Monday 23 April 2018

Sun Breeze - Part 3



Part 3..haha part yang aku suka sekali. Sejak apply rumah lagi aku dah mula tinjau-tinjau konsep reka hias rumah yang aku pilih untuk reno rumah baru. Disebabkan aku ni tidak begitu rajin hendak mengemas rumah. Hehe. Aku hendakkan konsep rumah yang banyak conceal no clutter nampak kemas dan mudah hendak di bersihkan. So concept apakah itu?? Scandinavian! Contemporary? Minimalist? French Modern? Pening kepala memikirkan konsep reka hias rumah. Entahlah aku ni bukannya Interior Designer nak cakap concept mana yang tepat mengikut citarasa aku. . Entahlah eh..nanti dah siap tengok jelah gambar decor. Nak kata Minimalist tak jugak! Nak kata Contemporary tak jugak! Nak kata Transitional pun tak jugak! A little bit of this and that.

Banyak jugalah gambar-gambar yang aku jadikan idea interior dan perabot decorasi dari Pinterest. Aku suka Australian minimalist yang decor itu selalu-selalu orang yang tinggal penthouse suka. Hehe. Teringat aku akan apa yang Adam Matin Salvatore cakap "Kita tak boleh tinggal kat Hyatt! Kita bawak Hyatt datang sini!," Aku pun teringin gak nak bawak Hyatt datang rumah ala-ala Hotel design gitu. Senyum dan berangan sendiri.

Setelah beribu-ribu gambar yang aku suka dari Pinterest dan setelah berdiskusi dengan Mr. Sam tentang konsep rumah. Pilihan cat warna dinding aku sukakan warna-warna neutral agar rumah kami yang bersaiz 93sqm nampak cerah dan terang. Maka kami sebulat suara mahukan konsep sebegini. Mari kita lihat gambar.

1. Ruang Tamu - (warna pilihan - light grey, beige, latte atau barley white) Masih mengekalkan element-element kayu. Ruang tamu kami bercadang untuk buat feature wall dan built in tv console. Pilihan kami seperti gambar-gambar di bawah.


Living Room

2. Ruang makan - (warna pilhan juga seperti ruang tamu) Kami bercadang untuk memasang feature wall atau mirror. Dan bercadang inginkan built-in-table dengan settee memandangkan ruang makan kami hanya muat-muat buat meja 1.5 meter dan 4 kerusi sahaja.


Dining Room
3. Dapur - aku idamkan dapur berkombinasikan element grain kayu dan marble seperti gambar berikut. (FYI..ingin hanya angan dan cadangan aku sahaja..capai ke tidak cita-cita aku tu Wallahualam!) Sepertimana yang aku katakan aku seorang yang practical. Pada awalnya aku sukakan backsplash kitchen seperti tiles subway atau mosaic. Tapi memikirkan satu kerja pula hendak kena scrub dinding tempat memasak jika terpercik sambal atau minyak. Aku terus scrap idea tersebut. Jika backsplash yang rata senang sahaja lap dinding dengan jif tak perlu scrub bagai. Tak lah sakit mata tengok kotor kat celah2 tiles atau mosaic ye tak?


Kitchen

4. Kamar mandi - aku tak selitkan element kayu sebab kayu tak tahan lama. Kayu akan reput overtime. Aku cadang hendak pasang block tiles buat vanity cabinet dan shower screen.


Toilet

5. Kamar tidur utama - oleh kerana bilik kami tidak begitu besar dan limited space. Aku cadangkan pada Mr. Sam kita buat built-in-wardrobes in between katil. Ingat lagi motto rumah baru. No clutter and conceal aku pesan kat Mr. Sam.


Masterbed Room

6. Kamar tidur Mikhail dan Maya - (warna cat aku serahkan kepada budak berdua tu untuk decide. Mikhail memilih warna hijau cyan manakala Maya memilih warna pink) Seperti kamar tidur utama bilik 1 dan bilik 2 lebih comel dan kecil dari bilik utama. Jadi aku dan Mr. Sam buat bilik mereka seperti gambar di bawah.


Kids room

Yes. Selesai memilih konsep dan sekarang menunggu ID memberi kami quotation untuk renovation. Seram sejuk jugak ni..jumpa lagi di part 4.








bersambung....


2 comments:

  1. cantik macam hotel style. saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Ainul saya pun suka ala-ala hotel ni..rasa macam holiday aje :)

      Delete