Tuesday 17 March 2015

Panic gila!!!








Berpeluh-peluh aku di buatnya bila mendapati cerita yang baru aku reka tidak boleh di buka! Aduh! tekan-tekan tak boleh nak bukak word dokumen. Mula-mula tu ingatkan tak masukkan kabel portable hard disk dengan betul. Aku pun cabut kabelnya dan insert balik. Tapi setelah keluar message 'data error' aku dah start panik gila! Aduh! Aku dah taip cerita tu sampai 100 lebih pages kau. Hilang doc tu hilang semua idea aku. Macam nak nangis pun ada. Camne nak taip balik????? Mana aku ingat apa yang aku sudah taip. Tak apa Lynda..Calm down! Tarik nafas! pujuk hati kecilku. Aku send email to IT helpdesk. Minta tolong ngan budak IT aku kalau dia boleh selamatkan doc aku. Portable hard disk tu baru aje aku beli dan gunakan tak sampai setahun dah buat masalah. Asyik-asyik pc aku tak recognise. Aku pulak tak teringat hendak buat back-up. Hissh!! Problem kalau tak ada buat back-up.
 
Sementara menunggu budak IT datang aku selongkar laci kat pejabat kot-kot aku ada thumb drive personal yang aku kadang-kadang saved doc aku tu. Sambil insert kat USB PC aku tu, aku baca bismillah berkali-kali moga-moga ada doc itu aku saved kat Thumb drive.
 
Ok aku nampak folder 'Half done' aku kat dalam thumb drive aku. Dengan penuh debaran aku membuka folder itu berharap cerita 'Oh My Butler!' aku ada tersimpan di dalam. What!!!!! Tak ada!!!! Oh No!!!
 
Sedih aku bila mengenangkan 'OMB' tu memang tak dapat diselamatkan bila Kelvin budak IT tu kata doc itu dah corrupted. Haizz sedih amat! Tak pe lah dah tak da nak di apakan. Terpaksalah aku buat semula. Bila aku nak log out dari thumb drive tu aku tengok doc-doc yang aku saved luar dari folder. Betul ke apa yang aku lihat ni???? Syukur..Alhamdullilah!! diantara doc-doc kat luar itu ada cerita OMB. Walaupun size doc itu 103kb. OMB yang asal 111kb tak banyak beza dengan yang latest. At least ada. Yay!! Alhamdullilah..Happy sesangat!! So aku saved kat thumb drive dengan portable hard disk aku yang baru. Lesson learn..nak saved kat semua tempat jadi ada back-up. Hehe.








 
 
 

2 comments:

  1. sis buat i pun panic..OMG! alhamdulillah.. updatee slalu ye.. i setia mnunggu karya mu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah..panik sekejap bila tak bole open doc..nasib baik ada..kalau tak huhuhu..terima kasih Syira kerana masih setia dengan sis..

      Delete