Saturday, 13 October 2012

Zoom Bangkok Part 2 - Day 1

Alhamdulilah flight tak delay maka perjalanan kami pun berjalan lancar. Dijangka tiba Bangkok jam 10.30 pagi begitu. Selepas keluar persawat kami berkumpul di hadapan arrival hall dan bersama2 menuju ke arah express immigration untuk group kami. Waktu di Singapura 11.30 pagi tapi di Bangkok masih 10.30 pagi. Bangkok lewat sejam dari waktu di Singapura. Jadi kita untung 1 jam. "Sawadeeka"..Hehehe. Lepas collect luggage kami terus menuju ke arah coach yang sedia menanti kami.
 
 
Dalam coach
 
Perjalanan dari airport ke Hotel Centara mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tour guide kami mengatakan bahawa kami adalah group pertama yang tiba di Bangkok dan oleh kerana waktu check in pukul 2 petang berkemungkinan kami tidak akan dapat check in immediately setiba di hotel nanti. Jadi kami terpaksalah park luggage kami di concierge dan teruskan dengan plan untuk pergi jalan2 atau shopping sementara menunggu bilik kami. Setiba di hotel kami semua disambut oleh pekerja hotel dengan senyuman dan di beri minuman percuma fruit punch..haha bestnya tekak aku pun dah macam perigi buta..macam cantik lah dapat basahkan tekak dengan fruit punch yang sejuk..nikmat..ketua group memberitahu bahawa bilik kami sudah sedia dan boleh check in sekarang. Alhamdullilah..apa lagi aku pun heret Mikhail cepat2 menuju ke arah bilik yang di khaskan buat kami..
 
Wow..cantiknya bilik..sampai ke toilet aku petik gambar..hehehe

 



Round bathtub


Rehat2 sekejap..jam 11.30 pagi aku dah janji dengan Nisa dan Naqi hendak keluar jalan sama2..maka bermulalah kegiatan shoppingku untuk hari pertama di Bangkok..hahaha..




Gambar2 dari 23rd floor lobby Hotel Centara..sementara menunggu Nisa dan Naqiyya..plan kami hari ini hendak cover shopping centre Platinum, Siam Centre dan MBK..aku dah compile senarai halal food di setiap shopping area yang kami tuju supaya senang nak cari makan..aku cadangkan pada Nisa dan Naqi untuk World trade shopping centre sahaja untuk lunch pasal dekat sebelah hotel aje..di World trade food centre di tingkat 7 terdapat bistro halal Mrs Balbir. Di bistro tersebut menyediakan makanan dari North Indian. Terdapat biryani dan roti naan. Aku order chicken briyani sementara Mikhail order roti naan bersama butter chicken..sungguhpun aku tidak berapa minat makan briyani..tapi no choice..cerewet nanti lapar pulak..


Sabar menunggu makanan kami tiba


Briyani ayam dia no bad..chicken very tender dan nasi basmatinya wangi dan lembut dan ia juga tidak memuakkan..itu yang penting..Mikhail nya naan dan butter chicken dia sedap..heheh atau memang aku gemar butter chicken sebab tu aku kata sedap..burrpp..alhamdullilah kenyang dah..minyak dah isi so masa untuk SHOPPING...

Zoom Bangkok Part 3

No comments:

Post a Comment