Aku duduk di sofa lalu membelek evening gown rekaan
Chanel dengan wajah bosan. Sungguhpun baju itu diperbuat dari kain chiffon
sutera berwarna hitam putih (trademark Chanel) aku tidak merasa begitu teruja
seolah-olah aku sudah biasa memakai baju jenama mahal begitu. Sepulangnya dari
makan seafood aku rasa macam tak sedap badan tapi demi tidak mahu menghampakan
Adam kerana jejaka itu banyak menunjukkan perubahan yang positive sejak
kebelakangan ini terutama sekali selepas dia berterus terang dengan aku dia
tidak lagi berperangai jerk seperti waktu mula-mula kami bersama. Adam banyak
berlapik bila tiap kali bergurau atau hendak mengenakan aku. Tidak laser macam
dulu. Syukurlah, mudah-mudahan dia akan terus berubah sikap dan tidak lagi
mempermainkan hati wanita. Aku memicit micit dahiku perlahan. Kepalaku
berdenyut-denyut sedari tadi walaupun sudah 2 biji panadol sudah ku telan
sebelum bersiap-siap untuk keluar makan malam bersama Adam. Adam tidak
memberitahuku apa plannya untuk malam ini. Aku terperanjat besar bila mendapati
sebuah kotak besar berwarna putih tertera jenama Coco Chanel berada di depan
pintu bilikku. Aku mengangkat kotak tersebut lalu membawanya ke dalam bilik.
Aku menutup pintu perlahan agar Adam tidak tahu bahawa aku sudah mengambil
kotak yang di biarkan di depan pintu aku. Aku membuka kotak tersebut, mataku
bulat bila mendapati dalam kotak tersebut terdapat sehelai evening gown panjang
berwarna hitam putih dari kain chiffon silk. Wow cantik. Aku menarik gown
tersebut dari kotak Chanel yang di bungkus cantik dari kertas tisu lalu
menayangkannya di depan cermin panjang. Gorgeous dress. Rasa macam cinderella.
Aku mengerutkan dahi bila menyedari aku tidak punya kasut dan accessories
sesuai untuk di padankan dengan dress Chanel. Yelah Adam tak beritahu aku yang
aku di kehendaki menemaninya ke majlis-majlis rasmi. Aku meletak gown tersebut
di atas katil lalu membuka pintu bilikku bila dua buah kotak satu kecil dan
satu sederhana besar tersusun cantik di depan pintuku. Hmm magic. Bila
ketikanya Adam meletak 2 kotak itu di depan pintu bilikku. Aku tak dengar pun.
Aku mengambil dua kotak tersebut lalu menutup pintu bilik. Aku membuka kotak
kecil dahulu. Seperti yang aku jangkakan didalam kotak tersebut terdapat seutas
rantai cocker berlian di padankan dengan subang diamond mata satu dari designer
yang sama. Aku tersenyum sendiri. Adam pandai memilih. Belum pernah sekalipun
aku tidak berkenan akan pilihannya. Tak kira apalah, kasut, baju atau beg
tangan. He has good taste.
Aku bangkit dari sofa melangkah malas menuju ke arah
pintu hotel bila pintu di ketuk berkali-kali. Tanpa mengendap dari peep hole
terlebih dahulu aku memulas tombol pintu.
“Bonsior Madame,”
“Bonsior,” jawabku sambil tersenyum bila tercegat seorang
lelaki france segak berpakaian black suit. Aku tidak rasa dia tersalah atau
tersilap bilik kerana dia tidak kelihatan terperanjat bila terpandang akan
wajahku bila menyambutnya di muka pintu.
“M. Salvatore me demande de vous aller chercher, sont
vous la madame prête ? (Mr. Salvatore ask me to fetch you, are you ready
madame?)
“Sorry I can’t speak french, could you speak in english,”
soalku sambil tersenyum memandang ke arah matanya yang berwarna biru.
“I’m your chauffeur, Mr. Salvatore is waiting for you at
Shapko Bar,”
“Ok Mr. Chauffeur,” jawabku ringkas lalu berjalan
perlahan menuju ke arah sofa lalu mencapai trench coat dan tas tangan.
“Please, let me,” ujar lelaki itu membantu aku mengenakan
trench coat.
“Well thank you-,”
“Ethan,” jawabnya sambil tersenyum.
“Thank you Ethan,” ujarku lalu menuju ke arah lift.
Ok apa lagi kejutan Adam kali ini. Dia sedikitpun tidak
memberitahu aku akan agenda malam ini. Mana
mungkin dia mahu makan malam di bar dengan berpakaian begini. Aku tidak
kelihatan kelibat Adam langsung sejak aku pulang dari Riveira siang tadi.
Mungkin kerana kepenatan aku tidak sedar Adam keluar dari hotel. Ethan berjalan
mendahului aku membuka pintu limousine yang tersedia menanti di depan pintu
gerbang. Well ok, limo aku tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada
Ethan. Aku rasa seperti cinderella modern dimana Nadia selaku fairy godmother
ku dan Adam sebagai prince charmingku. Cuma aku tidak punya ibu tiri dan kakak
tiri. Hilang peningku yang tadinya benar-benar sakit.
Ethan membuka radio. Lagu nyanyian Celine Dion berkumandang dalam bahasa
peranchis. Aku mengenali suara Celine Dion dan aku pernah terdengar lagu itu
dimainkan di corong radio sebelum ini. Pour que tu m’aimes encore. Sedap lagu
itu tapi aku tidak tahu akan maksudnya.
“Ethan, could you tell me what is the song about,”
“So that you still love me, the title of the song, you
like the song madame moselle,” soalnya sambil memandang cermin pandang
belakang.
“Very,” jawabku membalas senyumannya.
Aku mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap cuba
menikmati keindahan permandangan yang terdapat di Nice. Namun ia tidak bisa
mendamaikan hati aku. Aku tiba-tiba sedih kerana ini semua hanya untuk
sementara waktu.
Tiba-tiba Ethan memberhentikan kereta di depan sebuah
Bar. Ethan keluar dari kereta lalu membuka pintu untukku.
“Thanks Ethan,” ujarku lalu menyambut tangannya yang
dihulurkan tadi.
“You’re welcome, Mr. Salvatore is waiting for you
inside,”
Ethan berjalan mendahului ku menuju ke pintu gerbang bar
tersebut. Oh ok. Aku rasa seperti overdress kerana aku perhatikan pengunjung
bar tersebut memakai baju santai. Tak adalah macam aku evening dress semua. Aku
tiba-tiba terasa janggal. Ethan berjalan menuju ke arah sebuah meja yang sudah
di reserved khas untuk kami agak berdekatan dengan pentas band. Dia menarik
kerusi untuk aku. Sekali lagi aku mengucapkan terima kasih kepada Ethan. Aku
mula resah setelah hampir 5 minit aku berada di sini jangan kata Adam
kelibatnya pun aku tidak kelihatan. Lampu bar tiba-tiba di padamkan dan meja
kami hanya di terangi lampu lilin kecil yang disediakan di setiap meja. Lampu
spotlight di alihkan ke arah pentas. Aku sibuk menoleh ke arah kiri dan kanan
mencari kelibat Adam. Mana pulak si Vampire ni. Aku dahlah tak sedap badan dia
pulak main hilang-hilang. Ini boleh mendatangkan marah. Aku mendengus kecil
kerana Adam masih lagi tidak berada di meja kami. Aku memandang ke arah pentas
sekilas di mana seorang lelaki bersuit hitam serta bertopi ala-ala Frank
Sinatra atau pakaian yang dikenali rat pack sedang duduk di atas bangku. Aku
membuka bag mencari iphoneku. Tengah aku sibuk mencari nombor telefon tiba-tiba
musik bergema di ruang udara. Riuh rendah bar tersebut bila pengunjung bersorak
dan bertepuk tangan serentak. Aku segera mematikan telefon kerana tidak ada
gunanya mengunakan telefon kalau terpaksa menjerit bila berbual. Ah lantaklah
dia ada ke tidak. Malas aku nak cari. Aku segera menumpukan perhatian kearah
pentas dimana penyanyi lelaki yang berada di stage berkenaan yang suaranya
lunak seakan-akan Michael Buble. Lagu dari nyanyian Michael Buble bertajuk
“Everything” didendangkan oleh lelaki tersebut. Nice. Aku memang meminati
penyanyi handsome tu. Ok walaupun aku duduk tak berapa jauh dari pentas tapi
aku tidak dapat melihat wajah penyanyi itu jelas kerana aku ni rabun. Hehe. Apa
yang aku tahu aku cukup terhibur dengan nyanyiannya kerana aku meminati lagu
nyanyian Michael Buble. Sungguhpun aku ni perempuan kampung aku minat pada
musik jazz. Tak padan kan. Hehehe.
You’re a falling star
You’re getaway car
You’re the line in a sand
When I go too far
You’re the swimming pool
On an August day
And you’re the perfect thing to say
And you play it coy
But it’s kinda cute
Oh when you smile at me
Baby don’t pretend
That you don’t know it’s true
Cause you can see it
When I look at you
And in this crazy life
And through these crazy times
It’s you, It’s you
You make me sing
You’re every line
You’re every word
You’re everything
Penyanyi
lelaki itu turun dari kerusi lalu menuju kea rah meja yang berdekatan dengan
pentas. Pengunjung wanita itu segera bangun dari kerusinya seraya memeluk
pinggang lelaki itu lalu menyanyi bersama. Aku tersenyum sendiri gelihati
melihat pengunjung wanita itu. Ghairah semacam mengalahkan Michael Buble yang
perform. Kalau Michael Buble yang perform macamana agaknya perasaan wanita itu
sekarang pasti excited gila macam orang terkena hysteria agaknya. Pengunjung
lain turut menyanyi bersama termasuklah aku. Heheh. Penyanyi lelaki yang aku
rasa good looking kerana dari segi physical he’s perfect, tinggi, kacak dan
suaranya boleh tahan. Ok penyanyi itu berhenti di depan mejaku. Berdebar-debar
jantungku bila dia tiba-tiba duduk di kerusi sebelahku kerusi ku reserved untuk
Adam. Aku memandang kea rah nya dalam cahaya samar-samar cuba mengamati
wajah performer itu tapi masih lagi tidak dapat melihat dengan jelas kerana
topi yang dipakainya melindungi wajahnya.
You're
a carousel
You're a wishing well
And you light me up
When you ring my bell
Berdiri
bulu romaku bila dia memandang ke arahku lalu mencapai tanganku seolah-olah
lagu yang di dendangkan itu di tujukan khas untuk aku. Aku menjadi serba salah
bila pengunjung wanita bersorak sambil bertepuk tangan bila penyanyi itu
mencium tanganku. Ok something is not right. Mana mungkin penyanyi itu boleh
terpikat kat aku sedangkan beratus pengunjung wanita yang cantik lagi seksi
berada di sini tiada satu pun yang dia cuba pikat selain dari pengunjung
wanita yang excited tadilah.
You're a mystery
You're from outer space
You're every minute of my every day
And I can't believe
That I'm your man
And I get to kiss you baby
Just because I can
Hampir
sahaja aku hendak terbalik dari kerusi bila penyanyi lelaki itu membuka topinya lalu
memandang kepadaku sambil tersenyum. Aku memejam celikkan mataku kerana tidak
percaya dengan apa yang aku lihat. Adam memberikan aku senyuman flirtingnya.
Aku hanya mampu ketawa kecil sambil mengelengkan kepalaku perlahan bila Adam
sambung menyanyi sambil memegang tanganku. Merah padam mukaku menahan malu apa
taknya over mengalahkan Michael Buble. He’s crazy. Semua mata tertumpu kea rah
kami.
And in this crazy life
And through these crazy times
It's you, it's you
You make me sing
You're every line
You're every word
You're everything
So La, La, La, La, La, La,
La
“Thank
you, thank you,” ujar Adam sebaik sahaja habis bernyanyi. Sekali lagi ruang bar
tersebut bergema dengan standing ovation dari para pengunjung bar. Aku
membesarkan mata kerana tidak menyangka sama sekali Adam pandai menyanyi dan
memiliki suara selunak Michael Buble. Aku turut berdiri menyertai pengunjung
bar dengan memberi Adam tepukan gemuruh. Adam menoleh ke arahku sambil
tersenyum. Keadaan mula reda
bila mic di ambil alih oleh peserta bakat lain. Kali ini tiada nyanyian bakat
yang di tunjukkan stand up comedian. Aku masih lagi tersenyum melihat
gelagatnya lucunya. Memberi flying kiss kepada peminat-peminat wanitanya yang
sedari tadi melambai ke arahnya.
“Thank
you, by the way you look gorgeous tonight,” ujar Adam lalu mengenakan topinya
semula bila keadaan mula reda.
“I
tak tahu yang you pandai menyanyi,” soalku tersenyum lagi kerana tidak
mengetahui jejaka kacak itu berbakat dalam bidang nyanyian. It’s too good to be
true. Dan Adam kelihatan more charming bila mengenakan rat pack.
“My
granddad pandai menyanyi, so bukan saja I inherited wealth dia I inherited
bakatnya juga just need to polish my voice a bit, so I ambil vocal class,”
ujarnya tersenyum kearah sekumpulan wanita muda yang mahu mengambil gambarnya.
Adam mengenyitkan matanya kepada wanita itu membuatkan mereka menjerit
kesukaan. Ok, belum jadi penyanyi sudah ada peminat. Kalau benar-benar penyanyi
macamana agaknya.
Aku
menjeling kea rah Adam kerana tidak percaya dia sanggup mengambil vocal class
untuk belajar menyanyi. Kalau berduit semua boleh di perolehi.
“Come on
let’s go,” ujarnya lalu bangun dari tempat duduk.
“Nak kemana,” soalku terpinga-pinga hairan. Yelah
Adam nak kemana pulak. Bukankah dia baru duduk.
“Opps
sorry, Ethan take our picture,” ujar Adam kepada Ethan yang berdiri di belakang
ku sedari tadi.
Adam
merapatkan kerusinya dengan kerusi aku. Dia memeluk bahuku untuk bergambar
bersama. Aku menoleh ke arahnya bila Ethan tidak sengaja terpetik gambar kami.
“Oww,
sweatheart you ruin our pic, take one more time,” ujarnya sambil tersenyum
nakal.
Aku
menoleh kearah Ethan sambil tersenyum gelihati. He’s in crazy mode. Datang
perangai jokernya malam ni. Adam pose seperti Frank Sinatra. Sebelah keningnya
di naikkan dan tangan kanannya memegang cigar. Aku tidak dapat menahan tawa
bila dia berbuat demikian. Aku juga tidak mahu ketinggalan memandangkan Adam in
a good mood malam ni aku pun sekaki dengannya. Kami pose candid dan pose
seperti Audrey Hepburn dalam Breakfast at Tiffany’s.
“And
in this crazy life, And through these crazy times, It's you, it's you, You make
me sing, You're every line, You're every word, You're everything,” nyanyi Adam
sepanjang perjalanan kami menuju ke tempat surprised Adam. Happy benar dia
malam ni. Aku hanya mampu tersenyum melihatnya. Sakit aku mula datang balik.
Agaknya aku hendak sentiasa happy baru penyakit itu hilang. Tekak pula terasa
mual dan kepalaku sakit bagaikan hendak meletup. Semua itu aku cuba
sembunyikan dari pengetahuan Adam kerana aku tidak mahu membuatkannya risau dan
merosakkan moodnya.
“Why
dear, why you so quiet tonight,” soal Adam perasan Era tidak ceria seperti
selalu.
“Tak
adalah I miss home,” bohongku kerana tidak mahu Adam menyoalku pelbagai soalan.
“Really
you miss home, I don’t know much about you Era, so tell me,” soalnya spontan
sahaja dia memegang tanganku.
“There’s
nothing to tell, nothing intresting except for the fact that I’m just an
ordinary girl with big dreams,” jawabku sengaja tidak mahu memberitahunya.
“That
I know, how about your family, siblings, what’s you like what’s dislike,” soal
Adam memandang ke arahku.
“Let’s
keep it simple as it is, hope you don’t mind,” ujarku bukan hendak menyakitkan
hati Adam tapi aku tak mahu hubungan kami menjadi begitu complicated. There’s
no relationship in the first place. I’m trying to avoid it very badly. Tapi
semakin hari semakin sukar untuk aku berbuat demikian bila perangai dan kelakuan
Adam sejak akhir-akhir ini begitu menyenangkan.
“Ok,” jawab Adam cuba berlagak
selamba walaupun dia agak terasa bila Era berkata demikian. Dia mahu mengenali
Era namun wanita itu tidak membenarkannya berbuat demikian.
to be continue..