Friday, 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 7


               Datin Asmah semakin pening memikirkannya. Masuk ni sudah lima calon yang ditemuinya. Namun tak satu pun menepati citarasa anaknya. Maksud Datin Asmah bukan Karl tidak berminat tapi Karl sudah tetapkan syaratnya. Dia sukakan wanita yang sederhana dan bertanggungjawab. Sejauh ini calon yang ditemuinya ramai yang pentingkan kerjaya dan dominant. Ia bertentangan dengan syarat Karl. Tiba-tiba Datin Asmah teringatkan Farah anak sedara Rokiah. Farah manis dan sopan orangnya. Tapi dia tidak pasti samada anak sedara Rokiah itu sudah berpunya ataupun tidak. Semasa dia berada di rumah Kiah itu hari terlupa terus dia hendak bertanya pada Rokiah kerana sibuk memilih.

 

            “Apa ibu menungkan sampai Karl duduk disebelah ibu, ibu tak perasan,”tegur Karl. Hampir 5 minit dia duduk bersebelahan dengan ibunya sejak pulang dari pejabat. Tak sempat-sempat tukar pakaian terus duduk di sisi ibunya. Bukan apa dah lama tak menonton bersama ibunya.

 

            “Eh Karl dah lama balik ke,” jawab Datin Asmah tak sedar yang dia mengelamun jauh hinggakan tak perasan anak bujangnya ada duduk di sebelah.

 

            “Baru balik, ibu tak sihat ke,” spontan Haiqal meletakkan telapak tangannya di dahi ibunya.

 

            Ibunya sekadar tersenyum melihat keprihatinan anak bujangnya. Walaupun dia sentiasa sibuk dengan urusan pekerjaannya. Kebajikan Ibunya tetap diambil perhatian.

 

            Haiqal melonggarkan tali leher yang sedari tadi menjerut lehernya. Jaket dan briefcasenya di letak di atas sofa.

 

            “Karl ibu nak tanya sesuatu, Karl betul tak kisah dengan pilihan ibu,” sudah lama dia memikirkan dan sudah penat dia mendesak Rokiah untuk mencari calon-calon baru yang sesuai. Namun tak berhasil juga. Tidak satu pun yang Datin Asmah berkenan. Tapi tatkala mengingatkan Farah anak sedara Rokiah. Hatinya terus berkenan dengannya.

 

            Haiqal tersenyum mengerti mengapa ibunya mengelamun jauh, rupa-rupanya risau memilih calon menantu.

 

            “Ibu janganlah fikirkan sangat tentang tu, nanti kesihatan ibu terganggu,” pujuk Karl. Dia tidak mahu kesihatan ibunya terganggu akibat terlalu banyak memikirkan yang bukan-bukan.

 

            “Tak Karl, ibu nak tahu, ibu sudah ada calon sesuai untuk Karl tapi ibu takut Karl tidak setuju bila ibu memilih,” terang Datin Asmah. Dia tidak mahu perbuataannya itu membuatkan Karl merasa terpaksa. Kalau boleh dia hendak Karl mencari calon isterinya sendiri. Tapi Karl tidak mahu.

 

            “Karl percaya pilihan ibu tidak akan mengecewakan Karl, Karl percaya ibu akan pilih menantu yang terbaik untuk Karl,” pujuk Karl lagi sambil memeluk ibunya erat.

 

            “Karl ni manjalah, kalau ada isteri macamana agaknya,” Datin Asmah mengusik.

 

            “Issh kalau ada isteri lagilah Karl manja,” jawab Karl tersengih.
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment