali lagi Dian ketawa
bila Adam berkata demikian. Lucu sungguh mendengar keluhan hati Adam. Kalau dia
di tempat Adam dia juga akan merasa seperti yang Adam rasakan. Cuba bayangkan
orang bandar ‘silver spoon’ seperti Adam yang tidak pernah tinggal di kampong
terpaksa berada di kampong selama sebulan setengah. Mahu tak kejung di buatnya.
Tapi Adam bernasib baik kerana dia jutawan apa yang di hajati dan kehendaki
mudah di perolehi. Cakap sahaja semua boleh diperolehi dengan mudah dan cepat
kerana Adam tidak khuatir untuk membayar lebih jika perlukan khidmat express.
“Sorry sir..I can’t help it..do something that won’t
make you bored,” ujar Dian. Dia sendiri tidak punya idea atau cadangan yang
dapat di berikan kepada Adam agar dia tidak merasa bosan kerana dia sendiri
mati kutu bila berada di kampong neneknya di Terengganu kerana dia tidak pernah
merasa hidup di kampong dan di besarkan di bandar. Tanpa ipad dan wifi dia
tidak dapat hidup inikan pula Adam.
“Apa you selalu buat bila balik kampong di
Terengganu??,” soal Adam. Dia tahu Dian punya kampong di Terengganu. Jadi dia
ingin tahu apa yang Dian selalu buat bila dia balik ke kampong neneknya.
Mungkin Dian dapat memberi dia idea supaya dia tidak mati kebosanan.
“Ah..I tak berapa adventures sangat..I duduk rumah
aje,” jawab Dian.
“You can stay at home without doing anything?? I
really can’t,” jawab Adam lalu duduk di kerusi pak awang yang terdapat di
beranda rumah. Dia mencapai suratkhabar lalu mengipas perlahan.
“Not really..I surf internet I can leave with that,”
jawab Dian tersenyum. Kalau tak ada internet dan wifi takde maknanya dia dapat
tinggal lama di kampong. Sehari sahaja dia dah balik.
“Done that..but I’m still bored,” keluh Adam.
“Why don’t you ajak your wife pergi shopping raya di
sana??,” cadang Dian tak lah rasa bosan sangat keluar shopping dari terperap di
rumah macam jeruk.
“Shopping??? Ada shopping mall macam pavilion di
Pahang?,” soal Adam ingin tahu.
Sekali lagi Dian ketawa bila Adam bertanya samada di
Kuantan punya shopping centre gah seperti Pavilion. Manalah ada high end
shopping centre? Lagipun shopping mall macam Pavilion mana ada jual baju raya
atau keperluan hari raya.
“I’m a joke of a day for you right?,” ujar Adam bila
Dian seringkali ketawa bila berkata sesuatu.
“I’m sorry..manalah ada shopping mall macam Pavilion,
anyway apa yang you boleh beli mall yang macam Pavilion for hari raya
celebration sir..bukan ada jual baju raya pun,” terang Dian. Dia tahu Adam mula
merasa geram bila dia asyik di tertawakan olehnya.
“Ok..so why don’t you google cari shopping mall yang
ada di Pahang yang you know I would like to go, thanks Dian,” ujar Adam lalu
mematikan talian. Dia meletak iphone di atas meja.
Dia berdiri di beranda rumah memerhatikan keadaan
sekeliling dengan wajah bosan. Apa yang boleh dia buat di Kampung? Adam
mengeluh perlahan tidak tahu apa yang boleh di lakukan untuk masa yang terluang
sepanjang dia berada di kampong.
“Assalamualaikum..,” Adam tersentak bila terdengar
seseorang memberi salam. Adam mengalih pandangan kearah anak tangga.
“Waalaikumsalam, eh Khairul..awalnya datang, abang
suruh Khairul datang lepas asar,” jawab Adam merasa hairan bila khairul sudah
berdiri tercegat di anak tangga. Adam melirik kearah jam di tangannya. 3.15
petang? Awalnya Khairul sampai. Dia hanya meminta Khairul tiba lepas asar
nanti.
“Khairul tak ada apa yang hendak di buat di rumah..itu
yang Khairul datang awal,” jawab Khairul masih lagi berada di anak tangga.
“Oh begitu..eh naiklah apa tercegat di bawah..naik
duduk..rehat dulu,” pelawa Adam. Khairul dah datang sekurang-kurangnya dia ada
teman berbual. Tidaklah dia bosan sangat.
Seperti di minta Khairul mendaki anak tangga lalu naik
ke atas. Dia duduk di atas lantai. Adam sempat menjeling kearah selipar yang di
guna Khairul. Kesian sungguh melihat keadaannya. Di kiri kanan selipar Khairul
sudah haus dan terdapat lubang sebesar 50 posen. Khairul masih mengunakan
selipar itu walaupun kakinya terasa sakit dia terpikat benda-benda tajam. Adam
merasa belas melihat kedaifan Khairul.
“Kenapa duduk di atas lantai duduk di atas
kerusi..banyak kerusi ni hah,” tegur Adam bila Khairul memilih untuk duduk di
atas lantai dan bukan di atas kerusi.
“Eh tak mengapa abang Adam..saya dah biasa,” jawab
Khairul lalu tersenyum. Di rumahnya tidak punya perabot dan berkerusi. Jadi dia
sudah biasa duduk di atas lantai dan akan merasa kekok bila di minta duduk di
atas kerusi.
Adam tersentak bila iphonenya berbunyi secara
tiba-tiba. Wajah teman baiknya Raoul terpampang di screen. Raoul?? Adam
mengerutkan dahinya. Lama Raoul tidak menghubunginya sejak dia berkahwin
dahulu. Adam mengambil keputusan untuk menjawab panggilan Raoul.
“Hello,” jawab Adam.
“Hey bro..why are you so quiet nowdays..,” ujar Raoul
sebaik sahaja Adam menyambut panggilannya.
Adam tertawa perlahan bila Raoul berkata demikian.
Yup. Sejak dia berkahwin dia jarang sekali menghubungi Raoul dan teman-teman
lain kerana dia tidak mahu terlibat dengan kegiatan lamanya. Dia mahu berubah
kearah kebaikan dan menumpukan perhatian kepada rumahtangga dan keluarga. No
more nuisance and nonsense. Dia sudah puas merasainya.
“You know I’m not the same old Adam..Raoul, eversince
I’ve met Era,” jawab Adam mengingatkan Raoul tentang perubahan ke atas dirinya
sejak mengenali Era. Raoul turut tidak percaya penangan Era membuatkan teman
baiknya yang dahulu liar tidak menghormati perasaan wanita menjadi jinak
setelah mengenali Era.
“Yah..but I miss you bro..I miss us, yang lain tu tak
macam kau Adam! They are not spontaneous and dangerous like us,” ujar Raoul
mengingatkan Adam tentang temannya yang lain.
Adam tertawa lagi bila Raoul mengingatkan mereka
tentang kegiatan mereka yang tidak berfaedah dahulu. Sepertimana yang dia
katakan kepada Raoul. Dia bukan Adam yang dahulu.
“I know..,” jawab Adam mengiyakan pendapat Raoul.
Memang mereka ramai kawan. Tapi tidak semua yang benar-benar clique. Adam dan
Raoul sudah berkawan lama sejak di campus lagi. Jadi bila Adam sudah berkahwin
Raoul tidak mempunyai teman baik seperti Adam.
“I know you happy with your life now..I’m happy for
both of you, eh..kau kat mana?? Aku call office Dian kata kau tak kerja selama
sebulan..kau bercuti di Europe??,” ujar Raoul ingin tahu.
“Aku di Pahang, rumah mak ngah Era,” jawab Adam.
“Pahang?? For one month?? Eh kau tak bosan ke bro?,”
“You think?,” soal Adam kembali bila Raoul berkata
demikian.
Tawa Raoul meledak bila Adam berkata demikian. Dia
tahu Adam bosan. Adam will always be Adam. Cepat merasa bosan. Dia hanya
berharap agar Adam tidak cepat bosan dengan perkara lain pula.
“Why don’t you organise party..invite all happening
people at kampong Mak ngah kau,” seloroh Raoul, ketawanya masih bersisa. Apa
cadangan yang boleh di beri kepada Adam? Dia berada di Pahang.
“Funny Raoul..very funny,” jawab Adam lalu tersenyum.
Dia masih ingat lagi akan cadangan Raoul untuk dia mengadakan party di
Penthousenya setahun yang lalu. Di mana dia bertemu dengan Era buat pertama
kali. Wanita itu berani menyahut cabaran ‘Truth or Dare’ game. Adam tersenyum
lagi bila mengingati saat pertama pertemuan di antara dia dengan Era. Era
kelihatan kalut bila dia bersetuju untuk menjadi teman lelakinya selama 3 bulan.
“Sorry..kau cuti lama sampai sebulan kenapa? Kau nak
beli tanah nak buat rumah ke?,” tanya Raoul serious. Yelah buat apa Adam berada
di sana lama melainkan dia punya sebab untuk berada di sana. Mungkin Adam mahu
mendirikan rumah dan membeli tanah disana.
“Era suruh kami berpuasa dan sambut Raya di sini,”
jawab Adam.
“Puasa??? You mean fasting??,”
“Yes Raoul..puasa tu fasting, kenapa kau terperanjat??,”
soal Adam bila Raoul kedengaran terperanjat bila dia mengatakan sebab kenapa
dia berada di Termerloh.
“I mean kau pernah observed fasting ke sebelum ni?,”
soal Raoul. Selama dia berkawan dengan Adam. Dia tidak pernah nampak Adam
berpuasa sekali pun kerana Adam tidak pernah ambil endah akan bulan-bulan
penting dalam islam.
“I’ve told you..I’m not the same Adam,” ujar Adam
sekali lagi untuk mengingatkan temannya itu. Dia tidak marah bila Raoul berkata
demikian sudah memang betul dan nyata kehidupannya dahulu seperti itu. Tapi
sekarang dia sudah berubah.
bersambung...
No comments:
Post a Comment