Mak
ngah mencuit lenganku perlahan menyuruh aku memandang ke arah Adam yang duduk
berhadapan dengan aku. Aku memandang kearah Adam seperti di minta. Adam seronok
menikmati roti kirai dengan kari daging kerana kari ayam tidak di sentuh
langsung. Sengaja aku menyediakan 2 jenis kari. Kari ayam dan kari daging.
Begitu selera aku lihat dia makan hingga tidak toleh kiri dan kanan. Dan Adam
tidak kekok langsung makan mengunakan tangan. Adam mencapai salad telur kacang
dan sekeping lagi roti kirai ke pinggannya. Lapar benar lah tu senyap dan tidak
berbunyi bila makan tadi.
“Makan jangan sampai kenyang sangat dear..nanti mengah
bila nak solat nanti, lagipun I nak you pergi solat terawih dengan Zafriel
nanti,” tegurku perlahan. Kelmarin semasa abang Zafriel singgah ke rumah mak
ngah dia pernah mengatakan mahu membawa Adam ke surau untuk solat terawih
bersama jika Adam perlukan teman. Aku bersetuju sangat kerana Adam tidak
mengenali sesiapa di sini dan Adam tidak berapa tahu akan cara orang kampong.
Jadi bila abang Zafriel menawarkan diri untuk menjadi teman Adam aku terus
bersetuju. Lupa pulak hendak bertanya kepada yang empunya diri samada dia
bersetuju ataupun tidak.
Adam memandang wajah Era bila Era mengatakan dia harus
ke surau untuk menunaikan solat terawih bersama Zafriel. Bila masa dia
bersetuju untuk ke surau bersama Zafriel? Pandailah dia mencari arah ke surau
dia tak perlu babysitter atau bodyguard. Lagipun tiada sesiapa yang
mengenalinya di sini.
“I tak janji dengan Zafriel,” jawab Adam lalu mencuci
tangannya di mangkuk kecil. Dia mengelap tangannya kering dengan kain yang di
sediakan. Terbantut seleranya untuk menikmati juadah lain bila isterinya menyebut
nama Zafriel.
“Dah sudah Adam?? Eh nasi tomato dengan ayam merah
Adam belum rasa lagi,” tegur mak ngah bila Adam tiba-tiba berhenti makan bila
isterinya menegur. Susah payah dia memasak untuk Adam kerana dia tahu Adam suka
merasa masakan melayu.
“Tiba-tiba terasa kenyang pulak mak ngah..bukan kerana
masakan mak ngah tak sedap..masakan mak ngah marvelous perfetto!!..tapi
entahlah tak tahu sebab kenapa tiba-tiba tidak berselera pula,” jawab Adam lalu
menjeling kearah Era. Dia mencapai air putih lalu meneguk perlahan. Dia
mengerti mengapa Era sering menyebut nama Zafriel apa Era tidak tahu atau peka
bahawa dia tidak suka Era suka dengan Zafriel? Dia cemburu bila wajah Era
light-up setiap kali dia menyebut nama Zafriel.
“Era kenapa orang makan di tegur terbantut selera
Adam,” tegur mak ngah dia tahu Adam tidak jadi makan lagi kerana isterinya
berkata demikian. Kesian pula di lihat Adam. Dahulu semasa Adam bertemu
dengannya semasa mencari Era. Dia menyangka Adam orang putih dari Amerika. Apa
taknya tiada rupa orang melayu langsung. Dah macam orang besar-besar yang
selalu di lihat dalam filem orang putih. Dan lagi Adam tidak begitu fasih dalam
bahasa melayu. Harris pembantu Adam yang menyampaikan pesanan kepadanya. Dia
mendapat tahu Adam berkenan dengan anak saudaranya Era. Waktu itu Era tidak
tahu bahawa Adam berjaya menjejakinya hingga ke Pahang kerana Adam meminta dia
merahsiakan pertemuan mereka. Terperanjat jugalah dia bila mengetahui anak
saudaranya itu berjaya memikat hati lelaki seperti Adam yang umpama langit dan
bumi. Anak saudaranya itu seorang wanita yang bersederhana bagaimana pula dia
boleh berkenalan dengan orang kaya dan terpengaruh seperti Adam.
“Mak ngah..Adam merajuk sekejap aje, kejap lagi mesti
dia ok..betul tak dear hubby?,” ujarku lalu memandang wajah Adam. Aku tahu Adam
tidak suka aku sebut-sebut nama abang Zafriel dan disebabkan itu juga dia tidak
sambung makan lagi. Ini membuktikan bahawa Adam benar-benar cemburu dengan
abang Zafriel.
“I nak naik solat dulu,” ujar Adam tanpa menjawab
pertanyaan Era. Dia mahu Era tahu bahawa dia marah dan tidak suka pada Zafriel
namun hendak mengaku bahawa dia cemburu pada Zafriel menang tak lah. Dia bangun
dari kerusi lalu berjalan menuju kearah anak tangga.
“Err dear..toilet kat bawah you nak ambil wuduk kat
mana??,” tanyaku bila Adam mahu terus ke bilik tanpa mengambil wuduk dahulu.
Apa dia lupa ke bilik kami tiada toilet.
Adam berhenti melangkah bila menyedari kesilapannya.
Ada hati hendak merajuk dengan Era tapi tak macho pula bila dia terlupa bilik
air di rumah mak ngah hanya terdapat di dapur. Hissh spoiler betul. Hendak
sahaja dia bina bilik air di dalam bilik tidurnya. Senang tak perlu turun naik
hendak ke tandas. Dengan wajah selamba Adam berpatah balik dan terus menuju kea
rah tandas.
Aku dan mak ngah pakat tersenyum melihat karenah Adam.
bersambung....
No comments:
Post a Comment