Pheww. Nasib aku baik kerana Madam ada
meeting di luar, jadi dia hanya masuk ke pejabat selepas waktu lunch. Hai. Lega
hati aku sekejap. Kalau tidak berdesing juga telinga aku mendengar sindiran
Madam. Aku tidak punya mood untuk membuat kerja sekarang. Curi tulang. Tidak
juga kerana bukan selalu Madam tidak berada di pejabat. Apa salahnya sesekali membuat
benda lain selain kerja. Aku surf internet saja untuk suka-suka. Aku suka
window shopping melalui internet. Di bangunan tempat aku berkerja terdapat ramai
wanita-wanita yang menyandang jawatan executive memakai pakaian, bag dan kasut
bukan sahaja cantik tapi aku percaya barang berjenama. Aku sedar aku tidak mampu untuk membeli barang seperti
mereka. So hanya mampu window shopping di internet sahaja. Kalau di gedung-gedung
mewah seperti Pavilion aku tidak berani hendak masuk. Kalau dapat boyfriend
kaya macam Adam tu, pasti di manjakan dengan barang-barang berharga. Hai..bilalah
aku hendak mendapat boyfriend kaya seperti Adam.
“Hah buat apa tu,” sergah Nadia dari
belakang. Sergahannya itu hampir sahaja membuatkan aku terbalik dari kerusi.
Hissh budak ni kacau daun betulah.
Nadia pupil Madam. Tak sangka boleh
menjadi teman rapatku. Aku ingatkan dia sombong maklumlah anak orang kaya,
cantik pulak tu. Rupanya tidak. Dia peramah dan tidak memilih bulu untuk di
jadikan teman baiknya.
“Ohh window shopping, beli tak nak
asyik tengok aje,” ujar Nadia seraya menarik kerusi berdekatan lalu duduk di
sebelah Era.
“Ewah-ewah senangnya cakap, awak tu
kaya boleh lah beli, kita ni orang sederhana, walaupun mampu beli tapi duit tu
nak di gunakan untuk benda yang lebih perlu dari ini,” ujarku sambil
menunjukkan Nadia kepada bag tangan jenama Coach yang berada di skrin
monitorku.
Nadia tersengih bila di sindir. Era
terlalu straight forward. Kadang-kadang itu hendak sahaja dia membelikan Era satu
bag yang diinginkan, tetapi Era menegah Nadia berbuat demikian. Alasan yang di
berikan dia tidak akan menerima barangan yang harganya semahal itu dari Nadia.
Dia tidak mahu di labelkan teman yang suka mengambil kesempatan.
“Mini skinny tu kan harganya ok,
belilah Era, duit simpan banyak-banyak buat apa,” usik Nadia.
“Hmm kau ingat dah penat-penat kumpul
habis belanja sesuka hati macam tu aje, lainlah kau tak perlu susah-susah
kumpul wang, banker kat rumah ada, aku pulak kena jimat untuk sakit pening,
untuk emergency semua nak kena ingat, aku lebih rela window shopping lainlah
aku dapat boyfriend kaya raya, ah itu lain cerita,” ujarku lalu tersenyum.
Yelah aku ni bukan kedekut tapi sepertimana yang aku katakan tadi duit tak
susah di cari tapi susah untuk di kumpul. Harus punya daya tahan diri untuk
tidak terbelanja benda yang tidak sepatutnya di belanjakan. Ikutkan hati
memanglah aku teringin juga beli benda yang aku tengok-tengok tadi, tapi sayang
hendak membazir duit.
“Alah, hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih, nak kata tak cantik, tak juga, cuma kau tak suka melaburkan duit
untuk diri kau, cubalah pergi salon mahal, ubah sikit gaya rambut kau, ni
cermin mata ni macam tak boleh pakai contact lens, baju ni, tahulah kau tu
wanita melayu terakhir, apa kena pergi office asyik pakai baju kurung ni dan
pakailah make-up awak tu bukan budak sekolah,” bebel Nadia berterusan tidak
ubah seperti makcik kepo.
Sesuka hati dia aje eh komen tentang ketrampilan
aku. Ok apa macam ni, walaupun ada benarnya apa yang dikatakan Nadia, namun
sepertimana yang aku kata tadi aku tidak suka membazir. Make-up bukannya murah,
contact lens aku lebih rela pakai cermin mata yang sudah hampir 3 tahun aku
pakai, baju kurung (baju yang paling jimat kerana aku banyak stok baju raya
tahun-tahun sudah dari hanya disimpan di dalam almari sahaja lebih baik aku
gunakan untuk pergi kerja).
“Kalau dapat boyfriend kayakan bagus
tak payah gunakan duit kumpul aku untuk beli-beli benda-benda tu dan untuk
kelihatan cantik kan,” usikku seraya menjeling ke arah Nadia.
Nadia menjeling bila Era berkata
demikian. Bukan kerana meluat, sudah naik berbuih mulutnya menasihatkan Era
untuk melakukan sesuatu pada dirinya. Tapi Era tidak pernah ambil pusing.
Macamana hendak pancing lelaki kaya kalau keadaannya macam ini sahaja tiada
perubahan. Bukan hendak menghina, Era wanita cantik cuma dia tidak pandai
bergaya dan membuatkan lelaki tidak perasan akan kecantikannya yang sebenar.
“Apa jeling-jeling nanti juling mata tu
baru tahu,” cebikku bila Nadia berbuat demikian. Aku tahu Nadia bosan dengan
keluhan ku yang hampir sama setiap hari.
To be continue...
No comments:
Post a Comment