Thursday 11 June 2015

Shawl Instant


Assalamualaikum…dah lama tak update shopaholic ni..bukan kerana tak bebelanja tapi macam malas nak tangkap gambar haha..masa aku dah mula pandai mengenakan shawl panjang dan bukan tudung empat segi lagi. Aku gila-gila mengumpul pelbagai warna shawl panjang. Selendang dari Zawara, Humaira, tudung people dan Sugarscarf semua aku terjah.






Tapi semenjak tudung segera sudah di perkenalkan di pasaran..aku mengila borong tudung instant dan semi instant pulak. Naelofar dan Shawl House antara tudung favorite instant aku hehe..bukan apa mudah ler sesangat. Masa pegi kerja aku suka pakai tudung instant sebab mudah hendak ambil wudhuk kat opis. Tarik tudung lepas tu sarung balik. Tak ke senang bunyinya. Tak yah nak belit sana belit sini. Pin sana. Pin sini. Nak kena lincah dan pantas. Malas nak dok lama mengadap cermin kat tandas membetulkan selendang. Silap mengayakan selendang dah tak senonoh jadinya ‘bad shawl day’ huhu. So, aku sibuk mengumpul Shawl instant dari Shawl House dan yang terkini aku dapat tahu ada tudung 2 muka, tak tahu siapa yang invent tudung 2 muka tu tapi Masha Allah best ler sesangat. Yippeee!!! Bukan sahaja labuh, mudah untuk dipakai dan selesa..dan tak nampak macam aku pakai tudung instant..Two thumbs Up!! Aku main order kaler mana yang aku berkenan, samada matching dengan baju ke tak itu belakang cerita yang penting aku ada lain-lain kaler buahahahaha..
2 muka yang aku beli ada dua jenis material iaitu chiffon lembut dan shimmer. Tapi yang kat gambar aku pakai material 'shimmer' plain warna hitam..memang best pakai shawl ni tak jarang tak perlu pakai inner ninja..kalau hendak kelihatan kemas. Pinkan sahaja brooch di kiri dan kanan. Kalau tak nak pun boleh sebab tudung ni memang labuh.. Hee..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment