Gembira sungguh hati Datin Asmah sebaik sahaja
mendapat berita bahawa Farah bersetuju dijodohkan dengan anak tunggalnya. Datin
Asmah sudah memasang angan-angan moga-moga Haiqal tidak hampa dengan
pilihannya. Susah
payah Rokiah meminta gambar Farah dari kakaknya Hendon tempoh hari. Nampaknya
Abg Hamdan dan kakak Hendonnya setuju dengan pilihan Rokiah. Datin Asmah turut
hadir bersama Rokiah ke rumah kakanya menyampaikan hajatnya hendak bermenantukan
Farah. Dia cukup berkenan dengan Farah. Ini merungsingkan Hendon kerana Datin
Asmah belum mengetahui perangai sebenar anaknya itu. Nakalnya bukan main.
Takut-takut kalau anak Datin Asmah tidak sesuai dengan Farah.
“Eh
kak, Farah tak ada lagi ke gambar yang terbaru,”ujar Rokiah bila dilihat dalam
album, tiada gambar Farah yang terbaru.
“Lah
kau ni macamlah kau tak tahu si Farah tu tak suka bergambar, kalau gambar masa
dia kecik, melambak ler,” Hendon masak benar dengan perangai Farah bila orang
ajak bergambar mesti dia menghilangkan diri. Kata dia tak photogenic lah,
itulah, inilah banyak sangat alasannya.
Rokiah
mengelengkan kepalanya, pelik dengan perangai anak sedaranya yang satu ni.
Datin Asmah hanya tersenyum mendengar komen Puan Hendon.
Rokiah
tidak puas hati dengan gambar yang ada dalam album dia menuju ke bilik Farah.
Frame disebelah meja sisinya diambil.
“Hah
ini baru clear,”ujarnya sambil tersenyum meleret.
“Dapat
gambar Farah,”
“Dapat
Kak, Rokiah ambil dari frame, dia perasan tak kak, cuma ni aje yang bagus yang
lainnya tak,” Rokiah mengeluarkan gambar dari frame. Gambar Farah digantikan
dengan gambar yang diambilnya dari album.
“Datin,
saya harap anak Datin menerima Farah, saya bukannya apa cuma risaukan
perangainya yang macam budak-budak takut anak Datin tak terlayan,”
“Tak
payahlah berdatin-datin dengan saya kak, kita dah nak jadi keluarga tak lama
lagi, tak perlulah kakak risau,” pujuk Datin Asmah. Rokiah sudah memberitahunya
awal-awal lagi tentang Farah. Dia tahu Farah ceria orangnya suka bergurau dan
mengusik. Tak jauh perangai Farah dengan anaknya. Kedua-duanya suka mengusik
cuma semenjak suaminya meninggal Haiqal kurang ceria seperti selalu.
“Oh
ye kak ini ada gambar anak bujang saya,” Datin Asmah menyerah sekeping envelope
berwarna biru kepada Puan Hendon. Puan Hendon menyambut.
Puan
Hendon agak terperanjat bila di lihatnya anak Datin Asmah jauh lebih segak dan
tampan tidak sepertimana yang dia bayangkan. Kalau beginilah rupa bakal
menantunya, lagilah dia risau kerana anak daranya itu tidak suka bergaya sangat
manalah padan dengan Haiqal yang sentiasa kelihatan segak.
“Kenapa
kak, ada apa yang tak kena ke,”soal Datin Asmah bila dilihatnya Puan Hendon
agak lama merenung gambar anak bujangnya.
“Kenapa
cik Asmah tak cari pasangan yang sesuai untuk anak cik Asmah, boleh ke Haiqal
menerima Farah yang perangai jauh berbeza dengannya, anak dara saya tu lain
sikit cik Asmah,”
“Eh
kak apa kurangnya si Farah tu dia kan cantik cuma dia tu malas
nak menghias diri katanya nak nampak natural,”celah Rokiah lalu tersenyum.
bersambung....
No comments:
Post a Comment