Monday 20 April 2015

I am Cafe

 
 
 
 
Assalamualaikum..dan Salam bulan Rejab kepada pembaca blog yang budiman..tidak lama lagi kita ada menyambut bulan ramadhan..dan aku mula sibuk mengupdate blog akan restoren-restoren halal yang pernah aku kunjungi untuk di kongsi bersama kepada pembaca kesayangan blog aku ni..hehe..sharing is caring ye tak? Mana tahu hendak keluar berbuka dengan teman-teman dan keluarga tersayang dah ada idea hendak makan kat mana kan?
 
Beberapa minggu lepas aku dan teman-teman sekerja, kami ke restoren milik orang melayu islam kita yang terdapat di Arab Street..nak tahu address nak kena google noh. Restoren ni betul-betul opposite Golden Landmark. Kalu hendak makan murtabak ngan nasi briyani kat I am Cafe takde. Kalau nak makan yang macam tu hendak kena pergi restoren Victory yang kat seberang jalan. Kat sini tak de eh sebab ni restoren western. Western lagi! Haha tulah. Ini minggu western sorry.
 
Apa yang menariknya restoren I am cafe ni. Kebanyak orang yang pernah makan di sini asyik sebut-sebut pasal kek rainbow mereka yang setinggi 6 inci tu. Apsal eh?? Kek kaler-kaler je tu..rasa hanya vanila kot..hehe ntah aku tak berani komen sebab tak pernah cuba lagi haha.
 
Jadi kami berempat sudah sebulat suara hendak mencuba makanan di I am Cafe. Yang pic bawah ni bukan rainbow cake. Tapi rainbow crepes..atau nama tak glamernya lempeng berwarna..haha ni aku tak cukup. Gambar yang kat atas tu gambar dari Habs masa dia cuba maka tempoh hari dengan family nya. Kata Habs tak berapa sangat kot rasanya.

Ok disebabkan I am Cafe tidak mempunyai banyak menu pilihan dan very limited. Aku mencuba Cajun-Spiced Grilled Chicken Burger. Sebab masa baca tu macam menarik perhatian pulak - Tender chicken breast marinated with cajun mixed herbs, grilled and topped with cheese, pineapple and greens. Dan disebabkan aku alergic pineapple. Aku mintak dia minus pineapple dalam order aku. Hehe. Wati semangat disebabkan dia hantu sunny eggs. Maka dia order Charcoal-grilled 'Big Bear' Beef Burger - Our signature charcoal-grilled beef patty topped with battered onion rings, sunny side up eggs and greens. Mardi dan Habsah pula kedua-duanya order menu yang sama Turkey Ham pasta with white sauce. Mardi semangat hendak order cake. Dia minta kita order 2 cake dalam satu masa sebab hendak mencuba. Tapi aku dan Wati kata kita order satu cake sahaja. Takut tidak terlarat hendak menghabiskan kerana kek di I am setinggi 6 inci. So kita order kek Red Velvet sahaja.



Burger chicken pilihan aku memang sodap tak rugi aku order..hehe bukan hendak puji sendiri..depa semua rasa dan beri verdict bahawa Burger chicken aku terbaik berbanding signature burger depa yang Wati makan tu. Pasta Turkey Ham pun sedap dan tidak memuakkan. Pasta yang di gunakan spinach tu sebab warnanya hijau. Itu yang best kalau lain orang order lain makanan. Jadi boleh rasa sikit-sikit ye tak?

Meh jamu mata...





 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment