Friday, 12 October 2012

"Swensen, ION"

Jalan2 cari makan kali ini kita ke Swensen, ION. Untuk pengunjung dari luar negara yang hendak mencari makanan halal dan restaurant halal di sini. Rajin2lah berkunjung di blog hamba yang tidak seberapa ni. Di Singapura ni terdapat banyak restaurant Halal salah satu dari nya ialah Swensen & Earle Swensen.
 
Ok back to dinner kat Swensen. Liz plan jumpa Shah for dinner kat Swensen, ION. Aku on aje. Pasal makan me no hal. Haha. Dan memandangkan kita dah lama tak jumpa Shah and need to pass her Bday present yang dah over due. Paiseh..So kita pergi Swensen kat Central mana lagi kalau tak kat Orchard. Swensen kat ION berlainan sikit dengan francise Swensen yang lain kerana diaorang ada ice cream buffet. Jadi kepada sesiapa yang suka makan ice cream sampai pengsan tu boleh lah pergi kat ION. Ice-cream 54 jenis perisa. Dan bukan ice-cream sahaja yang ada. Waffle, cheesecake dan brownie pun ada. Toppings jangan cakaplah dari fruits, nuts, chocolate sauce, whipped cream semua ada don't worry be happy. Bukan budak2 aje happy, mak budak dan bapak budak confirm puas hati dapat makan ice-cream berulang-ulang. Tak gitu.

Sorry pasal tak ada pic terlupa nak tangkap gambar.
 

Tapi kali ni kita pass ice cream buffet kerana kita on diet..hahaha diet eh..makan kat Swensen. Liz pilih table yang tempatnya strategic kerana kami bertiga kalau sudah bertemu tau2 ajelah..pasti kecoh..
 
Bila Shah dah join us..we start to order for food. I order fish & chips, Shah order fried Chicken Delight dan Liz order grill salmon. Tak sempat nak snap gambar Chicken Delight Shah dengan grill salmon Liz. Diaorang dah tak sabar2 nak ngap..hmm..tak apalah..tapi aku sempat tangkap gambar mix grill platter yang kita order just in case kita tak jadi diet hari ni..hahaha..
 
 
Mix grill platter
 

Fish & Chips
 
 
Selalunya bila aku ke Swensen, aku gemar order Cray fish pasta..combinasi isi cray fish, mushroom, crab stick, fish filler bersama tomato base sauce yang rasa sweet, sour dan mild hot..memang yummylicious..tapi hari ni tekak nak makan Fish & Chips. Tu yang order. Tapi kali ini Fish & Chips dia tak berapa ummpphh lah..mungkin serving dia shrink tak..fish dia nampak macam orang dah curi sekeping dari pinggan aku..tapi oleh kerana sudah lapar. Ngap ajelah rezeki tak boleh di tolak musuh jangan di cari..Fish fillet yang digoreng garing tapi isinya lembut dan sedap ditambah pula dengan fries yang gedek2 dengan coleslaw memanglah menyelerakan..tak cukup dengan itu kita mintak tartar sauce dengan extra mayo..ginilah caranya orang hendak berdiet...jeling kat Liz dan Shah makan dengan penuh tertib..maksud aku makan tak pandang kiri kanan lagi. Sodap agaknya tu..atau kerana sudah lapar sebat aje..hehehe..
 
Mix grill pula terdapat empat keping setiap satu jenis grill. Lamb chop, beef patty, chicken, sausage, corn cobs, whipped potato dan mix salad...memang yum2 sedapnya..tapi tulah..kami bertiga yang tengah berdiet ni tapi selera nak makan tak dapat hendak menghabiskan mix grill platter kerana terlupa bahawa kami ada order ice cream untuk dessert..tak hendak membazirkan aku offer untuk tapau balik..hehehe..besok boleh panaskan buat breakfast..best2..
 
 

No comments:

Post a Comment