Saturday, 13 October 2012

Sepasang Kurung Biru - Part 1


“Missy, jangan lupa ambil kek Dea,” pesan kak Dina berkali-kali agar adiknya tidak terlupa mengambil kek harilahir Dea seperti yang dijanjikan.

Don’t worry, I’m on the way to collect the cake,” jawabku selamba.

Camne aku boleh terlupa terus hendak order kek Dea. Kalau kak Dina tahu pasti sebakul aku dibebelkannya. Aku pula sibuk menyiapkan manuscript untuk pementasan April hingga terlupa hendak memesan kek Dea. Oh god boleh ke dapat kek favorite Dea.

Aku menghidupkan engine tanpa berlengah lagi aku menolak gear satu dan menekan accelerator. Kereta ku pandu laju agar cepat sampai ke Cedele. Kalau sekali pandang lagak seperti pemandu F1. Aku melirik kea rah jam di dashboard. Jam menunjukkan lagi sepuluh minit ke 1.30 petang. Waktu lunch pasti ramai ke Cedele. Aku semakin panic. Aku menekan speaker lalu mendial nombor Cedele.

“Afternoon Cedele,”

“Oh Hi, Good Afternoon, can you please let me know is there any Blueberry Hazelnut Cheese Cake at your outlet,”

“The whole cake,”

“Yes the whole cake,” jawabku pantas.

“Yes mem, I’m afraid there is only one whole cake left here,”

“Can you reserved for me,”

“I’m afraid I can’t do that mem, that’s is our policy,”

“Ok thanks,” jawabku seraya mematikan speaker.

Oh great! There still hope.


Amsyar menolak pintu transparent Cedele. Matanya liar mencari tempat duduk kosong untuk meletak briefcase dan raincoatnya. Waktu lunch begini memang selalu penuh dan susah hendak mendapat tempat kosong. Amsyar menyeluk sakunya seraya mengeluarkan sapu tangan. Dia menyapu wajahnya yang basah terkena percikan air hujan. Inilah kali pertama dia disini. Kebetulan hari hujan dan branch yang paling dekat di Raffles Place betul-betul berdekatan dengan pejabat clientnya. Hendak pergi ke branch lain dia tidak punya masa. Amsyar melirik kea rah jam tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat ke 2.30 petang. Dia berkira-kira sendiri, dia dikehendaki berada di lapangan terbang paling kurang dalam masa 1 jam. Dia tidak boleh lengah-lengah kan masa. Amsyar mengeluh lega sebaik sahaja pasangan di hadapannya meninggalkan meja memberi ruang untuknya. Tanpa membuang masa Amsyar meletak barangnya di atas kerusi lalu menuju ke kaunter.

Aku tergesa-gesa menolak pintu. Tanpa menoleh kiri dan kanan lagi aku berjalan pantas menuju kea rah kaunter kek. Mataku bersinar gembira bila kek yang di pesan khas oleh kak Dina berada di display. The whole cake.

Can I have that cake,” ujar kami serentak.

Aku menoleh kea rah lelaki yang berdiri di sebelahku. Dia turut menoleh ke arahku.

I’m here first,” aku memberontak. Aku tidak peduli sekiranya orang menganggap perangai ku tidak matang. Apa yang penting aku mesti mendapatkan kek tersebut. Aku benar-benar terdesak kerana kek tersebut kegemaran Dea dan demi Dea aku sanggup berbuat apa saja walaupun terpaksa memalukan diri berebut kek untuknya.

“Ok, is there any stock left for this particular cake,” ujar lelaki itu kepada pelayan Cedele.

“This is the last cake,” ujarnya dengan wajah cemas. Manakan tidak kedua-dua pelanggan di hadapannya berebutkan kek yang satu.

“This cake is mine, I’ve called earlier to reserved the cake,” jawabku tidak mahu mengalah. Lagipun susah payah aku menelefon seluruh branch Cedele dan hanya di Chevron Tower sahaja yang mempunyai the whole cake.

“Tapi cik, kita tak boleh reserved kan untuk sesiapa melainkan tempahan awal, first come first served,” terang gadis remaja yang bernama Anita. Walaupun agak kecut melihat aggressive pelangan wanitanya dia harus menerangkannya kepada mereka. Ikutkan pelanggan lelaki itu sepatutnya mendapat kek tersebut kerana sedari tadi dia memanggilnya dan menunjukkan kek tersebut kepadanya. Oleh kerana dia terlalu sibuk pelanggan lelaki itu terpaksa menunggu gilirannya.

“Why don’t you choose other cake,” ujarku cemas seraya menoleh kea rah lelaki yang berdiri disebelahku. Lelaki itu memandang ke arahku. Aku terpana seketika. Melihat ketampanan wajahnya. Sepasang mata redupnya itu membuatkan aku tertarik padanya.

“Hmm that’s the thing, selalunya I give in pada orang, tapi hari ini I really can’t, sorry dear,” ujarnya seraya tersenyum menampak lesung pipitnya yang terdapat di sebelah kiri. Hampir tergugat juga imanku bila melihat dia tersenyum. Control babe. Control jangan sampai dia tahu kau terpikat padanya. Lagipun kau tak boleh give in pada dia walau sekacak manapun dia kerana Dea penting dalam hidup aku.

“Me too, for someone special?,” soalku agar tidak kelihatan terlalu terdesak.

Dia menganggukkan kepalanya.

“So, which one of you taking this cake,” soal pelayan tersebut.

Aku mengaru daguku yang tidak gatal seraya memandang kea rah jejaka di sebelah ku. Dia turut mengaru kepalanya yang aku rasa tidak gatal juga. Siapa hendak mulakan. Aku atau dia. Kalau dia tidak mahu mengalah. Aku pun tidak akan mahu mengalah. Sorry.

“Worst come to worst kita bagi cake into half,” cadang lelaki di sebelahku itu seraya tersenyum.

“You must be kidding right,” jawabku spontan seraya menoleh ke arahnya lagi.

Lelaki itu tidak menjawab dia mengerutkan dahinya seperti memikirkan sesuatu.

“Excuse me, can I have a piece of that cake,”

“NO,” ujar kami serentak membuatkan pelanggan itu terkejut bila di sergah kami berdua.

“I’m sorry sir, we still deciding which one of us will be taking the cake,” ujar Amsyar meminta maaf kepada lelaki tadi. Dia tidak sepatutnya berbuat demikian hanya kerana cake. Tapi dia sudah berjanji dengan Tasya. Dia tidak akan memungkiri janjinya.

“We very sorry sir,” ujarku dengan wajah kesal. Crazy. Tidak pernah seumur hidupku menghadapi situasi sebegini. Inilah kali pertama. And what a luck terpaksa berebut dengan jejaka kacak yang pernah aku jumpa. Hissh potong stim betul.

“Well good luck,” ujar pelanggan itu kepadaku seraya berlalu.

Aku tersengih malu. So back to the cake.

“Sorry Miss-,”

“Sarah,” jawabku pantas.

 “Cik Sarah, I’m really-really sorry-,” berat sungguh hati Amsyar hendak menghampakan wanita itu, tapi apakan daya dia tidak mampu. Salah dia juga kerana sebaik sahaja tiba di kota singa ini dia tidak terus memesan kek Tasya terlebih dahulu. Dia terlalu sibuk bertemu dengan pelanggan hingga hari terakhir dia disini baru dia kemari.

 “Oklah kita bagi dua kek ni, since kita sama-sama hard-up kek ni,” jawabku memintas cakap jejaka kacak itu. Sounds harsh. But what to do. Itupun dah kira baik aku sanggup share dengan dia. Kalau aku nak semua macamana.

 Jejaka itu mengeluh lega.

 “You mean you tak kisah, you setuju ambil half,” ujarku terperanjat. Kerana sangkaku dia merubah fikiran dan memberi ku seluruh kek tersebut. Aku sebenarnya acah aje. Tengok dia gentlemen atau tidak. Tapi dia kelihatan serius. Walaupun wajahnya kelihatan serius namun dia masih kelihatan cute. Issk stop it Sarah.

 “I don’t mind rather than nothing,” ujarnya seraya tersenyum. Pandai-pandailah dia hendak terangkan kepada Tasya bila balik nanti.

 “I’ll guess you were right, ok can you pack half of the cake for me and half for this gentleman,” ujarku seraya tersenyum hampa. Habislah aku. Sorry kak Dina. Sorry b-day girl. Auntie very sorry.

 “Can you provide me the thermal bag, I need to fly off,” pesan Amsyar kepada Anita. Anita hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum mungkin pelik dengan pelanggan dia yang dua ini masing-masing tidak mahu mengalah malah sanggup berkongsi kek.

 “Yeah sure sir,” jawab gadis itu seraya berlalu mendapatkan thermal bag.

 “By the way, I’m Amsyar,” ujar Amsyar memperkenalkan dirinya. Dia sebenarnya berasa bersalah kerana tidak memberi ruang kepada wanita di sebelahnya. Seperti yang dikatakan tadi kalau tidak kerana Tasya dia pasti mengalah kepada wanita cantik di sebelahnya.

 “Amsyar,” jawabku seraya menganggukkan kepala. Nama yang belum pernah dia dengar sebelum ini. Hmm boleh dijadikan nama watak “Hero” dalam manuscript aku nanti. Lagipun jejaka di sebelah aku ni memang layak di jadikan hero. Wajahnya tampan persis Teuku Zacky Azwar.

 Dia menganggukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum lagi bila wanita itu terperanjat mendengar namanya.

 “Nice, very unik,” jawabku tersenyum.

 “Here you go, one for you mem and one for you sir, total $54.60” ujar Anita seraya menyerahkan kotak kek kepada kami.

“Ok dik, kakak punya share berapa,” ujarku malas hendak mencongak bahagian ku. Lagipun aku bukan suka mengira. Bab-bab mengira ni jangan lah tanya aku sure salah punya.

“$27.30,” jawab Amsyar pantas.

“Oh yes, sorry maths failed,” jawabku tersengih lagi. Aku membuka wallet segera mengeluarkan visa card ku lalu menyerahkan kepada gadis itu.

“Sorry mesin card rosak, cash only,” ujar gadis itu seraya mengerutkan kening.

 “Habis macamana, I tak ada cukup cash,” ujarku kurang senang dengan gadis itu. Mesin card rosaklah. Macam-macam. Hai seksanya hendak membeli sebiji kek ini semua gara-gara Dea. Terfikir pula aku hendak belajar membuat kek sendiri tidaklah susah-susah begini. Tapi aku ada masa ke. Penulisan aku masih lagi belum aku buat berangan pula hendak membuat kek.

“Here’s the money for the cake,” ujar Amsyar seraya menyerah note $50 dan $10 kepada gadis itu. Kasihan juga dia melihat gadis itu terpaksa melayan karenah kami berdua.

“But how am I going to pay you, I tak cukup cash, I cuma ada $10 at the moment,” ujarku mula cemas bila Amsyar membayar penuh harga kek tersebut walaupun dia hanya dapat separuh kek sahaja.

“It’s ok I belanja you, anyway I feel bad because of me, you hanya dapat half the cake,” terang Amsyar seakan tahu bahawa aku tidak akan setuju dengan caranya.

 Hmm gentleman juga dia ni. Aku dapat terima alasannya. Dia buat begitu kerana terdesak. Kalau tidak sudah tentu dia mengalah kepadaku. Aku tersenyum sendiri.

 “But I can’t accept this,” ujarku tidak betah mengalah. Aku bukan mudah menerima sesuatu tanpa sebab musabab yang munasabah. True kita terpaksa bahagi kek, but dia tidak perlu buat ini semua kerana merasa bersalah. Lagipun dia bukan kenalan aku. Tahulah dia tu handsome, tapi walau handsome macamana pun aku tidak akan mengambil kesempatan begini. Aku ada class. Mataku sempat melirik kea rah tangan kanannya sewaktu dia membuat bayaran. Sah dia tidak memakai cincin, ini bermakna dia belum berkahwin. Hehe. Ada peluang.

 “I know, here’s my card kalau you rasa hendak belanja I, call me,” ujar Amsyar seraya menyerah business cardnya kepadaku. Aku menyambut tanpa banyak soal.  

 “Sorry I really have to go, nice meeting you,” ujar Amsyar tersenyum lagi lalu menuju kea rah meja berdekatan dengan pintu. Dia mencapai briefcase dan raincoat lalu menolak pintu Cedele.


To be continue...

No comments:

Post a Comment