Hari yang dinanti telah
pun tiba. Rumah Puan Hasnah di hias indah untuk majlis perkahwinan anak
bongsunya Amirul. Ramai tetamu dan saudara mara dari jauh dan dekat datang
berkunjung. Amirul kelihatan segak bila mengenakan baju melayu cekak musang
berwarna cream serta samping songket berwarna hitam keemasan. Manakala Affendy
selaku pengapit pengantin mengenakan baju melayu cekak musang berwarna coklat
cair. Kedua-dua anak Puan Hasnah kelihatan tampan pada hari itu. Mereka sudah
bersiap untuk ke rumah Anisha untuk upacara akad nikah. Affendy sedar sebaik
sahaja majlis Amirul hari ini dia akan berangkat ke Australia
keesokan harinya. Dia sudah berjanji kepada Amirul bahawa dia akan berada di
sini sehingga majlisnya selesai.
“Are you ok,” ujar Dr.
Azman seraya menepuk bahunya bila dilihatnya Affendy seakan berkhayal
seolah-olah jasadnya sahaja berada di sini manakala fikirannya melayang jauh
entah ke mana.
“I’m ok cuma penat
sikit,” dalih Affendy. Affendy cuba
menyembunyikan perasaan sedihnya. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur dengan
lena bila mengenangkan dia terpaksa melupakan Anisha dan terpaksa meninggalkan
mamanya untuk seketika untuk mengubati hatinya yang lara.
Dr. Azman mengeluh kecil dia sedar akan dilemma yang melanda diri Affendy. Dia
terpaksa melanggar janji. Yang lainnya dia serahkan kepada Allah.
“Mana pengantin lelakinya,” ujar Tuk Kadi bila hampir 15 minit bayang
pengantin lelaki tidak kelihatan.
Affendy tersentak bila menyedari bahawa Amirul tidak kelihatan duduk di
sebelahnya. Affendy mendial telefonnya untuk menghubungi Amirul. Dia
mengelengkan kepalanya Affendy kurang faham dengan perangai Amirul yang nakal
dan suka bergurau. Affendy mengeluh bila mendapati telefon bimbitnya di
matikan.
“Affendy,” bergema ruang tamu rumah Dr. Azman bila terdengar suara Amirul
menjerit memanggil nama Affendy. Semua tetamu yang hadir menoleh kea rah Amirul
yang kelihatan marah. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
“Kenapa ni Amirul, kenapa macam ni,” ujar Puan Hasnah dia terperanjat
melihat keadaan Amirul yang tidak lagi memakai samping dan songkoknya entah
kemana.
“Kenapa Amirul macam ini, mama tanya pada Affendy sendiri,” ujar Amirul
tanpa menoleh ke arah mamanya. Nada suaranya masih seperti tadi.
“Kenapa Affendy, apa maksud Amirul,” ujar Puan Hasnah seakan merayu.
Affendy hanya mendiamkan diri. Lidahnya terasa kelu untuk berbicara.
“Selama ini Rul menganggap dia sebagai abang yang Rul sanjungi dan hormati,
Rul sama sekali tidak menyangka bahawa abang Affendy sanggup merampas
kebahagiaan Amirul,” ujar Amirul marah.
“Abg Amirul, kenapa tuduh abg Affendy begitu, berilah peluang untuknya
membela diri,” celah Aina bila dirasakan Amirul tidak memberi peluang untuk
Affendy untuk berkata apa.
Affendy masih lagi mendiamkan diri.
Anisha tersentak bila terdengar akan kekecohan di ruang tamunya. Tetamu
yang berada di biliknya menjenguk keluar.
“Kenapa Aina,?” soal Anisha bila dilihatnya Aina kelihatan agak cemas.
“Abang Amirul mengamuk,” ujar Aina seraya menarik lengan Anisha.
Anisha berlari ke ruang tamu dan agak terperanjat melihat keadaan Amirul.
“Saya dapat merasakan bahawa sejak Affendy berada di rumah Anisha sudah
berubah ini semua kerana Affendy, dia cuba merampas Anisha daripada Rul, ya
Anisha memang milik Mirul selepas ini tapi hatinya untuk Fendy”
“Cukup Rul,” jerit Anisha
airmatanya mengalir laju. Dia tidak sanggup mendengar cacian yang dilemparkan
keatas diri Affendy.
“Ya benar, Affendylah
yang memberi sinar hidup dalam diri Nisa. Sebelum ini Nisa hidup dalam
kegelapan dan Affendy yang memberi Nisa penglihatan supaya Nisa dapat menikmati
keindahan alam ciptaan tuhan. Orang yang Rul caci dan hina itu sanggup
mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Amirul dan untuk pengetahuan Amirul cinta
dan hati Anisha hanya milik Affendy selamanya,” ujar Anisha air matanya
mengalir laju. Dia tidak lagi fikirkan tentang perjanjiannya dengan Affendy.
Biarlah semua tahu akan perkara yang sebenar tak sanggup rasanya dia membiarkan
Affendy terus dihukum dan dipersalahkan.
Amirul terdiam sebaik
sahaja mendengar penjelasan jujur dari Anisha. Dia menghampiri Dr. Azman yang
juga terperanjat dengan tindakannya.
“Bukankah saya sudah
katakan bahawa kebenaran itu akan terbongkar jua akhirnya,” ujar Amirul seraya
menepuk bahu Dr. Azman perlahan.
Affendy dan Anisha
tersentak bila Amirul berkata demikian.
“Nisa, Mirul buat Nisa
menangis hari ini supaya Anisha dapat gembira di kemudian hari, bukankah Amirul
sudah berjanji akan membuatkan Anisha gembira dan tidak lagi bermuram,” ujar
Amirul seraya tersenyum. Tetamu yang hadir berpandangan sesama sendiri kurang
faham dengan maksud Amirul.
“Abang Fendy, abang yang
Amirul kagumi dan sayangi, kenapa mesti berkorban kasih untuk Amirul, jika
abang memberitahu perkara yang sebenar awal lagi Amirul tak akan menghalang dan
perkara ini tak akan berlaku. Abang lupakah bahawa kebahagiaan Amirul adalah
untuk melihat abangnya bahagia,” ujar Amirul seraya menepuk bahu Affendy.
Affendy terkedu bila Amirul berkata demikian. Sesungguhnya dia tidak menyangka
bahawa Amirul dapat mengetahui hubungannya dengan Anisha walaupun dia cuba
menyembunyikannya dari pengetahuan Amirul. Apa yang menjadi tanda persoalannya
siapakah yang bertanggungjawab memberitahu mengenai ini semua kepada Amirul.
“Tuk kadi, pengantinnya
memang dah ada dari tadi, jadi nikahkan mereka cepat,” ujar Amirul seraya
berseloroh. Amirul memeluk Affendy erat sebelum menyerahkan abangnya kepada tuk
kadi.
“Rul,” tegur Affendy. Dia
kelihatan serba salah. Bagaimana Amirul mengetahuinya semuanya.
“No more argument,” jawab
Amirul seraya tersenyum. Dia tahu Affendy mahu mengatakan sesuatu.
“Mama kagum dengan
pendirian Amirul,” bisik Puan Hasnah sayu. Dia memeluk Amirul erat. Amirul
membalas pelukan mamanya seraya menyeka air mata mamanya yang masih bersisa.
Tiada apa yang dapat membahagiakan dirinya selain melihat dan berdoa
kebahagiaan dan kesejahteraan Anisha dan Affendy.
The end.
Akhir ada juga endingnya terima kasih kak.
ReplyDeleteMcm mana amirul boleh tahu? Sambung la sikit lg
ReplyDeleteAmirul dapat tahu dari Dr. Azman sebab dia perasan ada sesuatu yang tidak kena pada Anisha dan Affendy. Setelah di desak Amirul. Dr. Azman terpaksa melanggar janji kerana Amirul meminta dia berterus terang.
Delete