TING…pintu
lif terbuka luas. Aku bergegas masuk ke dalam perut lif. Mataku melirik kearah
jam di pergelangan tanganku sekilas. Hah sudah lewat 10 minit. Mati lah aku
kalau madam tahu aku belum masuk lagi. Aku menekan butang tutup berkali-kali
agar pintu lif tertutup cepat. Tiba-tiba aku terdengar bunyi kuat seperti bunyi
kepala seseorang terhantuk pada pintu lif.
“Hello
buta ke tak nampak orang,” marah orang yang kepalanya terhantuk dan hampir
sahaja tersepit di celah pintu lif tadi.
Aku menjeling bila di marah lelaki
tersebut.
“Sorry, ingatkan tak ada orang hendak
masuk,” ujarku dengan wajah selamba tanpa rasa simpati ataupun kasihan padanya.
Gila apa. Kalau dah nampak pintu lif hendak tertutup tu, tahanlah pakai
briefcase atau kaki ini tidak guna kepala. Pandai sangat. Lelaki tersebut tidak
menghiraukan perkataan maaf dariku. Aku perasan dahi kirinya kelihatan
kemerah-merahan akibat terhantuk kuat tadi. Aku mengekek kecil dalam hati.
Padan muka. Rasakan.
Lelaki yang aku maksudkan itu adalah
Adam Matin Salvatore. CEO syarikat advertising dan magazine
terbesar yang terdapat di bangunan Wisma Eden. Orangnya berusia dalam
lingkungan pertengahan 30-an, kacak, berambut keperang-perangan, dadanya
berbidang, berdarah kacukan Itali, belanda, melayu. Kalau aku sudah katakan berdarah kacukan
rojak macam Adam Matin, kau orang bayangkanlah sendiri. Dari segi rupa,
kedudukan. He’s perfect. Cuma dua perkara sahaja yang tidak sepadan dengan
orangnya. Sayang sekali kerana ia mencacatkan semua yang aku maksudkan Mr.
Perfect. He’s an arrogant person and the biggest jerk around. Opps sorry girls.
Itu pada pandangan aku. Di sebabkan tempat kerja aku dengan pejabat dia
sebangunan. Boleh di katakana selalu juga aku terserempak dengan Adam Matin. Dan ada beberapa kali juga aku hampir di langgar kereta
Porsche Carrera yang di pandunya. Jadi walaupun dia tidak pernah memandang aku
sebelah mata aku percaya sedikit sebanyak dia cam akan wajahku. Kenapa aku
katakan dia sombong dan biggest jerk around. Pertama, setiap kali bila dia
memandu keluar dari carpark bangunan dia tidak pernah memerlahankan had
kelajuan kereta yang dipandunya. Tahulah kereta yang dipandu kereta Porsche,
akan tetapi ini bukannya litar lumba untuk dia berbuat demikian. Aku pun tidak
tahu kenapalah timing aku boleh tersama dengan dia. Baik aku pulang kerja cepat
mahupun lambat pasti terserempak dengan lelaki itu. Ada beberapa kali juga aku
hampir sahaja terkena serangan jantung bila keretanya tiba-tiba muncul di hadapan
aku, ketika aku hendak menyeberang jalan. Sudahlah dia tidak pernah meminta
maaf. Malah dia menekan hon menunjukkan rasa tidak puas hati kerana aku
melintas di depan keretanya tanpa melihat terlebih dahulu. Peristiwa kedua pula,
bila aku terpaksa mengambil beberapa file dari tingkat 20 dan dia pula
tiba-tiba muncul di depan pintu lif tingkat 19 (salah satu floor syarikatnya).
Tak tahulah matanya letak kat mana. Aku yang sebesar ini dia boleh tak nampak
lalu melanggarku. Akibatnya file yang ku pegang jatuh berteraburan di lantai,
ingatkan dia hendak membantu aku mengutip sama, jangan katakan bantu ucapan
maaf pun tidak terbit dari mulutnya. Dia berlalu pergi tanpa mempedulikan aku
yang terkial-kial mengutip fail.
Dan sebenarnya, aku perasan bahawa dia
berada beberapa meter di belakang aku tadi. Jadi bila pintu lif buka, aku
sengaja tekan butang tutup cepat-cepat kerana aku tidak mahu berada di dalam
lif bersama dengannya. Tak sangka pula dia sanggup berlari untuk mendapatkan
lif. Macamlah bangunan ni hanya ada sebuah lif. Dan memang dah padanlah dengan
muka dia kepalanya kelihatan benjol. Hehe..rasakan. Lelaki sombong, cemuhku
dalam hati.
Ting..lif berbunyi bila tiba tingkat
19. Pintu lif terbuka. Hmm menurut dari sumber-sumber yang boleh aku percayai
bilik pejabatnya di tingkat 30. Tingkat teratas bangunan kami. Kenapa pula dia
berhenti tingkat 19. Ah mungkin dia hendak berjumpa dengan pekerja wanita
cantik yang selalu di ajak keluar bersama. Teman wanita. Hmm aku tidak rasa,
kerana dia selalu kelihatan keluar dengan ramai wanita. Dan setiap wanita yang
keluar dengannya. Lagak seperti kekasihnya. So, aku pun tak tahu yang mana satu
steady girlfriendnya. Aku merasa hairan bila dia mengambil masa agak lama untuk
keluar dari lif bila pintu terbuka. Aku berdehem kuat. Sengaja berbuat demikian.
Bila tiada respond dari Adam, aku melirik ke belakang untuk melihat apa yang
membuatkan dia lambat sangat hendak keluar. Takut dia pengsan ke apa ke? Bukan
kerana aku hendak tengok dia sangat pun. Aku berdiri betul-betul mengadap
butang lif manakala Adam berdiri jauh ke belakang. Lelaki itu menekap dahi
kirinya dengan sapu tangan dan tangan sebelahnya mengangkat briefcase bila
menyedari pintu lif tingkat 19 sudah lama terbuka. Aku mencebik meluat. Baru
terhantuk sikit dah mengong kepala. Mengada. Tapi cologne yang dipakai Matin
membuatkan aku khayal seketika. Harum baunya. Pasti mahal harganya kan. Matin
melangkah keluar bila pintu lif hampir sahaja tertutup kembali. Kali ini dia
sempat menampar birai pintu lif, pintu lif itu terbuka semula sebelum kepalanya
terhantuk buat kali kedua. Aku terdengar dia memaki hamun pintu lif tersebut
walaupun ianya tidak berapa jelas di pendengaran aku. Aku tersenyum meleret.
Nasib baiklah dalam lif ada cctv kalau tidak sudah lama aku buat chicken dance.
To be continue...
Nak mengorat Shah ke apa ke si Matin tu...
ReplyDeletehehe..matin tak mengorat Shah cuma berlagak je
ReplyDelete