Adam
mengambil keputusan untuk berlatih berpuasa sebelum menjelang Ramadhan. Dia
tidak mahu kelihatan lemah dan tidak bermaya bila berpuasa di bulan Ramadhan
nanti. Tanpa memberitahu isterinya. Adam membuat initiative sendiri untuk
berpuasa hari ini. Puasa sunat khamis. Practice makes perfect. Adam tersenyum
sendiri. Tidak cukup dengan itu tadi dia sempat singgah ke MPH untuk
mendapatkan buku panduan berpuasa.
Adam tersentak bila pintu bilik pejabatnya di ketuk
perlahan dari luar. Adam mengerutkan dahinya lalu melirik kerah jam tangannya.
Jam menunjukkan pukul 1.20 petang. Buku panduan ‘Learn Ramadan’ yang di baca
sedari tadi di letakkan di atas meja.
“Come in,” ujar Adam. Pintu bilik Adam di buka sebaik
sahaja dia memberi arahan masuk. Dian masuk ke dalam bilik Adam kerana dia
merasa hairan bossnya tidak keluar lunch hari ini. Apa dia terlepas pandang
Adam mahu dia arrangement makanan untuknya.
“Sir, dah lunch time you tak keluar makan??,” tanya
Dian mungkin Adam terlalu engross bekerja sehingga tidak sedar sudah masuk
waktu makan tengahari. Selalunya seawal 12 tengahari Adam sudah keluar dan
pulang ke pejabat jam 2.30 petang.
“Ah yes lunch time tak sedar masa.., why are you still
in the office??,” soal Adam ingin tahu kerana Dian masih berada di pejabat dan
tidak keluar makan tengahari sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.35 petang.
Dia tidak kisah jika Dian keluar lunch awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit
kerana dia tidak particular asalkan Dian dapat menyiapkan kerjanya dengan baik
dan efficient.
“I thought you want me to buy lunch for you?? I’ve
noticed you tak ada lunch appointment and you are still in the office?,” ujar
Dian. Selalunya jika Adam tidak punya lunch appointment dan dia berada di
office waktu makan tengahari, Adam akan meminta Dian order lunch dari
restaurant kegemarannya.
“I puasa hari ni,” jawab Adam lalu tersenyum.
“Oh..ok-,” jawab Dian sambil lewa ingin keluar dari
bilik Adam. Dia menghentikan langkahnya bila sedar Adam mengatakan sesuatu yang
luar biasa. Dian memusingkan badannya lalu menghampiri meja Adam. Adam kembali
membaca buku yang di letakkan di atas mejanya tadi semasa dia masuk. Baru Dian
sedar akan tajuk buku yang di baca Adam ‘Learn Ramadan’. Seriously???
“Wait sir..you puasa??,” soal Dian dengan wajah tidak
percaya. Kerana selama dia berkhidmat sebagai PA Adam selama 5 tahun. Belum
pernah sekali pun bossnya itu mengahayati ramadhan dan berpuasa. Sungguhpun
Adam Matin Salvatore itu keturunan Melayu, Belanda dan Italy. Dia juga tahu
Adam beragama islam tapi Adam tidak pernah mempraktik ajaran agama islam. Dia
liar dan liberal.
Adam tidak menjawab soalan Dian. Dia hanya
menganggukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum. Gelihati melihat wajah pelik
Dian bila dia mengatakan bahawa dia berpuasa hari ini. Dia juga tidak
terperanjat dengan reaksi Dian kerana Dian tidak pernah melihat dia berpuasa
sebelum ini.
“Puasa apa?? Puasa ganti?,” tanya Dian lagi kerana ini
bukan bulan ramadhan. Selalunya jika seseorang berpuasa pada hari biasa. Puasa
ganti. Apa Adam menganti balik akan puasanya yang tertinggal dahulu.
“Puasa sunat khamis..I want to be ready for coming
Ramadhan nanti,” jawab Adam lalu meletak buku yang di baca di atas mejanya.
“Oh ok..,” jawab Dian cuba memproses akan perubahan ke
atas diri Adam Matin Salvatore. Bukan dia tidak suka tapi dia terperanjat
melihat perubahan drastic Adam. Adam benar-benar berubah sejak dia berkahwin
dengan Shah Era Mazuin. Bukan dia tidak suka akan perubahan Adam. Dia hanya
khuatir Adam tidak fun seperti dahulu. Dia khuatir bossnya akan bertukar
menjadi imam muda pula nanti.
“By the way..I nak tanya you dah masuk waktu zohor ke
belum??,” tanya Adam dengan wajah selamba. Kalau berpuasa tapi tidak solat
tiada gunanya. Sejak berkahwin dia sudah berjinak-jinak mendirikan solat
walaupun kadang kala itu dia terlepas beberapa waktu kerana sibuk dengan kerja.
Tapi dia mahu menjadi seorang muslim yang baik. Dia tidak mahu mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dia mahu bertaubat dan tidak mahu
melakukan dosa lagi kerana kehidupannya yang dahulu penuh dengan maksiat dosa
dan noda.
“Zohor…,” ulang Dian dengan wajah serba salah kerana
dia sendiri tidak tahu waktu zohor pukul berapa. Apa Adam tak tahu bahawa dia
pun 2 x 5 seperti bossnya yang nama sahaja agama islam tapi tidak pernah
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dian merasa segan sendiri
kerana dia mengenakan skirt micro mini dan khuatir Adam akan menegurnya nanti.
Merasa self-conscious Dian menarik skirtnya ke bawah sedikit.
“It’s ok..lupa pulak I ada download Apps waktu
solat..enjoy your lunch Dian,” ujar Adam lalu mencapai i-phonenya mencari Apps
yang di download.
bersambung....
No comments:
Post a Comment