Mana pulak
perginya Memorandum Appearance yang Puan Lela pass kat aku. Hissh pening
dibuatnya. Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Aku mengangkat fail-fail yang
menimbun di atas meja mencari document yang telah ku siapkan semalam.
“Hah
apa yang tergaru-garu macam beruk tu hah,” suara yang tidak ingin didengar
menegurku.
“Sibuk
pasal, kalau nak tolong tak pe jugak,” rungutku. Bukan nak tolong, kenakan
orang lagi ada. Dahlah aku hendak kena pergi Sub Court nak
filekan Memorandum Appearance. Kalau tidak mahu sebakul aku dimarah Puan Lela sebab
tidak menfail kan dokumen tersebut sebelum deadlinenya.
Aku
memandang mejaku yang penuh sarat dengan file-file yang banyak kerja
outstanding. Beginilah keadaan kalau bekerja di pejabat guaman. Lebih-lebih
lagi kalau boss sole-proprietor, semua setiausaha nak kena buat. Baik dari segi
mendraft surat
hinggalah mendraft dokumen. Ikutkan peguam kena buat semua itu kerana mereka
yang mendapat sijil kelulusan ijazah. Kalau semua setiausaha kena buat, ini
sudah terbalik. Siapa bos siapa setiausaha ngomelku dalam hati.
“Farah
ada call,”
“Cik
Farah ada call, dah pekak pulak budak ni,”jerit abang Haron bila aku tidak
dengar Ayu memanggilku.
“Amboi
sedapnya cakap tak sayang mulut ke,” jawabku sambil merengus geram. Abg Haron
ku jeling dengan jelingan tajam.
“Hello,”
jawabku tercungap-cungap kerana terpaksa berlari ke meja Ayu untuk menyambut
panggilan.
“Apa
hal yang kecoh sangat, macam pasar malam pulak,”
“Lah
mak ucu, ingatkan siapa tadi, ni ha bujang trang tang tang ni sibuk aje nak
cari pasal dengan Farah,”ujarku lalu mengejek abg Haron. Abg Haron menjeling
bila ku sebut bujang trang tang tang.
“Hah
apa hal, Farhan tak balik lagi, nak suruh perambat lagi ke,”soalku
bertubi-tubi. Sengaja hendak mengusik mak ucu. Farhan satu-satunya anak mak ucu
baru berusia 10 tahun selalu juga aku menakut-nakutkan mak ucu menceritakan
perihal anak-anak sekarang yang tidak kira umur baligh atau tidak sudah berani
melanggar undang-undang. Sedikit sebanyak membuatkan mak ucu risau.
“Memandai
aje kau ni,”
Aku
mengekek kecil kerana berjaya mengusik mak ucu.
“Ucu
nak tanya kau tu dah ada teman lelaki,” soal mak ucu straight to the point. Dia
malas nak berkias-kias dengan Farah.
“Soalan
cepu emas, hmm teman lelaki tak ada kalau teman wanita tu ramailah, apa mak ucu
nak calon lelaki pulak ke, Farah ada satu kat office tapi bujang trang tang
tang ler umur 42 tahun boleh? Jawabku sambil berseloroh. Abg Haron memandangku
dengan pandangan tajam. Ikutkan hati memang dia nak piat telinga Farah saat dan
ketika itu juga kerana mempersendakannya. Ayu dihadapanku tidak dapat menahan
tawa. Memang abg Haron tu masih single, entah apa yang dinantikan pun tak tahu.
Jangan-jangan tak minat pada wanita tak? Macam Rupert Everett, tapi Rupert
Everett handsome gila.
“Farah,
ucu serius lah, ada orang berkenan kat kau ni, sebab tu mak ucu tanya kau,”
Ketawaku
masih bersisa. “Apalah mak ucu tak ada anak dara lain ke yang mak ucu boleh
kenalkan, anak dara koleksi mak ucu dah kehabisan stok ke,” Gelihati benar aku
mendengarnya.
Terdengar
keluhan mak ucu bila semua perkara dianggap lucu bagi Farah.
Aku
terdiam seketika. Hmm mak ucu kata ada orang berkenan kat aku, siapa eh? Best
jugak kan
ada secret admirer ni, lagipun aku masih sendiri tidak punya teman, manalah
tahu kalau-kalau nasibku baik mendapat calon suami yang berketurunan yang baik
tak macam Izwan si pelesit tu.
“Siapa
cik,”
Rokiah
tersenyum mendengar jawapan dari Farah. Nampaknya Farah berminat. Bukan dia
tidak tahu tentang anak saudaranya itu. Kakaknya Hendon selalu mengadu tentang
anak daranya yang masih sendiri sedangkan umurnya meningkat dari tahun ke
tahun.
“Adalah
kawan mak ucu yang sedang mencari calon menantu buat anak tunggalnya, mereka
dari keturunan yang baik,”
“Alah
tak kan
itu aje yang mak ucu tahu, boleh ke cik, dia tahu tak perangai Farah yang
brutal ni takut tak sepadan plak nanti,” Aku tersenyum nakal. Hehe..ada orang
berkenan kat aku. Macam tak percaya pulak kan , tak sangka aku yang brutal
ni ada juga yang sudi jadikan aku calon menantu.
“Macamana
kau setuju ke tidak,”soal Rokiah tak sabar rasanya hendak memberitahu temannya
tentang persetujuan Farah. Lagipun Rokiah tidak keberatan sekiranya anak Datin
Asmah dipadankan dengan Farah. Kakaknya pun sudah berpesan sekiranya anak
daranya susah sangat nak bertemu dengan jodoh. Rokiah diberi kebenaran untuk
mencarikan calon menantu yang sesuai buat Farah. Hendon memang tahu Rokiah
ramai kenalan.
“Ok,
tapi kalau Farah tak berkenan mak ucu jangan salahkan Farah pula,” aku
tersenyum nakal. Thrill betul. Lagipun apa salahnya aku menerimanya lagipun mak
ucu pandai nak memainkan peranannya. Tak kan dia nak sia-siakan hidup
aku.
No comments:
Post a Comment