Farah menghirup teh susu yang baru dibancuhnya di
pantry tadi dengan berhati-hati. Pagi Isnin, hari yang benar-benar membosankan.
Deringan telefon yang nyaring cukup membuatkan Farah terkejut. Dan akibat
terkejut lidahnya melecur dek terkena teh panas. Farah mendengus marah. Manusia
mana pula yang call awal-awal isnin ni. Hendak tak hendak terpaksa dia
menjawabnya.
“Hello,”
“Hello,
Farah selamat pagi sayang,” ujar seseorang. Seseorang yang amat dikenalinya dan
kesilapan yang besar yang pernah dilakukan kerana pernah menyayangi lelaki
tersebut suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Farah tidak tahu kenapa
mesti dia menelefonnya selalu walhal Farah sudah jelaskan padanya bahawa mereka
sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kalau dah dasar lelaki tak tahu malu memang
tak reti bahasa.
“Best
tak your weekend, I rindu you lah sayang, you tak rindukan I ke,”ujar lelaki
yang bernama Izwan.
Farah
merasa jengkel bila setiap kali dia menyebut perkataan sayang. Meluat benar dia
dengan lelaki itu.
“Issh
best sungguh, tak nak balik kerja rasanya,”
“Ye
ke, seronok benar Iz dengar, Farah dah ada teman baru ke,”soal Iz curiga kerana
Farah tidak pernah seceria begini sewaktu bersamanya dahulu.
Kalau
ada pun apa kau nak sibuk. Aku bukan teman wanita kau. Pergilah jaga isteri dan
anak kau kat rumah. Sibuk tanya pasal orang. Dasar jantan tak guna. Aku sendiri
tidak percaya kerana diperbodoh-bodohkan olehnya. Senang-senang aje dia
menipuku bulat-bulat mengatakan dia belum beristeri.
“Oklah,
I rasa you tak perlulah ambil berat tentang diri I lagi Iz, please jangan call
I lagi, nama you sudah lama luput dalam diary hidup I, so tolong jangan call I
lagi,”ujarku tegas. Mendengar suaranya membuatkan hatiku terbakar. Sengaja dia
hendak cari pasal denganku.
“Please
ok, stop, bye,”ujarku lalu meletak gagang telefon.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment