Thursday 19 April 2018

Sun Breeze - Part 2


Part 2 Sun Breeze. Aku dapat call dari James frm Dxxx Interior maka kami pun pergilah ke unit rumah baru untuk pertama kali. Bismillah..unit yang aku pilih tidak begitu tinggi sebab masa buat pilihan unit hanya tinggal tingkat yang rendah sahaja tinggal untuk dipilih manakala unit-unit yang lain sudah di ambil orang. Aku pilih tingkat diantara tingkat 2 hingga tingkat 6. Flat yang bakal kami diami ini paling tinggi tingkat 16. Keluar dari lif belok ke kiri sudah nampak unit rumah kami. Aku dan Maya tersenyum melihat gate dan pintu kami. Cantik! katanya.

  

Selesai membaca doa, kami tanpa berlengah lagi membuka pintu memberi salam. Dari ruang tamu kami. Kami tersenyum. Wah!!! Cantiknya permandangan di luar tingkap seperti berada di resort Haha. Hinggakan James reno contractor akui permandangan cantik. Dia tak tahu ke aku sengaja pilih unit yang mengadap taman rekreasi.

Ok oleh kerana officer bertugas ada mengatakan sekiranya apa yang terdapat di dalam rumah tidak memuaskan hati dan tidak di buat dengan baik hendaklah mengisi borang yang diberi dan tandakan tempat-tempat atau bahagian rumah yang perlukan di perbaiki dan hantarkan kepada HDB office sementara di bawah blok kami. Jadi James membantu memeriksa pintu, tingkap, skirting dan flooring takut ada defect apa-apa. Sementara itu mari kita lihat bahagian lain di rumah ini.


Ruang tamu
Dapur

Service Yard


Common Toilet

Rumah baru apa yang memeningkan kepala kami ialah mencari kontraktor ye tak? Setahun sebelum mendapat kunci rumah aku dah mula membaca forum tentang rumah baru dan 3 bulan sebelum mendapat kunci aku sudah sibuk bertanya beberapa ID dan Reno contractor untuk mendapatkan qoutation renovation rumah BTO 4 bilik. Dalam ramai-ramai ID dan Reno contractor aku shortlistkan kepada 4 company. Iaitu 2 ID dan 2 Reno Contractor. Aku perlu buat tv console, cabinet dapur, shoe cabinet, built-in-wardrobe untuk 3 bilik tidur. Dan painting seluruh rumah. Nampak macam sikit sahaja kan itupun dah tolak benda asal yang hendak dibuat, tapi harga untuk merealisaikannya buatkan akak termenung sekejap. Mahalnya! Keempat-empat company beri quotation antara 35k hingga 40k. Cuba bayangkan! Itu untuk reno sahaja tidak termasuk perabut, lampu, kipas dan accessories lain. 

Fikir punya fikir. Budget punya Budget. Akhirnya aku dan Mr. Sam sebulat suara memilih ID Cixxxxx. Walaupun rata-rata orang mengatakan agak mahal namun aku percaya dengan hasil mutu material yang mereka gunakan dan berharap juga workmanship kerja mereka pun bagus seperti yang di war-warkan. In Shaa Allah. Tawakal dan berserah pada Allah agar di permudahkan segala urusan. Aamiin.

Part 3 nanti aku ceritakan tentap konsep reka hias rumah yang aku idam-idamkan ye..





bersambung....









No comments:

Post a Comment