AKU menyumbat kedua-dua belah telingaku dengan ear phone. I-pod nano ku tekan on sementara menunggu keputusan dari doctor. Hospital 'semi kerajaan' 'semi private' pun tidak kurang lembabnya seperti hospital kerajaan. Memakan masa hampir setengah hari aku berada di hospital. Kalau tidak kerana sakit pening-pening aku berlanjutan selama seminggu aku tidak akan menjejakkan kaki di hospital. Ini pun kerana klinik tempat biasa aku kunjungi memberi
Aku
memerlahankan sedikit volume MP3ku takut tidak kedengaran pula bila namaku di
panggil nanti.
“Shah
Ira,” laung jururawat sama tadi dengan suara lebih lantang kerana tiada seorang
pun yang mampir kepadanya.
Aku
tiba-tiba tersentak bila menyedari jururawat tersebut melaung namaku. Tanpa berlengah
lagi aku bangkit dari tempat dudukku dan segera mendapatkan jururawat tersebut
sebelum dia pergi jauh meninggalkanku.
“NURSE!!,”
jeritku sambil mempercepatkan langkah ku. Laju juga nurse ni berjalan macam
lipas kudung. Termengah-mengah juga aku mengejarnya.
Nurse
tersebut menoleh bila terdengar jeritan ku. Kuat sangat ke aku menjerit tadi sehinggakan
bukan nurse itu sahaja yang menoleh beberapa nurse lain turut menoleh kearah
ku.
“Sorry...,”
sengihku kepada nurse-nurse yang tidak berkenaan.
“Awak,
Shah Ira?,” ujar Nurse yang bermata hazel. Wow cantiknya mata nurse yang bernama
Fida (Aku baru mendapat tahu akan namanya dari nametag yang tersemat kemas di
dada kirinya). Warna mata betul ke atau kanta lekap. Bisikku dalam hati. Boleh
ke pakai contact lens berwarna semasa bertugas. Tidak melanggar etika ke?
Tanpa
menjawab aku menganggukkan kepala laju.
“Ikut
saya bertemu dengan doktor,” ujarnya lalu berjalan laju menuju kearah bilik doktor
yang dimaksudkan. Aku mengerutkan dahi merasa hairan bila nurse Fida mahu aku
bertemu dengan doktor. Bukan ke aku sudah berjumpa dengan doktor Anis tadi. Dr.
Anis kata aku hanya perlu mengambil description slip dari nurse bertugas dan
mengambil ubat-ubatanku dari kaunter pharmacy. Kenapa di suruh bertemu dengan
doktor lagi. Pelik. Ah ikut ajelah mungkin doktor hendak memberi aku cuti sakit
sehari lagi barangkali. Aku tersengih sendiri. Menyedari telingaku masih
bersumbat earphone. Aku segera menyimpan MP3 player kedalam beg. Nurse bernama
Fida mengetuk pintu bilik doktor bernama Ridzuan. Sekali lagi aku mengerutkan
dahi tanda hairan. Lama kelamaan aku boleh mendapat kedut di muka kerana
terlalu asyik mengerutkan dahi. Hai tak kan
lah hendak memberi mc satu hari lagi harus bertemu dengan doktor lain. Musykil
aku di buatnya.
“Shah, silakan duduk,” ujar Doktor Ridzuan sebaik sahaja menerima klip board yang diserahkan oleh Nurse Fida tadi. Aku terpegun seketika melihat wajah kacak milik doktor muda bernama Ridzuan. Wah best sungguh hospital ini. Sudahlah nursenya bermata hazel. Doktornya pulak hensem macam Rock Hudson kata Haji Bakhil. Lain kali kalau aku sakit aku hendak datang semula ke hospital ini lagi, tidak sia-sia aku menunggu berjam-jam berbaloi juga jika Dr. disini semuanya hensem seperti doktor di hadapan aku sekarang. Erk!! tapi kenapa eh doktor hensem di depan aku ini tidak mahu senyum, serius semacam sahaja wajahnya. Ah mungkin dia takut pesakit perempuannya akan jatuh hati pula padanya kalau dia tersenyum.
Sebaik
sahaja membaca klipboard yang diberi nurse Hana tadi Doktor Ridzuan memandang
tepat ke wajahku tanpa berkelip. Aku menjadi tidak
senang duduk bila di renung begitu. Seram. Yelah duduk berdepan dengan jejaka
kacak seperti Dr. Ridzuan siapa yang tidak tergugat imannya. Janganlah pandang
wajah aku begitu segan aku dibuatnya.
Dr. Ridzuan membetulkan tempat duduknya
bila menyedari aku kelihatan tidak selesa bila dia tidak berkata apa-apa.
“Saya berharap awak dapat menerima berita
yang saya sampaikan ini dengan tenang,” ujarnya jelas dan tenang dia sedikitpun
tidak mengalihkan pandangannya dari terus memandang tepat ke wajahku. Sah doktor
Ridzuan ni sudah terpikat pada aku. Dia nak usha aku ler tu. Baru ler aku tahu
kenapa dia pandang wajah aku semacam saje dari tadi. Bangga juga lah ada doktor
hensem berkenan kat aku. Hehehe..
“Ok,” jawabku seraya tersenyum meleret.
Tak sabar hendak mendengar akan berita yang Doktor Ridzuan maksudkan. Aku sudah
dapat membayangkan dia mengucapkan kata-kata indah kepada ku. Hehehe perasan.
Oklah lebih baik aku berhenti berangan sebelum aku memalukan diri sendiri.
Mungkin doktor Ridzuan hendak memberitahu aku kesan ubat yang hendak di berikan
kepadaku. Lebih baik aku tumpukan perhatian padanya.
Eh kata hendak memberitahu aku sesuatu.
Beritahulah cepat apahalnya yang dia diam lama-lama, dia tak ada pesakit lain
yang menunggu ke? “Doktor,” tegurku bila
dia mengambil masa agak lama untuk menyampaikan berita kepadaku.
“Awak mengidap barah otak, dan kini
berada di peringkat terminal,” ujarnya lancar.
“WHAT!!!, saya cuma pening-pening biasa
sahaja tak lebih dari itu, doktor hendak bergurau dengan saya eh?,” ujarku
seraya ketawa kecil. Dr. Ridzuan hendak bergurau denganku
agaknya. Brain tumor, oh please. Pening-pening boleh menyebabkan brain tumor
ke? Wait a minute. Apa ni gag Just for laugh ke?? Gotcha..Any hidden camera?
Mataku melilau mencari hidden camera.
“Apa
yang awak cari?,” soal Dr. Ridzuan bila aku berdiri sambil memeriksa kerusiku.
Oh lupa nak beritahu Dr. Ridzuan (model/actor) masih lagi kelihatan serius. Masih
lagi hendak berlakon denganku.
“Hidden
camera...??, mungkin for Just For Laugh Asia, your nurse tadi mesti model kan and you mesti actor,”
ujarku tersenyum.
Dr.
Ridzuan cum model/actor mengeluh kecil. Hah tekaanku tepat kan aku sudah dapat mengesan lawak mereka
tidak menjadi.
“Shah,
listen tak ada gag Just for Laugh atau hidden camera, tadi awak ada pergi ambil
biopsy
test bukan,” soal Dr. Ridzuan.
Hatiku
kecut bila Dr. Ridzuan bertanya soalan demikian. Tadi memang aku ada ambil biopsy test dari Dr. Anis. Mungkin dari hasil kajian tersebut mereka
dapat mengesan penyakit sebenarku. Tapi aku cuma pening-pening biasa sahaja.
Bentakku dalam hati. Mana mungkin aku mengidap barah otak. Astarfirullah al
azim. Mengigil lututku, lemah seluruh anggota ku. Tanpa aku sedari mataku sudah
mula ditakungi air. Aku cuba
menahan sebak didada. Kalau benarlah aku mengidap barah otak di tahap peringkat
terakhir sepertimana yang di terangkan Dr. Ridzuan tadi, jadi berapa lama
anggaran jangka hayatku?
“Shah,”
tegur Dr. Ridzuan perlahan bersimpati dengan keadaan pesakitnya.
Aku
diam membisu. Fikiranku bercelaru, buntu dan bingung mendapat berita yang
begitu mengejutkan.
Tiada reaksi dari pesakit wanita itu.
Dia masih lagi diam membisu.
“Shah..?,”
“Berapa lama anggaran jangka hayat
saya?,” soalku sambil mengesat linangan air mataku dengan tangan. Tidak merasa malu
dan tidak peduli lagi menangis di hadapan Dr. Ridzuan.
Kali ini Dr. Ridzuan pula yang terdiam.
Mulutnya terasa berat untuk memberitahu pesakit wanita muda itu. Namun
dia tidak boleh mengelak untuk menjawab soalan demikian.
“It’s
best that you go for treatment..,”
“Berapa lama??,” soalku tanpa
mempedulikan saranan Dr. Ridzuan.
Dr. Ridzuan mengeluh lagi.
“6 hingga 8 bulan max,”
“Ok,” jawabku perlahan lalu bangun dari
kerusiku. Walaupun lemah namun ku cuba gagahkan diri untuk keluar dari bilik
Dr. Ridzuan. Tidak sanggup rasanya aku berada lebih lama di hospital.
“Fida, I need your help,” ujar Dr.
Ridzuan bila Shah mula mahu meninggalkan biliknya.
“Shah tunggu nurse Fida akan bawa kamu
ke ward,” ujar Dr. Ridzuan cuba menghalang Shah Ira keluar dari biliknya. Dia
tahu ramai pesakitnya yang tidak mengetahui atau percaya bahawa mereka
menghidap barah akan berkelakuan sedemikian kerana fikiran mereka runsing dan
buntu, mereka tidak dapat menerima
berita yang mengejutkan. Dan sekiranya dia tidak menghalang Shah Ira dia tidak
tahu apa yang akan di lakukannya di luar nanti kerana Shah tidak di temani
sesiapa.
Aku tidak menghiraukan tegahan Dr.
Ridzuan. Aku ingin segera meninggalkan hospital. Aku tidak mahukan rawatan. Aku
mahu bersendirian.
“Shah,” ujar Dr. Ridzuan menarik lengan
Shah bila wanita itu tidak mahu mendengar nasihatnya.
“I
nak call my parents kat luar, I’ll be back in a while,” ujarku cuba tersenyum.
“You
can use my office phone if you want to?,”
Aku
mengelengkan kepala perlahan.
“I
need to be out of here away from hospital, please doktor,” ujarku seakan merayu
ku cuba
menahan perasaan sebak.
“Ok,
but promise me you will come back here again,”
Aku
tidak menjawab malah menganggukkan kepala lemah.
To be continue...
No comments:
Post a Comment