Adam membuka
tingkap biliknya seluas-luasnya lalu menghidupkan kipas angin ‘full blasts’.
Kalau keadaan panas begini selalunya dia sudah terjun ke dalam kolam mandi
untuk menyejukkan badannya. Tapi di kampong mak ngah mana ada ‘swimming pool’
parit adalah. Hai seksa betul bila semua kemudahan tidak ada. Adam menanggalkan
polo t-shirtnya kerana tidak tahan panas dan tidak suka badannya melekit kerana
peluh. Biar dia ‘topless’ tiada siapa yang nampak kerana dia berada di dalam
bilik sendirian manakala isterinya Era sibuk membantu mak ngahnya menyediakan
juadah berbuka puasa. Kepalanya terasa bengang kerana tidak tahan menahan
bahang panas. Tekaknya pula terasa seperti perigi buta kerana terlalu kering.
Kalau imannya tidak kuat mahu segelen air putih dia minum.
Adam merebahkan badannya di atas katil lalu mencapai
iphonenya yang berada di meja sisi. Dia mendial nombor Dian.
“Yes sir,” ujar Dian sebaik sahaja dia menjawab
panggilan telefon dari Adam. Dia sangka Adam tidak akan menganggunya bila dia
bercuti di kampong mak ngah Era kerana isterinya Era boleh menguruskannya tapi
kenapa bossnya masih menelefonnya.
“You call and get me the best travel wifi router, to fix
air conditioner and to fix water heater, I don’t know how you do it, I just
want it to be done by today,” pesan Adam pada Dian. Dia tidak kira jika Era
mahu dia terus berada di sini. Era terpaksa mengalah padanya.
“Considering it done..sir,” jawab Dian dengan suara
confident. Dia mematikan telefon lalu menekan speed dial akan nombor-nombor
yang biasa dia membuat urusan untuk keperluan Adam. Bekerja dengan Adam
bukannya mudah kerana Adam quite demanding dan dia tidak akan terima sebarang
alasan yang apa yang di suruh itu tidak boleh di lakukan.
Adam mencampak iphone di atas katil. Matanya terasa berat dan mengantuk.
****
Aku
mengerutkan dahi bila terdengar ada seseorang memberi salam di luar sedang aku
sibuk menyiat kulit ayam untuk di masak kari untuk juadah berbuka nanti. ‘Siapa
datang?’ ‘Adam mana?’ senyap aje rumah dari tadi. Dia pengsan ke? Tadi lepas
solat zohor Adam kata mahu rehat sampai lah ni bayangnya tidak nampak. Dah
pengsan ke? Aku memutar paip lalu mencuci tanganku bersih ingin mengetahui
siapa yang datang bertandang. Mak ngah tak ada dia ke kedai membeli tepung untuk dibuat roti
kirai untuk lawan kari ayam.
Aku
berdiri di muka pintu dapur. Sebuah van putih berlogo u-mobile berada di
halaman rumah. Budak lelaki yang memakai uniform u-mobile menuju ke arahku sebaik sahaja ternampak seseorang berada di pintu belakang. Aku menyarung selipar menghampiri budak lelaki itu. Dia salah rumah ke? Mungkin dia datang mahu bertanya arah.
“Assalamualaikum
Kak..ini rumah Encik Adam??,” ujar pekerja lelaki yang memakai pakaian seragam
syarikat u-mobile.
Rumah Encik Adam?? Sejak bila
pulak rumah mak ngah ni sudah bertukar milik kepada Adam. Yang aku pelik budak
itu ‘mention’ nama Adam. Apa yang telah Adam buat semasa di dalam bilik tadi.
Patutlah senyap sunyi tak berbunyi dari tadi. Rupanya dia buat kerja sendiri.
Adam..Adam. Aku tersenyum sendiri memikirkan tentang Adam.
“Ah
ye betul rumah Encik Adam..kenapa dik,” ujarku ingin tahu.
“Ini
portable wifi router yang Encik Adam pesan,” ujarnya lalu menyerahkan kotak
yang sebesar A4 kepada wanita itu.
“Wifi??
ok..nak kena pass duit pada adik ke?,” soalku ingin tahu. Yelah special
delivery cepat pula tu.
“Dah
bayar kak, kakak cuma kena sain sini,” jawabnya lalu menyerahkan clipboard
untuk di tandatangan pelanggan mengatakan bahawa mereka sudah menerima produk.
‘Dah
bayar?’ Hmm. Aku mencapai clipboard lalu menurunkan tanda tangan di atas dan
menyerahkan balik clipboard itu kepada budak tadi.
“Terima
kasih kak, Selamat berpuasa,” ujarnya lalu menyerahkan wanita itu slip berwarna
putih kepadanya.
“Selamat
berpuasa,” balasku lalu tersenyum.
Aku
membelek-belek kotak portable wifi router yang di beli Adam lalu mengeleng
kepalaku perlahan. Adam tidak dapat hidup tanpa internet. Yelah Adam perlu
access internet 24 jam kerana dia CEO syarikat. Aku mengatur langkah menuju ke pintu
dapur semula namun aku sekali lagi dikejutkan dengan bunyi hon kereta dari arah belakang. Aku menoleh, dan mendapati
sebuah van Daikin pula berada di halaman rumah.
Aku
mengeluh kecil. Adam!!!
bersambung...
No comments:
Post a Comment