Wednesday 10 June 2015

4 Fingers!






Assalamualaikum..expedisi makanan halal aku kali ini di fast food chain restaurant bernama 4 fingers atau nama melayunya 4 jari. Haha. Restaurant halal di Singapura ni sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat pelbagai restaurant yang dahulunya tidak halal berlumba-lumba untuk mendapatkan sijil halal di sini, kerana mereka tahu jika mereka mendapatkan sijil halal secara tidak langsung mereka mendapat pasaran orang islam di Singapura dan ini akan menambah keuntungan yang berlipat ganda pada mereka, betul tak? Tak rugi mendapatkan sijil halal bukan sahaja orang islam di Singapura dapat menikmatinya, malah pengunjung dari negara-negara islam dan mereka yang beragama islam tidak akan merasa was-was dan juga merasa selesa dan senang untuk melancong di Singapura kerana terdapatnya banyak restaurant halal. Ye tak?

Jadi aku terdengar dari teman sekerja bahawa restaurant 4 fingers juga baru mendapat sijil halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Dan teman sekerja aku Yana kata dia sudah merasa makan di sana. Katanya lagi anak-anaknya suka sekali dengan menu yang terdapat di 4 fingers. Aku bila dah dengar macam tu, apa lagi teringin juga hendak mencubanya, sementelah lagi Cik Puan Shah kita kata dia tak jemu pergi menjamu selera di sana selalu. Wah! Sedap sangat ke makanan kat 4 fingers tu, nak tahu jugak. 4 fingers (empat sekawan berasal dari negara Korea membuka restaurant mereka di US). Jadi makanan segera yang terdapat di 4 fingers adalah resepi Korea so tak sama dengan KFC, Burger King, Popeyes dan yang sewaktu dengannya. Harap maklum.
 
Ok di 4 jari ni best seller mereka adalah chicken wingnya. Ada juga terdapat makanan seafood seperti calamari, shrimp, ada wrap, salad, chicken rice. Tapi aku mengambil keputusan untuk mencuba chicken wingnya. Bila masa hendak membuat pesanan tu anda di beri pilihan samada hendak perisa kicap bawang putih (soy garlic) atau perisa pedas (Hot). Oleh kerana aku suka pedas maka aku memilih perisa hot manakala my prince aku select soy garlic memandangkan dia tidak dapat menahan pedas.  Aku memesan “Combo 6 pcs mix hot”. Mix maknanya aku hendak wings dan drumettes. So ada 3 wings dan 3 drumettes. Kalau anda suka kepak boleh order keenam-enamnya kepak begitu juga dengan peha. Combo termasuk air dan fries (boleh pilih hendakkan perisa kimchi atau perisa seaweed. So aku pilih hot mix chicken wings with seaweed fries dan Honey Yuzu Tea. Haha. Air Honey tu nak kena top-up 50 sen. Jadi harga for my combo meal sahaja $10.45 dan untuk my prince pula “Combo Chicken burger soy garlic” $9.95.
 
 

Masa untuk verdict. Pada pengemar ayam goreng kepak tidak akan merasa kecewa bila menikmati ayam di 4 fingers. Ayamnya digoreng garing tidak berlemak dan tidak berminyak dan rasanya sedap kerana sos nya menyerap ke dalam ayam goreng tersebut. Haha itulah keistimewaan ayam di 4 fingers. Setelah di goreng mereka akan sebatikan ayam itu dengan pilihan sos yang kita pilih. Aku memang enjoy habis begitu juga dengan my prince. Burger ayamnya juga rangup dan sedap. Fries yang disebatikan dengan seaweed juga sedap. Hehe. Finger licking good! Sungguh puas hati. So next time aku hendak try kimchi flavor pula.







No comments:

Post a Comment