Monday 20 April 2015

Eatzi Gourmet





 
 Assalamualaikum...lama betul aku tak update tentang makan-makan ni kan. Hari ni nak cerita sedikit tentang restaurant halal di Spore yang kita bole makan steak daging.  Haha..kesian kan kat sini tak banyak restaurant halal yang ada menjual steak. Restaurant yang aku masukkan ialah restaurant Eatzi. Setiap kali teringin hendak makan steak pasti aku ajak Mr. 'S' ke Eatzi. Sebab apa?? Bukan sahaja steak di Eatzi enak belaka ia juga mengenyangkan. Dan harganya sudah tentu berpatutan. Dan Eatzi ada daily set lunch dan dinner for weekdays dan weekends. Tapi harga add on tu lupa lak berapa. Harga add on lunch dan dinner lain. Tulah tak ingat. Itu yang aku tak berani nak agak-agak sendiri. Tapi memang muai jika kita hendakkan complete meal set. With lunch atau dinner set meal, disediakan soup of the day, coffee or tea and dessert. Dessert of the day it can be cake atau ice cream.


 
 
 
So aku akan order my favorite steak. Iaitu T-bone steak. Haha semangatkan sekali order T-bone steak. Dan aku suka brown sauce. T-bone steak dipadankan bersama bake potato and greens. Greens lak can be carrots with brokolli atau asparagus dengan cauliflower. Potato pulak aku suka letak sour cream with chives and Turkey bacon bits. Marvellous you! Dan lagi aku suka order well done sebab tak suka daging masak penuh. Dan Mr. 'S' selalu order his favorite dish spring chicken with fries, salad and sambal sauce. Hmm sounds yummy kan! It is yummy. Our princess 'M' pesan her favorite dish fish 'n' chips kids meal. Kids meal datang bersama choice of juice..apple atau orange and dessert ice-cream. Dan for our young prince 'M' dia sudah pandai makan makanan seperti orang dewasa. So kita orderkan dia Lamb chops with dory fish same juga comes with greens dengan bake potato.

  
 
 
Bila dah place order sahaja. Pelayan restaurant akan letak satu basket with garlic bread. Complimentary dari Eatzi. Bestkan!
  
 
 

Eatzi sudah menjadi salah satu restoren kegemaran aku dan family bila tiap kali kami teringin menjamu selera makanan western atau steak. Di Eatzi, bagi orang yang tidak gemarkan makan steak, Eatzi juga ada menyediakan makanan seafood dan juga fusion food untuk orang yang tidak biasa makanan western, Eatzi ada menyediakan menu noodle, spagetti ada baked rice dan nasi goreng juga. All-in-all sesiapa sahaja yang berkunjung ke restaurant Eatzi tidak akan merasa kecewa kerana makanan yang disediakan di restaurant ini, semuanya lazat-lazat belaka. Dan Eatzi juga punya bakery cakes sendiri, dan cake semuanya lazat belaka. Our family favourite cake, Oreo cheesecakes Eatzi.

Maaf tak dapat hendak mengambil gambar sebab dah ghairah sangat hendak makan maka terlupa. So boleh jamu mata gambar menu jek! Nampak berselera tak!

Alhamdullilah sudah kenyang hati riang!













 

No comments:

Post a Comment