“Assalamualaikum,”
ujarku sebaik sahaja Adam menyambut talian dariku. Aku berada di supermarket
Cold Storage. Entah kenapa tiba-tiba rajin hendak ke Cold Storage. Selalunya
aku pergi ke Giant sahaja untuk membeli barang-barang dapur. Tapi hari ini
terasa seperti hendak masakkan makanan special buat my beloved husband. Mr.
Adam. Makanan kegemarannya iaitu gourmet food. Aku sekarang tengah belajar
masak makanan gourmet tak lah kami perlu ke restaurant selalu. Bukan susah pun
kerana ramuan untuk menyediakan makanan barat senang di perolehi sekarang.
“Waalaikumsalam sayang,” jawab Adam senang mendengar
suara isteri tercinta di talian. Dia melirik kearah jam Patek Philippe di
pergelangan tangannya. Perutnya berbunyi sedari tadi minta di isi. Aduh cubaan
belajar berpuasa. Namun dia tidak akan mengalah dan akan bertahan kerana Adam
tidak pernah kenal erti mengalah.
“Kenapa suara lemah sahaja macam orang berpuasa
pulak..,” usikku tersenyum gelihati mendengar suara Adam seperti tidak bermaya.
Bekerja kuat sangatkah sehingga suara seperti tidak bermaya dan lemah begitu.
Adam terbatuk kecil bila isterinya berkata demikian.
Teruk sangatkah suaranya sehingga isterinya mengusiknya begitu. Aduh. Ini tidak
boleh jadi. Haruskah dia memberitahu Era bahawa dia berpuasa hari ini? Kalau
tidak di beritahu kalau terjadi apa-apa padanya nanti menyusahkan Era.
“You tak sihat ke Adam Matin Salavatore?,” soalku bila
terdengar Adam batuk-batuk tadi. Risau pula hati aku bila Adam tidak sihat.
Adam terlalu workaholic sangat. Bila bekerja tidak menjaga kesihatan.
“Sayang..stop calling me Adam Matin Salvatore..I’m
your husband not your boyfriend Adam Matin Salvatore,” jawab Adam tidak selesa
bila Era selalu mengusiknya dengan memanggilnya Adam sahaja.
“Bukan orang yang sama ke?? Oh lupa AMS tu lelaki
gorgeous dan snobbish yang pernah I kenal dahulu..tapi sekarang AMS dah tak
wujud lagi yang ada my sayang hubby Mr. Adam..dah pandai merajuk lah pulak
hubby I ni..usik sedikit pun dah nak sensitive,” usikku lalu tertawa kecil.
“Nasib baik I puasa hari ni sayang..if not balik nanti
you tahulah nasib you,” jawab Adam tersenyum sambil bermain-main dengan pen mont
blancnya. Era suka mengusiknya. Menurut buku panduan salah satu perkara yang
tidak boleh di lakukan ketika berpuasa dia juga harus berpuasa dari mengadakan
hubungan suami isteri di siang hari.
“You puasa hari ni sayang??,” ujarku terperanjat
kerana tidak tahu bahawa Adam berpuasa hari ini.
“Kenapa sayang terperanjat..I’m practicing untuk bulan
ramadhan so that I will be fine when ramadhan comes, tak lah system badan I
terkejut nanti,” jawab Adam tersenyum bangga. He likes to be prepared.
“That’s good..tapi you tak sahur pagi tadi kan
sayang?? If you beritahu I semalam I kejutkan you sahur pagi tadi,” ujarku
merasa bangga Adam bersungguh-sungguh mahu berubah kepada kebaikan dan aku
sokong akan perkara kebaikan yang Adam lakukan lebih-lebih lagi dalam soal
agama.
“Sahur?? I thought bersahur itu mengikut sunnah nabi
dan tidak wajib, if tak sahur pun masih boleh puasa kan?,” soal Adam. Dia
mencapai buku panduan yang di letakkan di tepi meja tadi ketika dia sibuk
membaca agreement mergernya. Dia membuka muka surat yang bersangkutan dengan
sahur dan rujuk lagi takut dia terlepas pandang dan telah melakukan kesilapan
dan akan membuatkan puasanya tidak sah.
“Betul..tapi jika sayang sahur lagi bagus, bukankah
mengikut sunnah nabi itu lebih baik, sayang niat puasa sunat tak tadi?,” soalku
ingin tahu. Yelah Adam tidak merujuk kepadaku bila dia mengambil keputusan
untuk puasa sunat khamis. Kalau dia memberitahu aku akan niatnya untuk berpuasa
aku dapat menerangkan kepadannya sedikit sebanyak mengenai puasa.
“Astarfirullah Al Azim..,” Adam tiba-tiba istifar
panjang bila menyedari kesilapannya. Dia terlupa untuk niat berpuasa tadi. Maka
puasanya tidak sah. Bagaimana perkara penting sebegitu dia boleh terlupa.
Itulah niat hendak membuatkan isterinya merasa bangga kerana dia berpuasa hari
ini tidak berguna lagi. Kerana tanpa niat puasanya tidak sah dan dia hanya
penat menahan lapar dan dahaga sahaja dan tidak mendapat pahala berpuasa.
Bagaimana dia boleh terlupa. Allah lebih tahu akan niat di hatinya. Dia tidak ikhlas
kerana mahu menunjuk kepada Era bahawa dia boleh berpuasa.
“Kenapa sayang??..,” tanyaku panic.
“I lupa hendak niat berpuasa..,” jawab Adam tersenyum
malu sendiri bila menyedari kesilapannya. Adam mengaru kepalanya yang tidak
gatal. Apa selenge sangat. Belum pernah sekali dalam hidupnya dia membuat kerja
bodoh begitu.
“Oh begitu..tak apa sayang you can try to fast again..you
still have time, tapi kali ini jika sayang nak berpuasa..I pun ikut puasa
sekali..it will be more fun??,” pujukku. Aku tahu Adam merasa kecewa bila
menyedari bahawa usahanya untuk berpuasa hari ini tidak menjadi kerana dia
terlupa untuk niat berpuasa. Tak apalah masih punya masa lagi untuk Adam
berlatih berpuasa sebelum Ramadhan.
“Thank you dear..I’m such an idiot, macamana I boleh
terlupa untuk niat berpuasa,” jawab Adam lalu mengelengkan kepalanya perlahan.
What a loser.
“Sayang you don’t have to feel bad..you dah berjaya
menahan diri untuk tidak makan dan minum sampai sekarang, why don’t you ask
Dian to order some food for you nanti kena gastrik pula,” ujarku memujuk Adam
supaya dia tidak merasa kecewa dengan kesilapan yang tidak di sengajakannya.
“Haiz..my effort gone to waste, I tak ada mood hendak
makan..too devastated,” jawab Adam lalu menyandarkan badannya di kerusi. Sudah
alang-alang dia menahan diri untuk tidak makan dan minum sehingga sekarang.
Baik dia teruskan sahaja sampai waktu maghrib nanti.
“Jangan macam tu sayang..I’m at cold storage you
teringin nak makan apa-apa for dinner?? I cooked for you..pasta?? lasagna??
Anything you tell me?,” pujukku lagi supaya Adam tidak merasa ‘bad’.
“You never fails to cheer me up dear..sebab tu I love
you so much..anything dear..surprised me,” jawab Adam lalu tersenyum. Isterinya
Era pandai memujuk dan menghiburkan hatinya. Sebab itu dia tidak berfikir
panjang untuk menjadikan Era sebagai isterinya sebaik sahaja mereka pulang dari
percutian Europe setahun yang lalu. Dia benar-benar cintakan Era dan Era telah
membuka hatinya untuk mengenal apa itu cinta.
bersambung....
No comments:
Post a Comment