Thursday, 11 October 2012

Zoom Bangkok Part 1 - Day 1

Alhamdullilah..tahun ni dapat pergi Bangkok 'free' hahaha..siapa nak bagi holiday free kan..tahun ini nasib baik diaorang kata pergi selepas Raya. Oklah tu..tak macam tahun yang sudah seminggu raya dah sibuk ajak pergi bercuti..original plan aku sepatutnya bunk in dengan member aku yang bernama Linda. Namun di atas sebab2 yang tidak dapat di elak. Aku tidak dapat bunk in dengannya. Akan tetapi walau bagaimanapun, aku tetap hendak pergi ke Bangkok almaklumlah 'free'..in the end aku ajak Mikhail ikut sama tak lah aku tidur sorang2 kat Hotel kan..at least Mikhail boleh teman aku pergi shopping. So 3 bulan sebelum pergi tu aku dah sibuk buat research apa yang menarik kat Bangkok, shopping centre best2 and the most important thing is makanan 'Halal' yang terdapat di Bangkok. 2 tahun yang sudah semasa aku pergi Ho Chi Min, Vietnam. Tak susah sangat cari makanan Halal kerana di depan Hotel Sheraton berderet restaurant Halal dan selang beberapa kedai ada sebuah Masjid senang untuk solat tak payah risau. Very convenient.
 
Kali ini diaorang pilih Hotel Centara World Trade..mengikut sumber2 yang boleh di percayai. Hotel di tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam tu berdekatan dengan beberapa buah shopping centre yang best2. Salah satu shopping centre yang menarik minat kami ialah Platinum Fashion Shopping Centre. Diaorang cakap macam kat Cha tu Cak market. Tapi Platinum lagi bagus kerana banyak level dan berhawa dingin. Yes terbaiklah. Mereka2 (teman sekerja) yang pernah pergi ke Bangkok ni cakap. Kalau ke sana tak beli bag dari Naraya tak complete shopping. Katanya hanya di Thailand aje ada Brand Naraya. Ye ke? Oklah..sepertimana yang aku katakan. Kalau kena pada budget akan ku beli bag dari Naraya seketul 2. Hahaha..Alamak pergi hari Jumaat..geng lain pergi hari Sabtu..tak kan aku nak meronda Bangkok dengan Mikhail aje..Erkk..terpaksa aku mencari teman2 lain yang berangkat sama hari dengan aku untuk aku tag along nanti. So bagi member yang berangkat Sabtu aku dah buat special itinerary.

Masa yang di tunggu pun sudah tiba. 14 September 2012 kami berangkat ke Bangkok. Seawal 5.00pagi aku dan Mikhail dah tiba kat airport untuk register dan check in luggage. Ada juga beberapa member2 yang aku ramah mesra masa di office sama batch dengan aku. Semua cakap bila sampai Bangkok kalau nak jalan jangan lupa calling2. Aku kata insyallah aje pasal aku sudah berjanji dengan Nisa dan Naqi yang aku nak join diaorang masa jalan2 nanti. Takut tak sama khakis tak best pulak kan.
 
 
Mikhail kelihatan excited
 
 
 
View dari falam flight

 
Mikhail excited kerana inilah kali kedua dia dapat melancong menaiki pesawat..haha..lagilah dia excited bila setiap seat ada inflight entertainment apa lagi happy lah budak tu..budak2 kan..di dalam flight diberi breakfast sebaik sahaja pesawat berlepas dan stabil di udara..pramugari dan pramugara bertugas sibuk memberi kami sarapan..kalau tahulah sarapan yang diberikan agar berat..taklah kami berdua sarapan di Burger King. Walaupun sudah kenyang aku makan juga kerana tidak mahu buang rezeki..
 
 
Prata and chicken curry
 
Mikhail sibuk dengan cartoonnya..aku pula sambung tidur kerana tidak cukup tidur semalam. Maklumlah excited hendak pergi holiday..bukan Mikhail aje yang excited aku pun..hehe..maklumlah kali terakhir aku ke Bangkok 8 tahun yang lepas masa pergi Honeymoon. Pasti sudah banyak perubahan di Bangkok.
 
End of part 1...

 

4 comments: