Adam menyambut
huluran tangan untuk bersalam dengan para Jemaah surau sebaik sahaja selesai
solat terawih. Dia bersetuju untuk ke surau setelah berjanji dengan Khairul.
Khairul menjadi temannya selama dia disini. Siang tadi selepas Khairul mengemas
stor mak ngahnya. Dia mengajak Khairul mencari makanan untuk juadah berbuka
pausa nanti. Tujuannya hendak ke pekan untuk membeli makanan di restoren. Tapi
memandangkan pekan jauh dan dia tidak punya kereta untuk memandu keluar
kampong. Mereka mengambil keputusan untuk menaiki basikal milik arwah suami mak
ngah. Era pakat gelakkan dia kerana dia kelihatan lucu bila menunggang basikal
tua milik arwah pak ngah. Apa taknya. Dia yang handsome lagi macho dengan baju
orang bandar di kehendaki naik basikal tua. Issk tak macho langsung. Ini semua
kerana Era. Ikutkan hati hendak sahaja dia beli semua benda baru dan ganti
barang-barang yang terdapat di rumah mak ngahnya yang di rasakan sudah usang
dan tua. Tapi dia terpaksa menahan diri untuk berbuat demikian kerana Era tidak
benarkan. Era mahu dia merasa hidup bersederhana dan guna apa sahaja yang ada.
Khairul membawanya ke bazaar ramadhan. First time dia
ke ‘bazaar ramadhan’. Adam merasa teruja melihat pelbagai juadah terjual di
sana. Pada awalnya dia tidak berapa berminat hendak membeli kerana tidak tahu
tahap kebersihan makanan yang di sediakan. Namun bila dia fikirkan balik. ‘No
pain no gain’. Adam mengambil keputusan untuk mencubanya. It’s fun. Adam akui
sendiri. Dia tidak pernah merasa hidup di kampong. Sesekali hidup tanpa suit
dan tie, tanpa kereta mewah dan segala kemudahan membuatkan Adam menghargai
kehidupan yang sebenar dan kehidupan orang yang tidak senasib dengannya.
Membuatkan dia merasa bersyukur dikurniakan dan di beri kesenangan dari Allah
dan dia tidak seharusnya merasa bermegah diri dengan apa yang dia miliki kerana
semuanya datang dari Allah. Siapa kata hanya orang kaya sahaja yang dapat hidup
gembira dan bahagia kerana mempunyai wang dan segala kemewahan. Ada juga orang
yang kaya tapi tak ‘Happy’. Seperti dirinya dahulu. Dia kaya punya segalanya
tapi hatinya kosong dan seringkali mencari sesuatu untuk membuatkannya happy.
Happy sementara. Alhamdullilah setelah di pertemukan dengan Era dia mengerti
dan memahami erti kebahagiaan. Kebahagiaan tidak boleh di jual beli. Ia harus
di cari. Dan pencariaan selama ini sudah ditemui. Dia bahagia bersama dengan
Era.
“Assalamualaikum Adam,” teguran seseorang dari
belakang membuatkan Adam terperanjat. Dia sedang menunggu Khairul dan mahu
ingin sebaik balik ke rumah kerana perutnya terasa memulas dan tidak enak.
Mungkin kerana kueh teow goreng kerang yang di beli di bazaar ramadhan tadi.
“Waalaikumsalam..,” jawab Adam lalu menoleh kearah
orang yang menegurnya.
“Seorang sahaja mana mak ngah dan Era??,” tegur lelaki
itu sambil meninjau-ninjau arah mussolah wanita mencari-cari kelibat Era dan
mak ngahnya.
Adam memandang wajah Zafriel dengan perasaan jengkel.
Dia tahu Zafriel sengaja berbuat demikian kerana mahu dia merasa cemburu.
Pleaselah..kalau dia cemburu pun Zafriel tidak akan dapat menghidunya kerana
dia master dalam hal-hal menyembunyikan perasaannya. Kalau Era tidak dapat
menduga atau membaca expresi wajahnya inikan pula Zafriel.
“Sekejap,” jawab Adam lalu menyeluk seluar baju
melayunya. Bila tidak berjumpa dengan apa yang di cari. Dia meninjau kocek yang
terdapat di baju melayunya.
“Cari apa??,” soal Zafriel bila Adam seperti mencari
sesuatu.
“Mak ngah dan Era, tak ada pula,” jawab Adam dengan
wajah selamba.
Zafriel tertawa kecil. Dia tahu Adam menyindirnya. Dia
tidak menyangka Adam punya good sensed of dry humor kerana lelaki itu kelihatan
serious. Seolah-olah dia tidak tahu berjenakan mahupun bergurau.
Adam hanya tersenyum sedikit bila Zafriel faham akan
sindirannya.
“I’m sorry for asking you silly question..by the way
thanks for the pizza that you have sent to my place the other night for iftar,”
ujar Zafriel lalu tersenyum. Maknya terperanjat bila budak delivery pizza
menghantar pizza ke rumahnya sedangkan mereka tidak memesan sebarang pizza.
Pada awalnya maknya menyangka budak delivery itu hantar ke salah rumah. Tapi
bila budak itu menerangkan pizza itu memang di suruh hantar ke alamat rumahnya
dan ianya sudah di bayar dan di slipnya terdapat nama Adam Matin.
“Dari Era..I’m just being a good husband,” jawab Adam
lalu tersenyum. Dia tidak akan menceritakan kepada Zafriel akan sebab mengapa
dia menghantar pizza ke rumahnya.
“Maaf sebab kita belum dapat membalas lagi..my mum
trying to learn how make lasagna,” jawab Zafriel lalu tersenyum. Maknya susah
payah cuba untuk mendapatkan bahan-bahan untuk membuat lasagna katanya hendak
membalas pada Era. Dan bila Zafriel mengatakan padanya bahawa suami Era adalah
orang Italian, itu yang membuatkan maknya lebih teruja untuk cuba membuat
lasagna dan hendak berikan kepadanya.
“Lasagna??? Interesting your mum suka makanan
Italian??,” soal Adam kembali.
“I told her that Era’s husband is an Italian, itu yang
dia teruja untuk belajar buat lasagna to impress you,” jawab Zafriel tersenyum
lagi. Maknya memang begitu. Lucu orangnya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak
mewarisi perangai emaknya yang lucu dan spontan, malah dia mengikut perangai
ayahnya yang tidak lucu dan tidak spontan.
“I see..your mum is very sweet person..I love your mum
already,” jawab Adam turut tersenyum bila mengetahui akan sebab mengapa emak
Zafriel mahu membalas juadah berbuka dengan memasak lasagna kerana dia
menyangka Adam tidak tahu makan makanan melayu dan hanya makan makanan Italian.
“Adam..I know you feel uneasy whenever I’ve mention
Era name in our conversation, I want you to know that we are just friends
only,” ujar Zafriel. Dia tidak mahu Adam merasakan bahawa dia mempunyai
perasaan apa-apa terhadap diri Era. Benar dahulu dia punya ada hati dengan Era
tapi setelah mak ngahnya mengatakan Era sudah berkahwin. Dia tidak lagi
menyimpan perasaan terhadap Era. Era sudah di anggap teman biasa.
“Thanks for being honest with me..but frankly speaking,
I’m not really worry about you and Era,” jawab Adam tersenyum lalu menepuk bahu
Zafriel. Gila apa dia hendak mengaku pada Zafriel bahawa dia cemburu setiap
kali Era berbual dengannya, memang taklah. Tak macho.
Zafriel hanya tersenyum mendengar komen Adam. Dia tahu
Adam tidak akan mengaku yang dia cemburu padanya. Sehingga kini Zafriel tidak
berapa tahu tentang suami Era? Apa pekerjaan Adam? Semasa dia berada di rumah
mak ngah malam kelmarin Era dan Adam di hantar seseorang. Adam tidak mempunyai
kereta sendiri? Tapi dari cara Adam. Dia tidak kelihatan seperti lelaki yang
tidak berjaya. Pakaian yang Adam pakai semuanya berjenama. Jam yang di gunakan
Adam sekarang, jam ‘Chopard’.
“Assalamualaikum..,” teguran dari seseorang cukup
membuatkan Adam dan Zafriel terperanjat.
“Waalaikumsalam,” jawab mereka berdua serentak
berserta menghulur salam kepada orang yang memberi salam.
“Zafriel tak ajak temannya tadarus sekali malam ni,” tegur Pak Aji Amran. Dia tidak kenali
lelaki yang berada di sebelah Zafriel malah dia tidak pernah bertemu dengan
lelaki itu sebelum ini? Anak siapa? Tengok dari caranya seperti orang yang
tinggal di bandar besar? Dan dia tahu lelaki itu bukan lelaki melayu.
“Pak Aji kenalkan ini Adam, suaminya Era anak sedara
Mak Ngah,” ujar Zafriel memperkenalkan Adam kepada Pak Aji Amran.
“Ini suaminya Era?? Bukan melayu..orang putih?,
maaflah pak Aji tak reti cakap orang putih ni,” ujar Pak Aji lalu tersenyum
memandang kearah Adam. Patutlah lelaki itu kelihatan serba tidak kena semasa di
dalam surau tadi. Mungkin Adam tidak faham dan tahu berbicara bahasa melayu.
Dia tidak tahu yang anak sedara Imah bernikah dengan lelaki orang putih. Dia
kenal pada anak sedara Imah yang bernama Era. Era wanita yang baik dan bersikap
sederhana. Dia sangka Era akan berkahwin dengan Zafriel kerana dia tahu Era dan
Zafriel rapat. Dia tidak menyangka Era boleh bernikah dengan lelaki mat saleh.
Dah jodoh Era.
“Saya faham bahasa melayu pakcik, saya orang
Malaysia,” jawab Adam lalu membuahkan senyuman kepada Pak Aji Amran.
“Oh orang Malaysia, err boleh lah kita tadarus malam ni?,” ujar Pak Aji
membalas senyuman Adam.
Adam membisik sesuatu di telinga Zafriel.
“What’s tadarus??,” bisiknya perlahan. Dia pasti perkataan itu bukan perkataan
melayu kerana dia tidak pernah mendengarnya sebelum ini.
“Mass recitation of Quran,” jawab Zafriel lalu
tersenyum.
“Ok..I have to pass that, I belum graduate
lagi,” jawab Adam lalu memandang wajah Pak Aji Amran. Recite Al-Quran? Baru dia
belajar mengeja dari Ustaz Salim yang datang ke rumahnya setiap minggu belum
sampai ke mengaji Al-Quran.
“Graduate??,” ujar Pak Aji kurang faham apa
yang di kata Adam. Adam berbicara dalam bahasa ingerris.
“Adam belum habis khatam al-quran, insyallah
pak Aji saya turut sama tadarus malam ini, ” jawab Zafriel.
bersambung....
No comments:
Post a Comment