Friday, 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 12


              “Salam Namaste…Salam Namaste,” aku bernyanyi riang. Berangan bahawa aku ‘Pretti Zinta’ heroin dalam cerita Hindustan yang baru ku tonton di pawagam bersama Alia.

 

            “Wah happy semacam aje ada apa-apa ke,” soal Alia bila dilihatnya Farah gembira semacam. Sikit-sikit menyanyi lagu Hindustan dari filem yang di tonton tadi.

 

            “Lah, happy salah tak happy pun salah, rilek lah kau tu dah nak kawin dalam masa 2 bulan asyik monyok aje kenapa,” aku mengusik bila melihat Alia monyok aje sejak keluar panggung. Tak ceria langsung. Bukan selalu aku dapat keluar bersama dengannya. Kerana sesekali bila aku cuti panjang aku pulang ke kampung menjenguk mak dan abah.

 

            “Sofian tak call aku tadi,” ujarnya perlahan.

 

            Alah pasal tunang tak call risau semacam ingatkan apa tadi. Tengok macam aku ni bakal suami tak kenal. Dia buat tak tahu, aku pun buat tak tahu tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Aku buat happy begini pun tak nak stress memikirkannya.

 

            “Eleh kau ni setakat tak telefon hari ni risau macam apa, malam nanti dia call lah, jom pergi makan aku dah lapar gila ni,” aku menarik lengan Alia menuju ke arah Mcdonald.

 

            Issh, ramainya orang ni yang malas nak beratur. Aku menjengok ke arah Alia. Alia masing termenung. Apalah minah sorang ni minah jiwang betul. Dah kira untung tu sempat bercinta lalu bertunang. Aku ni nak kata bercinta hampeh terus bertunang. Tak menyempat nak rindu-rindu pasal rupa tunang sendiri pun aku tidak tahu. Tempoh hari Mak Ucu ada memberi aku envelope biru. Katanya ada gambar abg Haiqal. Lupa lak nak intro. Abang Haiqal tu lah tunang aku. Mak ucu bagi name kad dia kat aku. Tapi nama yang tertera kat kad bukan nama penuhnya nama timangan “Karl”. Glamer gitu, apa aku ni tunang dengan mat saleh ke? Tapi aku tak hendak tengok. Bukan jual mahal, tapi entahlah takut kalau aku tak berkenan aku berubah hati pulak. Lagipun aku nak buatkan mak, abah happy tak nak buat mereka risau. Heheh anak mithali aku ni. Tapi itu bukan perkara yang sebenarnya aku tak hendak tengok gambar abg Haiqal, tapi sejak bila bertemu dengan cik Asmah. Ya, Cik Asmah bakal ibu mertuaku. Sayang sungguh dia dengan aku. Aku pulak bila berdepan dengannya secara automatik jadi gadis yang sopan serba serbi. Berkali-kali dia meminta maaf denganku bila menerangkan keadaan yang sebenar. Katanya Haiqal hanya mahu mengenaliku semasa kami berdua di ijab kabulkan. Fuhh..berat tu bunyinya..Itu yang membuatkan aku bertambah stress. Kalaulah aku tahu itu syaratnya dah lama aku reject. Bukan apa aku ni bukan nya boleh bersabar sampai ke tahap itu. Melampau betul abg Haiqal ni sengaja hendak uji kesabaran aku. So Cik Asmah terangkan padaku bahawa Abg Karl tidak akan tengok gambar aku yang diberi oleh Mak ucu. Ego semacam. Tak apa dia belum kenal sapa Farah. Kalau dia nak buat macam tu, aku lebih-lebih lagi sahut cabarannya. Hehe..begitulah terrornya aku ni. Balik aje rumah aku terus bakar envelope yang ada gambar abg Haiqal pasal aku tak nak langgar janji. Cuma name kad dia aje yang aku simpan.

 

            “Opocot,” ujarku bila badanku terasa sejuk dek tersiram air coke. Aku menoleh kearah orang yang bertanggungjawab menyiram ku dengan air coke.

 

            “Oppss..sorry, I’m really sorry,” ujar pemuda yang melanggar ku tadi. Tangannya segera  menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sapu tangan jenama “Hugo Boss” dan menyerahkannya kepadaku. Aku mengambil sapu tangannya lalu mengesat kesan tumpahan air coke di bajuku.

 

            “Maaf ye saudari, saya tak sengaja,” ujarnya lagi meminta maaf bila aku menyerahkan kembali sapu tangannya sudah bertukar berwana coklat.




            Aku tidak bersuara sebaliknya aku terpegun melihat wajah tampannya.

 

            “Are you ok, are you still angry with me?,” tegurnya lagi bila aku tidak bersuara tapi sebaliknya merenungnya.

 

            “Ok, lain kali jangan siram air kat orang, saya mandi tau hari ni,” jawabku selamba lalu meninggalkannya terpinga-pinga di situ. Hehe..aku tak sanggup diri situ lama-lama. Tak pasal-pasal aje aku tak boleh tidur malam nanti. Hendak saja aku call Cik Asmah beritahu padanya bahawa aku nak kansel pertunangan kami bila terpandang wajah pemuda tadi. Handsome maut.

 

            “Lah dah kenapa dengan kau ni Farah, baju kau habis kotor, kau bergelut dengan air coke ke tadi,” Alia ketawa gelihati bila melihatkan blouse ku yang tadi berwarna putih dah bertukar coklat.

 

            “Bergelut apanya, tadi ada mamat langgar aku dengan air cokenya,”

 

            “Abis kau tak marah dia ke, suruhlah dia bayar ganti rugi,”

 

            “Tak, aku tak marah dia pun,”

 

            Alia merasa pelik, selalunya Farah akan melenting. Tapi tidak pula kali ni.

 

            “Kenapa,”

 

            “Pasal nasib baik muka dia macam Shahrukh Khan versi melayu, kalau tak dah lama aku suruh dia ganti,” jawabku lalu tersenyum. Alia mengelengkan kepalanya. Farah memang gila Hindustan. Kalau Shahrukh Khan berlakon. Mati-mati dia mengajak Alia menemaninya.

 

            “Eh sekarang pukul berapa, alamak macam mana boleh terlupa ni,” Aku menepuk dahi. Terlupa bahawa Haiqal ada call mak dan memberitahu kami dia hendak datang pukul 2.30 petang. Haha ini mesti kes kena paksa dengan ibunya. Padan muka dia. Sebab itu yang aku balik kampong. Pasal mak dah call dan pesan berkali-kali agar aku jangan lupa balik kampong minggu ni. Aku pulak kalau dah balik kampong dan dah bertemu dengan Alia memang lupa semua.

 

            “Pukul 5.30, kenapa,”

 

            Aku menyeluk poket seluar. Alamak..lupa pulak bawa handphone.

 

            “Alia, pinjam handphone sekejap,” Habislah plan aku kali ni. Minta-minta sempatlah.

 

            Alia menyerahkan handphonenya. Aku mula mendial nombor rumah.

 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment