Dina menjeling
ke arahku. Begitu juga Dea. Kek harilahirnya di pandang hairan. Kenapa keknya
sebelah sahaja. Mana lagi sebelah. Suaminya kak Dina, Badrul hanya mampu ketawa
gelihati bila melihat kek yang separuh itu. Aku turut tersenyum bila
mengingatkan peristiwa siang tadi. Dan aku tidak dapat lupa akan wajah tampan
Amsyar. Oh Amsyar.
“What kind of
joke is this,” ujar Dina serius membuatkan aku berhenti berangan. Oh oh. Back
to earth. Aku menelan air liur bila Dina kelihatan begitu serius. Dea tidak
berkata apa-apa, sebaliknya dia sibuk menyusun lilin di atas kek tersebut di
bantu oleh papanya. Kids tak banyak rewel so long ada kek sudah memadai bagi
mereka.
“Good luck,”
bisik Badrul seraya mengenyitkan matanya kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum
pahit. Abang ipar aku tahu akan perangai kak Dina. Dia tu hot temper. Kalau
tidak kena pada gaya boleh terbang perkakas rumah.
“I can
explain,” ujarku seraya menarik nafas perlahan.
“You better
do,” jawab Dina. Dia menuju
ke dapur mengambil paper plate dan paper cup. Nasib baiklah dia tidak
mengadakan birthday party untuk Dea. Kalau tidak tak tahu bagaimana hendak diterangkan
kepada tetamu. Dia tahu adiknya itu tidak begitu reliable. Namun dia tidak
punya pilihan lain. Dia terlalu sibuk akhir-akhir ini hingga tidak punya masa
untuk menempah kek untuk Dea manakala suaminya, Badrul selalu out-station. Siapa
lagi yang hendak di harapkan kalau bukan adiknya Sarah. Sebab itu bila dia
terpandang kek hari lahir Dea hanya sebelah dia tidak begitu terperanjat. Seolah-olah
sudah dapat menjangka peristiwa pelik berlaku siang tadi di mana Sarah di
tugaskan mengambil kek yang sepatutnya di pesan awal seminggu yang lalu. Dari
gambaran kek tersebut dia membuat andaian sendiri bahawa ini adalah hasil kerja
last minute adiknya. Apa nak buat adiknya memang begitu, namun begitu dia
sayangkan Sarah. Sarah seorang yang baik hati dan happy go lucky. Semua yang
mengenalinya pasti menyenangi dan akan mengatakan begitu. Hanya satu sahaja
perangainya yang mengkhuatirkan Dina. Adiknya itu suka ambil mudah dalam semua
perkara dan tidak begitu systematic. Tak tahulah bagaimana dia boleh menjadi
seorang penulis script untuk pementasan. Sejauh ini belum pernah dia mendengar
scriptnya tidak dapat disiapkan seperti yang di jadualkan walaupun dia tahu
adiknya itu suka buat kerja bidan terjun. Dan Dina pasti kek Dea yang sebelah
itu adalah hasil kerja bidan terjunnya. Dia percaya Sarah terlupa hendak
menempah kek Dea. Dia tidak marah pada Sarah. Dia hanya mahu tahu apa yang berlaku.
Pasti ada cerita di sebalik kek sebelah itu.
“Your un-reliable sister terlupa hendak tempah kek,” ujarku untuk
memulakan cerita. Ringkas sahaja hanya untuk melihat reaksi Dina.
“Nothing new,”
jawab Dina selamba seraya menuang air ke dalam gelas. Dia percaya penjelasan
Sarah akan mengambil masa yang agak lama. Dia menyerahkan gelas berisi fruit
punch.
“Ok, here goes,
I’m really sorry, Sarah lupa langsung, sibuk dengan script dan pementasan. Sarah cuma ingat bila kak Dina
pesan untuk ambil kek siang tadi. Ampun,” ujarku seraya memandang kea rah Dina.
Dina masih bersahaja. Tiada tanda-tanda bahawa dia akan marah padanya.
Aku mengeluh lega. Ini bermakna kak Dina berminat untuk mendengar penjelasan
aku.
“Teruskan, I’m
listening,” ujar Dina lalu menarik kerusi untuk duduk. Dina percaya cerita
Sarah bukan berhenti setakat itu sahaja. Pasti ada lagi yang belum di ceritakan
kepadanya.
“Then bila
Sarah sampai Cedele, I’m already eyeing for the cake, but unfortunately ada
orang lain juga yang hendakkan kek itu, dia pun insist nak kek yang sama dan
kek tinggal satu sahaja,”
“The other
person tu lelaki,” soal Dina seraya meneguk fruit punchnya.
Aku tidak
menjawab malah menganggukkan kepalaku perlahan.
“Right, lagi,”
ujar Dina penuh minat. Sudah dia katakan Sarah punya cerita menarik di sebalik
kek sebelah itu. Dia tidak pasti samada cerita Sarah itu adalah cerita yang
sebenar atau hanya rekaan Sarah sahaja. Maklumlah adiknya itu penulis script
dan banyak pula imiginasinya. Maka dia tidak berasa hairan kalau Sarah hanya
mereka cerita.
To be continue...
No comments:
Post a Comment