“It’s ok, I’m going out for supper later anyway,” jawab Syairul
selamba seraya berlalu menuju kea rah balcony.
Iesya
memerhati langkah Syairul menuju kearah balcony. Dia dapat merasakan Syairul
cemburu melihat kemesraannya dengan daddynya. Tapi Syairul tidak menghalang
atau menunjukkan bahawa dia tidak puas hati malah dia bertindak selamba
seolah-olah dia tidak kisah.
Syairul duduk
di daybed yang terdapat di balcony lalu menyandarkan badannya melemparkan
pandangannya ke langit. Berjuta bintang kelihatan cantik berkedipan di dada
langit. Syairul mencapai gelas yang berisi orange juice lalu di teguknya
perlahan. Dia memejamkan matanya perlahan untuk berehat seketika. Bunyi loceng
rumah bertalu-talu itu cukup membuatkannya tersentak. Dia mengerutkan dahinya
setahunya hari ini dia tidak punya tetamu selain dari Iesya. Siapa yang datang
malam-malam begini? Syairul bingkas bangun dari sofa. Dari monitor skrin yang
terdapat di sebelah pintunya dia dapat melihat siapa gerangan tetamu yang
datang. Syairul mengeluh kecil bila mendapat tahu siapa tetamu yang tidak di
undang itu. Dia membuka pintu.
“Hi
Syairul,” ujar Maria lalu memeluk Syairul erat. Seperti biasa Syairul tidak
membalas pelukan Maria. Namun dia tidak pernah menghalang Maria berbuat
demikian setiap kali mereka bertemu. Sudah menjadi kebiasaan Maria.
“Oh
hai, macamana you boleh lepas security,” ujar Syairul menyindir lalu meleraikan
pelukan Maria. Dia tidak tahu kenapa Maria ke rumahnya pada waktu-waktu begini.
Maria memang begitu unpredictable. Semakin
di halang semakin tidak makan saman. Syairul sudah penat. Dia malas hendak
melayan karenah Maria.
‘Hai
kenapalah pulak si Maria ni datang rumah, menyusahkan betul lah dia ni’
“I
cakap nak jumpa dengan Tuan Bahrain so dia benarkan, hmm you sorang aje mana
uncle,” ujar Maria tersenyum dengan wajah tidak bersalah. Dia mencari kelibat
uncle Bahrainnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Syairul. Dia tahu unclenya
itu berada di Malaysia. Inilah peluangnya untuk selalu bertandang ke rumah
Syairul, kerana Syairul tidak pernah mengizinkan Maria ke rumahnya. Alasan yang
di berikan takut kena tangkap basah.
“He’s in the kitchen,” jawab Syairul
ringkas menuju kearah balcony.
Maria
menuju kea rah ruang dapur mencari uncle Bahrainnya. Maria suka dengan uncle
Bahrain kerana uncle Bahrain suka melayan karenahnya. Dia baik tidak seperti
anak lelakinya yang tidak berperasaan itu.
“Hi uncle,” ujar Maria matanya melirik
kearah wanita muda yang duduk berhadapan dengan uncle Bahrainnya.
“Oh Hi Maria, come and join us for dinner,”
pelawa Tuan Bahrain ramah dia tidak menyangka anak saudaranya datang
bertandang. Maria anak saudara kesayangannya. Maria selalu di manjakan dengan
hadiah darinya. Bahrain sudah menganggap Maria seperti anak perempuannya. Dia
juga tahu Maria sukakan Syairul. Namun dia tahu Syairul tidak pernah menganggap
Maria lebih dari adik sepupunya.
“Ermm, actually I dah makan, nevermind I nak jumpa Syairul,” ujar
Maria seraya tersenyum sinis. Dia hairan mengapa chef jelita itu makan malam
bersama unclenya dan tidak bersama Syairul. Ini bermakna Syairul tidak berminat
dengan Chef jelita itu. Maria tersenyum lagi bila menyedari peluangnya untuk
memikat hati Syairul masih terbuka.
Iesya
merasa sedikit cemburu bila mengetahui bahawa Syairul mengajak Maria keluar
makan malam bersama. Dia tahu Syairul dan Maria adalah sepupu. Dan Iesya tidak
menafikan Maria juga seorang wanita yang seksi. Tapi kenapa dia merasa cemburu
jika dia tidak pernah menyukai Syairul? Betulkah dia tidak sukakan Syairul?
Kalau betul dia tidak ada perasaan apa-apa terhadap Syairul kenapa dia harus
cemburu pada Maria?
***
Iesya melirik kea rah jam di
pergelangan tangannya. Masa berlalu dengan pantas sedar tak sedar sudah hampir
2 jam dia berada di rumah Syairul. Makan sambil berbual dengan Tuan Bahrain
hingga tidak sedar masa berlalu. Iesya benar-benar enjoyed her dinner with Tuan
Bahrain. Tuan Bahrain seorang host yang baik. Makan malam mereka tidak
membosankan dan interesting kerana Tuan Bahrain banyak menceritakan pengalamannya
ketika dia muda dahulu.
“Thanks for the lovely dinner Sam,” ujar
Iesya lalu tersenyum. Dia tidak menyangka sama sekali Tuan Bahrain begitu peramah
dan pandai memasak. Tidak hairanlah ramai wanita tertarik padanya Walaupun
usianya sudah 65 tahun. He’s caring, matured
and understanding. Sam menceritakan pengalamannya ketika dia muda hinggalah
sekarang. Dia sudah melibatkan diri dalam dunia perhotelan dan resort sejak dia
berusia seawal 25 tahun. Pada awalnya Sam tidak berminat untuk mengikut jejak
ayahnya minatnya ingin menjadi Chef. Dia tidak sampat hati hendak menghampakan permintaan
ayahnya dan terpaksa menurut kehendak ayahnya dan cuba menukar minatnya ke bidang
perhotelan pula. Dia mengenali mummy Syairul yang kebetulan business partner
kepada ayahnya. Iesya dapat merasakan bahawa mummy Syairul bukanlah wanita
pertama yang di cintainya kerana Tuan Bahrain tidak banyak mengulas tentang
mantan isternya itu malah dia banyak menceritakan akan wanita yang membuatkan
dia minat dalam bidang pemasakan. Iesya tidak meminta Tuan Bahrain menceritakan
lebih lanjut mengenai wanita itu. Dan menurut Tuan Bahrain dia menyerahkan
sebahagian dari bisnesnya kepada anak tunggalnya Syairul yang kebetulan turut
berminat untuk meneruskan family businessnya. Syairul lebih cekap dalam
business perhotelan kerana dia creative dan berdedikasi.
“It’s nothing compare to your cooking, I must
try your cooking one day, kalau Syairul cakap you the best, I bet you really a
good chef, I trust my son judgment,” jawab Sam seraya menuang lemon tea
kedalam cawan Iesya.
“Why not, just come over and I will cook
special dish for you,” jawab Iesya seraya tersenyum.
“Thank you my dear,” ujar Sam seraya
tersenyum lagi. Dia memandang raut wajah jelita milik Iesya. Wajah yang pernah menghantui
mimpinya suatu ketika dahulu. Dia tidak pasti samada Iesya ada pertalian darah
dengan wanita yang pernah di cintainya dahulu.
“Why
Sam, kenapa you pandang I macam itu,” ujar Iesya kurang selesa bila dia
mendapati Sam merenung wajahnya lama.
“I’m staring at you, I’m really sorry dear
for my misbehavior, you are too gorgeous not to look at,” puji Sam dan
menyumpah dirinya kerana membiarkan dia hanyut dan mengingati masa silamnya.
Sehingga kini dia masih mencari Salena.
Wajah
Iesya merah merona bila di puji Sam. Walaupun Sam boleh dianggap seperti
bapanya namun orang sehebat Sam turut boleh membuatnya tersipu malu bila
dipuji.
Sam
menarik nafas dan menghembusnya perlahan, mulutnya terasa ringan hendak
bertanya sesuatu kepada Iesya. Dia sedar sepanjang makan malam dia hanya
menceritakan tentang dirinya dan tidak pula dia menyuruh chef muda itu
menceritakan tentang dirinya. Sejak
terpandang wajah Iesya buat pertama kali, kenangan silamnya datang menjengah
tanpa diundang. Walaupun wajah gadis jelita itu sudah dibuang jauh sejak dia
bernikah dengan Farhana ibu kepada Syairul. Namun sejak dia bertemu dengan
Iesya bayangan itu timbul kembali.
bersambung...