“If only I
could turn back time,” aku bernyanyi riang mengikuti irama di corong radio.
Lagu dari nyanyian kumpulan Aqua. Kumpulan yang terkenal sedikit masa dahulu
dengan lagu I’m a Barbie girl tapi sayang kumpulan itu sudah di bubarkan. What
a pity kerana penyanyi utamanya memilki suara yang lunak seperti aku. Hehe perasan sendiri. Penulisan
script ah ah jangan di tanya. Aku masih belum
menyentuh notebook sejak aku ke Cameron Highlands . Aku hendak mengunakan masa selama tiga hari untuk
menjelajah Bukit Cameron. Aku ingin merasa sendiri bagaimana seronoknya memetik
daun teh. Dan bangun awal pagi di sambut dengan udara yang nyaman dan
menyejukkan. Hehe. Apa nak buat. Di kota tidak pernah aku merasa udara sesegar di Cameron Highlands . Banyak juga yang ku borong sebaik sahaja pulang
dari Pekan Brinchang. Berapa kotak teh dari pelbagai perisa sudah sarat di
almari dapurku mengalahkan aku tinggal bertahun-tahun lamanya. Begitu juga
dengan jam strawberry. Sudah ku beli sebanyak setengah dozen kerana terlalu
ghairah. Apakan tidak strawberry asli yang terdapat di Asia hanya boleh didapati di Cameron Highlands . Dan apa yang aku ingin sekali pelajari bila
berkesempatan adalah cara membuat scones. Selamba aje aku bertanya dengan
kakak-kakak di pasar malam di mana hendak ku cari pakar pembuat scones. Hehe. Dah terlanjur berada di
sini apa salahnya aku memanfaatkannya. Lagipun aku akan menghabiskan masa
selama 6 bulan. Apa lagi yang hendak ku buat selain dari menyiapkan
manuscriptku. Lagipun aku hendak mencari kenalan ataupun keluarga yang sudi
dijadikan keluarga angkat. Kak Dina sudah tiga kali menelefon aku. Sayang juga
dia dengan aku. Berkali-kali dia memesan supaya aku menjaga diri dan tata
tertib ketika berada di tempat orang. Tahulah aku hendak menyesuaikan diri di
sini. Ini Sarahlah. Bukankah aku sering di cap sebagai gadis yang candid and
happy go lucky.
“Sure, pakai line apa” interviewku. Aku kan ke peramah kalau dengan kakak
kat pasar tadi aku boleh minta resepi inikan pula dengan jejaka hensem di depan
aku ni.
“Maxis, tak sesuai kat Cameron,” jawabnya seraya tersenyum.
“Oh kenapa tak ambil line Digi aje, bersamamu selalu,” ujarku seraya
menyanyi jingle iklan Digi lalu menyerahkan telefon bimbitku kepadanya.
“Oh yeah, ingatkan saya nanti untuk tukar line kepada Digi, terima
kasih,” ujarnya hampir tergelak bila mengetahui aku ingat akan motto tema Digi.
Aku mengamati
wajahnya lama. Wajahnya sungguh familiar. Macam pernah ku lihat sebelum ini. Tapi dimana ya. Ah aku bertemu
dengan ramai orang, pelbagai ragam dan perangai. Di teater ramai pelakon baru
yang kutemui hingga aku tidak ingat nama-nama mereka. Inikan pula jejaka kacak
ala-ala model Armani Exchange sepertinya. Aku memerhati gerak geri lelaki
tersebut yang sedang sibuk berbual dengan mekaniknya. Aku memerhatikannya dari
atas hingga ke bawah. Lelaki itu mengenakan jeans dan turtle neck shirt
berwarna hitam. Di lehernya di selimuti shawl berwarna kelabu hitam. Classic.
Itu yang dapat ku jelaskan mengenai penampilan jejaka kacak itu. Aku cuba
mengingati lagi dimana aku pernah nampak wajah yang serupa dengannya.
“Ya saya berada di batu 3/4, nama saya Amsyar,” ujarnya sebelum
mengakhiri perbualan dengan mekanik.
Aku menepuk dahi bila menyedari siapa dirinya. Memanglah wajahnya begitu familiar. Kerana dia adalah Amsyar. Amsyar ku.
Eh sejak bila pulak Amsyar menjadi milikku. Aku tersengih gembira. Gembira
dapat bertemu kembali dengan jejaka pujaanku. Kan aku dah kata. Kalau jodoh tak kemana.
“Terima kasih,”
ujarnya sekali lagi seraya menyerahkan telefonku kembali.
“Kembali,”
jawabku seraya tersengih lagi tak ubah seperti kerang busuk. Amsyar tersenyum.
Senyumannya itu membuatkan aku mabuk kepayang. Erk! Dia tidak ingat pada aku
ke, kenapa dia tidak terperanjat melihat diriku.
“You tak ingat
I ke,” soalku bila Amsyar tidak mengingatiku.
“Sorry,” jawab
Amsyar kurang mengerti akan maksudku.
“Ok, kek
sebelah,” ujarku ringkas sahaja. Buat apa aku susah payah hendak
mengingatkannya sedangkan dia tidak teringat langsung padaku. Nampak sangat dia
tidak ingatkan aku selepas peristiwa enam bulan yang lalu.
Amsyar
tersentak bila aku berkata demikian. Dia mengamati wajah ku agak lama. Dahinya
kelihatan berkerut seakan cuba mengingatkan sesuatu. Bibirnya mula menguntum
senyum sebaik sahaja mengecam wajahku. Harap-harap bukan di dalam senarai muka
“Wanted”.
“Sarah from Singapore right, good to see you,” ujarnya ceria sambil
tersenyum lagi. Jelas terpancar diwajahnya dia begitu menyenangi kehadiran ku.
“Yeah ingat pun
you, ingatkan you dah lupa pada I,” ujarku lagi. Right apa salahnya aku flirt
dengan Amsyar. Lagipun dia handsome dan aku kini berada di tempatnya. Bolehlah
aku meminta Amsyar membawa aku bersiar-siar di Cameron. Teman aku petik daun
teh ke romantic gitu. Tidak sia-sia aku kemari ada juga faedahnya.
Sekurang-kurangnya ada Amsyar.
“Mana boleh
saya lupa pada wanita cantik macam cik Sarah,” jawabnya tersenyum lagi.
Eh kita flirt
dengan dia. Dia flirt dengan kita balik. Tak apalah. Kesimpulannya aku tidak
bertepuk sebelah tangan. Amsyar turut suka melayanku. Hehehe..
“Ye ke awak
ingat saya, ntah-ntah awak masih ingatkan hutang saya pada awak dulu,” usikku.
“Actually I do,
part of it I masih mengharap you ganti duit I balik,” jawab Amsyar lagi. Dia
tidak menyangka sama sekali akan bertemu dengan Sarah selepas kejadian lucu
enam bulan yang lepas. Masih
segar di ingatannya dimana dia cuba berebut kek dengan Sarah. Seumur hidupnya
belum pernah bertemu dengan wanita cantik dan lucu seperti Sarah yang tidak
pernah merasa self-conscious dan khuatir akan menjejaskan penampilannya.
Sungguhpun ketika itu keadaan sedikit tegang kerana berebutkan kek. Amsyar
masih perasan akan sweetness in Sarah. No doubt she’s funny.
No comments:
Post a Comment