Friday, 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 14


            Haiqal tersenyum sendiri bila menyedari bahawa dirinya kini tunangan orang. Ibunya tak putus-putus memuji bakal menantunya. Bahawa Farah cantiklah, ayulah dan macam-macam lagi. Haiqal seronok mendengar celoteh ibunya sejak majlis pertunangannya tempoh hari. Pada awalnya Haiqal tidak mahu ambil tahu tentang hal itu. Padanya yang penting semuanya berjalan dengan lancar sepertimana yang telah di atur oleh ibunya. Haiqal hanya ingin menunaikan hasrat ibunya supaya cepat mendirikan rumahtangga. Tapi sejak dia pulang dari kampung Farah. Hatinya terpaut dengan layanan mesra yang diberikan oleh keluarga Farah. Mak dan abah Farah peramah begitu juga abg sepupunya Taufiq. Sehingga kini dia tidak dapat membayangkan bagaimana rupa Farah kerana dalam albumnya penuh dengan gambarnya semasa kecil. Farah ‘cute’ dan nakal. Itulah yang selalu Taufiq katakan padanya. Gambar Farah yang pernah ibunya berikan kepadanya dahulu dia tidak ingat dimana dia menyimpannya. Cantikkah dia? Ayukah dia? Cepat-cepat Haiqal membuang jauh apa yang di fikirkan tadi. Dia akan menerima Farah seada-adanya.

 

            Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menghubungi Farah. Ibunya tidak berputus asa berpesan pada Haiqal agar berkenalan dengan Farah kerana Haiqal tidak pernah menghubungi Farah langsung. Farah juga tidak menghubunginya. Mungkinkah Farah merajuk dengannya kerana diberi layanan sebegini.

 

            Haiqal mencapai gagang telefon lalu mendial nombor pejabat Farah.

 

            “Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Farah,” ujar Karl sebaik sahaja telefon di jawab.

 

            “Walaikumsalam, saya Farah boleh tahu siapa di sana,” Alahai lembut suara Farah ketika menjawab telefon. Lemah jantungnya mendengar suara merdu Farah.
 
 

            “Ini Haiqal bercakap,” jawab Haiqal ringkas. Dia ingin mendengar reaksi Farah bila namanya disebut.

 

            “Haiqal, Haiqal yang mana, saya tak kenal lah,”

 

            Aku berfikir sejenak cuba mengingati nama-nama court clerk yang kukenali.

 

            “Sudahlah abg Johan, jangan nak kenakan orang, konon nak buat suara macho, blahlah mana document orang dah keluar dari Court belum,” eleh macamlah aku tak tahu kelentong abg Johan. Dia tu suka mengenakan aku. Ini mesti salah satu tricknya. Tapi boleh tahan juga suara yang abg Johan buat-buat ni, bisa cair siapa yang mendengarnya.

 

            “Johan, siapa Johan, ini Haiqal,” jawab Haiqal kurang mengerti. Tapi nak tergelak juga dia bila mendengar suara ceria Farah ‘cute’.

 

            Lah siapalah pulak ni, agaknya kawan Ayu. Si Ayu ni ramai kenalan lelaki macam-macam nama pelik yang aku dengar bila dia bertonyeh kat telefon. Dah tu tahu takut nak bagi number telefon office sendiri. Sudahnya aku jadi operator tak bergaji bila dia memberi number telefon officeku.

 

            “Nak cakap dengan Ayu ke, sekejap ye,”

 

            “Farah-,” Haiqal mengeluh belum sempat dia kenalkan dirinya. Farah sudah put on hold.

 

            “Ayu ni boyfriend kau yang mana satu namanya Haiqal nak cakap dengan kau,” Sangkanya Farah put on hold tapi Farah tidak menyedari dia tertekan butang speaker. Maka Haiqal dapat mendengar Farah memanggil temannya yang bernama Ayu. Haiqal mengaru kepalanya yang tidak gatal. Wah tak sangka, temannya Ayu tu ramai teman lelaki. Haiqal tersengeh. Zaman sekarang sudah canggih. Bukan lelaki sahaja yang boleh mempunyai ramai teman wanita tapi wanita juga boleh. Harap-harap Farah tidak tergolong dalam wanita yang punya koleksi ramai teman lelaki.

 

            “Siapa Haiqal?,” Ayu mengerutkan keningnya seperti Farah cuba mengingati samada dia pernah berkenalan dengan lelaki bernama Haiqal. Ayu mengelengkan kepalanya berkali-kali. Dia pasti dia tidak ada kenalan bernama Haiqal.

 

            “Kau jangan main-main Ayu cepatlah dia nak cakap dengan kaulah,” leceh betul lah minah ni aku dah lah stress order of court belum keluar. Ingatkan tadi si abg Johan call.

 

            Ayu mengeleng keras. Sungguh dia tidak kenal. Lagipun dia tidak ada mood hendak layan lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya hari ini.

 

            “Eh setahu aku Haiqal kan nama tunang kau Farah,” Ayu baru teringat dia pernah terdengar nama ‘Karl’ di sebut Farah tempoh hari bila dia bertanyakan tentang nama tunangnya.

 

            Aku terdiam seketika. Cuba mencari logik maksud kata Ayu tadi.

 

            “Oh no, mati aku kenapa kau tak cakap siang-siang tadi, alamak Ayu problem betul lah telefon baru ni, aku tak put on hold, aku put on speaker,” Aku panik mesti Abg Karl terdengar perbualan kami. Matilah aku. Hissh nama tunang sendiri tak ingat. Apa punya tunang. Bukan salah aku, lagipun belum pernah umur dia call, tetiba aje call hari ni dan pulak tu kat office. Aku pulak tengah stress dengan kerja. Mind tengah block tak boleh fikir dengan baik. Saja aje cari alasan.

 

            “Hello ni Abg Karl ye,” ujarku teragak-agak. Aku berdoa dalam hati janganlah dia marah pada aku.

 

            “Saya, Farah ingat pun nama tunang Farah,” usik Haiqal seraya ketawa kecil riang sungguh hatinya dapat berbual dengan Farah.

 

Aku tersengeh bila diusik abg Karl, malu pun ada. Apa punya kes.

 

            “Sorrylah abg Karl baru ingat, abg Karl dan cik Asmah apa khabar,” ujarku selamba cuba menutup malu. Biarlah apa abg Karl nak kata bahawa aku kartun ke chipmunk ke aku sanggup menerimanya.

 

            “Alhamdulilah sihat, Farah pula bagaimana sihat,”

 

            “Alhamdulilah sihat,” jawabku ringkas. Tak tahu nak cakap apa. Tergamam pun ada, yelah pertama kali berbual dengan abg Karl. Mendengar suaranya sahaja bisa membuatkan jantungku berdegup kencang. Macho gitu.

 

            “Abg Karl tak sibuk ke hari ni,”

 

            “Farah tak suka berbual dengan abg ke,” duga Haiqal.

 

            “Sapa cakap Farah tak suka berbual dengan Abg Karl, kalau boleh nak berbual hari-hari tapi apa nak buat tunang Farah sibuk, Farah tak mahu kerja abg Karl terganggu, tapi kalau abg senang, abg Karl telefonlah Farah, supaya Farah tak lupa lagi bila abg sebut nama abg,”

 

            Hehehe…kan dah kena dalam baik sempat aku menyindir abg Karl. Issk bestnya akhirnya dapat juga aku berbual dengan abg Karl. Kalau tidak memikirkan kesibukan abg Karl dah lama aku menghubunginya. Aku masih ingat lagi pesanan Cik Asmah tentang syarat Karl dia tidak mahu diganggu waktu pejabat.

 

            Haiqal tidak dapat menahan tawa. Dia sedar Farah menyindirnya. Tapi cara Farah menyampaikan kepadanya cukup diplomatik dan lucu. Farah seorang wanita yang bijak dan pandai mencuit hatinya. Belum pernah Haiqal terpaut hati dengan mana-mana wanita dengan hanya mendengar suaranya. Dia tidak tahu apa keistimewaan Farah sehingga Farah berjaya membuka pintu hatinya kembali. Patutlah ibunya begitu menyenangi Farah.

 

            “Alahai, janganlah Farah cakap macam tu, terharu abg Karl mendengarnya, abg Karl minta maaf ye, abg Karl janji akan cuba menghubungi Farah selalu bila berkesempatan ok,” Karl sedar dia tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri. Tentu Farah terasa hati bila ibunya menyatakan syarat Karl kepadanya tempoh hari. Tak semua wanita boleh sabar dengan kehendaknya.

 

            “It’s ok abg Karl, Farah tak berapa kisah sangat, sebenarnya Farah tertanya-tanya juga siapa tunang Farah, dia ni wujud ke tak, sebabnya Farah tak pernah berbual dengannya bertemu jauh sekali, agaknya memang dah takdir kita tak dapat bertemu sebelum menjadi suami isteri tak, jadi bila abg dah call ni maka terjawablah semua persoalan Farah bahawa tunang Farah wujud,” Hah..kena lagi so sorry abg Karl, bukannya apa aku dah penat nak menjawab pelbagai soalan yang keluar dari mulut teman rapatku bertanyakan siapa tunang aku, bagaimana rupanya. Bila aku kata aku tak pernah kenali siapa tunang aku. Mereka pakat gelak kan aku. Itu yang buatkan aku double stress.

 

            “Farah marah abg ke, abg minta maaf banyak-banyak kerana tidak menghubungi Farah,” Kesian Farah menjadi mangsa keadaan kerana egonya.

 

            “Abg Karl not to worry Farah bukan bermaksud nak menyindir abg Karl, Farah faham dengan situasi abg Karl cuma orang di sekeliling Farah ni yang nak tahu, Farah faham kenapa abg buat begitu, for me as long as abg Karl masih sudi kat Farah, Farah sudah bersyukur, Farah tak minta abg Karl berjanji dengan Farah apa-apa,” eh..baik lah pulak aku ni tadi bukan main attack tak bagi chance langsung abg Karl nak explain.

 

            Ayu sudah mula melambai-lambai kat aku memberi isyarat supaya cepat. Hissh menyibuk betul lah si Ayu ni. Orang tengah feeling-feeling dia kacau daun pulak.

 

            “Oklah abg Karl, Farah kena pergi Court sekejap nanti bila senang abg call Farah,”


             “Thanks Farah, you such a wonderful person, be good girl and take care ok,” itu sahaja yang termampu dia katakan buat saat ini. Haiqal mati kata-kata kerana tidak menyangka perbuatannya itu membuatkan Farah jauh hati.



bersambung....


 
 
 

 

Karl & Hilda - Part 13


             Haiqal berdiri di luar beranda sambil menikmati keindahan kampung yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Suasana tenang tidak sesibuk bandar amat di senangi. Dia melirik ke arah jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Namun kelibat gadis yang bakal menjadi isterinya masih belum kelihatan.

 

            “Si Farah tu memang pelupa Haiqal, dia tak bawa pula handphone dia, selalunya dia keluar bawa handphone, makcik ingat dia keluar ke bandar sekejap tak sangka pula dia balik lambat,” terang mak Hendon bila dilihatnya Haiqal tak senang duduk sejak dari tadi. Di atas desakan ibunya Haiqal mengalah. Dia cuba menghubungi bakal ibu mertuanya dan berjanji akan ke rumah mereka. Ibunya tak putus-putus berpesan setidak-tidaknya luangkan sedikit masa menjenguk dan berkenalan dengan bakal mak mertua dan pak mertuanya dan tidak terkecuali Farah. Masa tunang minggu lepas Haiqal tidak hadir sama dia out-station terpaksa ke HongKong. Jadi majlis pertunangan dijalankan tanpanya. Segala persiapan diserahkan kepada ibunya.

 

            “Tak apalah makcik lagipun saya cuma beritahu makcik saya nak datang semalam, saja hendak berkenalan dengan Farah,” jawab Haiqal lalu tersenyum dia duduk bersila berhadapan dengan mak Hendon. Mak Hendon tersenyum mendengarnya. Baik budi bahasanya. Hairan juga dia pemuda setampan dan sebaik Haiqal mahukan ibunya carikan jodoh untuknya. Si Farah pula buat hal. Kemana pulak budak ni.

 

            “Tak pa Karl, si Farah tu memang macam tu, pantang kalau balik kampung mesti nak ke bandar,” celah Taufiq lalu duduk bersebelahan dengan Haiqal.

 
 
****

 

            Aku mengendap di celah-celah tingkap, bayang emak, abah mahupun abg Taufiq tidak kelihatan. Aku menguntum senyum. Hehe selamat, kalau tidak mesti mak memekak kat aku pasal lupa tentang kunjungan Abg Haiqal hari ini. Aku berjalan sambil menjengkitkan kaki agar semua ahli rumah tidak perasan bahawa aku sudah pulang.

 

            “Hah apa terjengkit-jengkit,” sergah Taufiq dari belakang.

 

            “Syyhhh diamlah abg Taufiq nanti mak dengar,” ujarku lalu menarik tangan Abg Taufiq ke belakang rumah.

 

            “Hah tahu pun takut mak marah, yang Farah balik lambat kenapa, kesian Karl menunggu bagai buah tak jatuh,”

 

            “Ni Farah ada belikan Abg Fiq pisang goreng, panas lagi tau, erm abg Fiq baik tak,”

 

            “Hah nak apa,” Taufiq tahu mesti Farah ingin minta pertolongan darinya kalau tidak masakan dia baik semacam.

 

            “Macamana dengan bakal adik ipar abg Fiq, ok tak dia,” soalku ingin tahu. Yelah dah terlepas peluang hendak bertemu dengannya.

 

            “Eh dia ok,” jawab abg Taufiq ringkas lalu menyuap goreng pisang panas yang di beli Farah tadi.

 

            Aku memandang Abg Fiq minta maklumat lanjut tentang Abg Karl. Tak kan itu aje yang dia boleh beritahu aku. Tentulah dia ok kalau tak ok tak kan dia kemari. Leceh betul lah Abg Fiq ni sengaja hendak menyakat aku.

 

            “Tak kan itu aje? Lagi? Hensem ke? Atau boleh tahan ke? Apa ke?” soalku bertubi-tubi. Binggit dengan kelakuan Abg Taufiq yang buat tak endah. Selamba dek aje expresi wajahnya bila aku bertanya mengenai tunang aku.

 

            “Macam batman,”

 

            “Batman, yang mana satu Michael Keaton, George Clooney, Val Kilmer atau Christian Bale,” hah tu dia semua pelakon ‘Batman’ aku dah sebut. Kalau betul lah macam ‘Batman’ tak kiralah siapa pasal setahu aku pelakonnya boleh tahan cute. Hehe..aku berangan sendiri.

 

            “Hah jangan nak berangan, abg tak cakap macam pelakon ‘Batman’,”

 

            “Abis, macam siapa?,” Aku dah mula geram dengan Abg Fiq kerana mempermain-mainkan aku.

 

            “Macam penguin,” jawabnya seraya berlalu meninggalkan Farah.

 

            “Hah macam penguin, biar betul Abg Fiq ni,” macam hendak menangis aku dibuatnya. Apa maksud abg Fiq abg Karl macam ‘penguin’. Aku sudah dapat bayangkan wajah Danny Devito yang memegang watak penguin. Issk tak kan lah abang Karl seteruk itu.
 
 
 
bersambung....

Karl & Hilda - Part 12


              “Salam Namaste…Salam Namaste,” aku bernyanyi riang. Berangan bahawa aku ‘Pretti Zinta’ heroin dalam cerita Hindustan yang baru ku tonton di pawagam bersama Alia.

 

            “Wah happy semacam aje ada apa-apa ke,” soal Alia bila dilihatnya Farah gembira semacam. Sikit-sikit menyanyi lagu Hindustan dari filem yang di tonton tadi.

 

            “Lah, happy salah tak happy pun salah, rilek lah kau tu dah nak kawin dalam masa 2 bulan asyik monyok aje kenapa,” aku mengusik bila melihat Alia monyok aje sejak keluar panggung. Tak ceria langsung. Bukan selalu aku dapat keluar bersama dengannya. Kerana sesekali bila aku cuti panjang aku pulang ke kampung menjenguk mak dan abah.

 

            “Sofian tak call aku tadi,” ujarnya perlahan.

 

            Alah pasal tunang tak call risau semacam ingatkan apa tadi. Tengok macam aku ni bakal suami tak kenal. Dia buat tak tahu, aku pun buat tak tahu tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Aku buat happy begini pun tak nak stress memikirkannya.

 

            “Eleh kau ni setakat tak telefon hari ni risau macam apa, malam nanti dia call lah, jom pergi makan aku dah lapar gila ni,” aku menarik lengan Alia menuju ke arah Mcdonald.

 

            Issh, ramainya orang ni yang malas nak beratur. Aku menjengok ke arah Alia. Alia masing termenung. Apalah minah sorang ni minah jiwang betul. Dah kira untung tu sempat bercinta lalu bertunang. Aku ni nak kata bercinta hampeh terus bertunang. Tak menyempat nak rindu-rindu pasal rupa tunang sendiri pun aku tidak tahu. Tempoh hari Mak Ucu ada memberi aku envelope biru. Katanya ada gambar abg Haiqal. Lupa lak nak intro. Abang Haiqal tu lah tunang aku. Mak ucu bagi name kad dia kat aku. Tapi nama yang tertera kat kad bukan nama penuhnya nama timangan “Karl”. Glamer gitu, apa aku ni tunang dengan mat saleh ke? Tapi aku tak hendak tengok. Bukan jual mahal, tapi entahlah takut kalau aku tak berkenan aku berubah hati pulak. Lagipun aku nak buatkan mak, abah happy tak nak buat mereka risau. Heheh anak mithali aku ni. Tapi itu bukan perkara yang sebenarnya aku tak hendak tengok gambar abg Haiqal, tapi sejak bila bertemu dengan cik Asmah. Ya, Cik Asmah bakal ibu mertuaku. Sayang sungguh dia dengan aku. Aku pulak bila berdepan dengannya secara automatik jadi gadis yang sopan serba serbi. Berkali-kali dia meminta maaf denganku bila menerangkan keadaan yang sebenar. Katanya Haiqal hanya mahu mengenaliku semasa kami berdua di ijab kabulkan. Fuhh..berat tu bunyinya..Itu yang membuatkan aku bertambah stress. Kalaulah aku tahu itu syaratnya dah lama aku reject. Bukan apa aku ni bukan nya boleh bersabar sampai ke tahap itu. Melampau betul abg Haiqal ni sengaja hendak uji kesabaran aku. So Cik Asmah terangkan padaku bahawa Abg Karl tidak akan tengok gambar aku yang diberi oleh Mak ucu. Ego semacam. Tak apa dia belum kenal sapa Farah. Kalau dia nak buat macam tu, aku lebih-lebih lagi sahut cabarannya. Hehe..begitulah terrornya aku ni. Balik aje rumah aku terus bakar envelope yang ada gambar abg Haiqal pasal aku tak nak langgar janji. Cuma name kad dia aje yang aku simpan.

 

            “Opocot,” ujarku bila badanku terasa sejuk dek tersiram air coke. Aku menoleh kearah orang yang bertanggungjawab menyiram ku dengan air coke.

 

            “Oppss..sorry, I’m really sorry,” ujar pemuda yang melanggar ku tadi. Tangannya segera  menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sapu tangan jenama “Hugo Boss” dan menyerahkannya kepadaku. Aku mengambil sapu tangannya lalu mengesat kesan tumpahan air coke di bajuku.

 

            “Maaf ye saudari, saya tak sengaja,” ujarnya lagi meminta maaf bila aku menyerahkan kembali sapu tangannya sudah bertukar berwana coklat.




            Aku tidak bersuara sebaliknya aku terpegun melihat wajah tampannya.

 

            “Are you ok, are you still angry with me?,” tegurnya lagi bila aku tidak bersuara tapi sebaliknya merenungnya.

 

            “Ok, lain kali jangan siram air kat orang, saya mandi tau hari ni,” jawabku selamba lalu meninggalkannya terpinga-pinga di situ. Hehe..aku tak sanggup diri situ lama-lama. Tak pasal-pasal aje aku tak boleh tidur malam nanti. Hendak saja aku call Cik Asmah beritahu padanya bahawa aku nak kansel pertunangan kami bila terpandang wajah pemuda tadi. Handsome maut.

 

            “Lah dah kenapa dengan kau ni Farah, baju kau habis kotor, kau bergelut dengan air coke ke tadi,” Alia ketawa gelihati bila melihatkan blouse ku yang tadi berwarna putih dah bertukar coklat.

 

            “Bergelut apanya, tadi ada mamat langgar aku dengan air cokenya,”

 

            “Abis kau tak marah dia ke, suruhlah dia bayar ganti rugi,”

 

            “Tak, aku tak marah dia pun,”

 

            Alia merasa pelik, selalunya Farah akan melenting. Tapi tidak pula kali ni.

 

            “Kenapa,”

 

            “Pasal nasib baik muka dia macam Shahrukh Khan versi melayu, kalau tak dah lama aku suruh dia ganti,” jawabku lalu tersenyum. Alia mengelengkan kepalanya. Farah memang gila Hindustan. Kalau Shahrukh Khan berlakon. Mati-mati dia mengajak Alia menemaninya.

 

            “Eh sekarang pukul berapa, alamak macam mana boleh terlupa ni,” Aku menepuk dahi. Terlupa bahawa Haiqal ada call mak dan memberitahu kami dia hendak datang pukul 2.30 petang. Haha ini mesti kes kena paksa dengan ibunya. Padan muka dia. Sebab itu yang aku balik kampong. Pasal mak dah call dan pesan berkali-kali agar aku jangan lupa balik kampong minggu ni. Aku pulak kalau dah balik kampong dan dah bertemu dengan Alia memang lupa semua.

 

            “Pukul 5.30, kenapa,”

 

            Aku menyeluk poket seluar. Alamak..lupa pulak bawa handphone.

 

            “Alia, pinjam handphone sekejap,” Habislah plan aku kali ni. Minta-minta sempatlah.

 

            Alia menyerahkan handphonenya. Aku mula mendial nombor rumah.

 
 
bersambung....

Karl & Hilda - Part 11


            “Ibu dah bagi kata putus pada orang tua Farah, minggu depan kita hantar rombongan meminang, Karl ikut sekali,”

 

            Perkataan ibunya masing terngiang-ngiang di telinganya semasa makan malam tadi. Karl tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri. Melihatkan anaknya tidak berkata sepatah apa pun Datin Asmah mula risau. Dia berdoa di dalam hati janganlah Karl menarik balik apa yang dijanjinya tempoh hari. Orang tua Farah sudah setuju dia tidak mahu pulak anak bujangnya tak setuju.

 

            “Minggu depan, hari sabtu Karl sibuk kalau hari ahad Karl ok,”jawab Karl setelah mendiamkan diri agak lama. Dia tidak sedikit pun membantah kerana sudah sememangnya dia serahkan soal jodoh kepada ibunya.

 

            Datin Asmah mengeluh lega.

 

            “Ibu dah uruskan segala persiapan, Karl ada apa-apa cadangan,”

 

            “Karl hanya mahu bertunang enam bulan, lepas tu langsung, lain persiapan ibu beritahu Karl, akan Karl uruskan,” jawab Karl mendatar.

 

            “Dalam envelope ni ada gambar Farah dan nombor telefon di pejabatnya ada tertulis di envelope, ibu harap Karl dapat menghubungi Farah dan berkenalan dengannya,”cadang Datin Asmah. Dia mahu sekurang-kurangnya Haiqal dapat mengenali Farah.

 

            “Ibu tak ingat syarat Karl ke,”

 

            “Syarat, syarat apa,”

 

            “Karl tak punya masa untuk berkenalan,”

 

            “Tak kan, Karl tak hendak bertemu dengan dia walaupun sekali,” Datin Asmah terperanjat dengan tindakan anaknya. Kenapa mesti Karl berbuat demikian. Bukankah dia akan bernikah dengan Farah satu hari nanti. Tak mungkin Karl tidak mahu mengetahui siapa bakal isterinya, bagaimana rupa isterinya, bagaimana perangainya.

 

            “Inilah syarat Karl tetapkan kepada bakal isteri Karl, Karl mahu tahu sejauh mana keikhlasan dia menerima Karl,”

 

            Datin Asmah hanya mampu mengelengkan kepalanya. Kenapa fikiran anaknya tidak sama dengan fikirannya. Ini zaman moden kalau dahulu bolehlah. Datin Asmah hanya risau kalau Farah tidak setuju nanti.

 

            “Janganlah begini Karl, sekurang-kurangnya Karl hubungi Farah, kalau tidak bertemu tak apa setakat mengenalinya dari telefon,” pujuk Datin Asmah lembut.

 
 
bersambung...
 

Karl & Hilda - Part 10


              Cuaca hari ini redup memang sesuai untuk para peminat sukan golf. Haiqal memang gemar bermain golf. Semasa ayahnya masih hidup kerap juga mereka bermain golf bersama. Mereka gemar menghabiskan masa lapang di padang golf. Cuma akhir-akhir ini dia jarang turun padang kerana terlalu sibuk dengan urusan perkerjaan. Entah kenapa pulak hari ni dia teringin benar hendak bermain golf. Awal pagi lagi dia sudah memandu ke kelab Golf Sofitel di Johor Bahru.

 

            “Karl, how are you lama tak nampak, busy ke,” tegur Tengku Iskandar salah seorang pelanggan Karl dan juga teman golfnya. Iskandar dan beberapa kenalan mendekati Karl.

 

            Haiqal bersalaman dengan Tengku Iskandar dan teman-temannya yang lain. Memang benar sudah lama dia tidak ikut serta Tengku Iskandar bermain golf hinggakan Tengku Iskandar terpaksa mencari patner baru kerana Haiqal tidak lagi bergiat aktif dalam sukan golf.

 

            “As per usual sibuk bekerja, bila sesekali pegang kayu golf ni terasa kekok pulak,” ujar Haiqal bergurau. Mereka hanya ketawa mendengar komen Haiqal. Bukan mereka tidak tahu kehebatan Haiqal dalam sukan golf tidak perlu dipertikaikan lagi cuma Haiqal tidak pernah ambil serius dalam permainan ini. Tidak hairanlah sekiranya ramai memberi gelaran “Tigerwood” Malaysia padanya.

 

            “Nice shot,”jerit salah seorang dari pemain yang terpegun melihat pukulan Karl yang tepat pada sasaran. Haiqal hanya tersenyum mendengar pujian dari mereka. Pada Haiqal golf hanya satu hobby dia tidak terfikir langsung untuk bergiat secara serius dalam sukan golf.

 

            “Karl, kau tak ada teman wanita ke,” soal Tengku Iskandar tiba-tiba.

 

            Sekali lagi Haiqal tersenyum. Dia sendiri tidak tahu kenapa bila setiap kali orang bertanya samada dia sudah punya teman wanita dia akan tersenyum.

 

            “Kenapa Is, kau ada calon untuk aku,” jawab Haiqal. Begitulah jawapan yang diberikan oleh Haiqal bila setiap kali orang bertanya tentang dirinya samada sudah punya teman wanita atau belum.

 

            “You can't be serious, tak payah aku nak recommendkan untuk kau, semua wanita akan datang sendiri pada kau,” Tengku Iskandar tergelak bila Haiqal berkata demikian. Dia tahu Haiqal memang suka bergurau. Selama dia berkenalan dengan Haiqal belum pernah Haiqal perkenalkan Iskandar teman wanitanya. Ada jugalah beberapa function dan dinner Haiqal hadir bersama dengan berlainan wanita jelita. Bila di tanya, Haiqal hanya mengatakan bahawa mereka hanya teman biasa. Nak kata Haiqal kasanova susah juga kerana Haiqal terang-terangan mengatakan bahawa gadis-gadis tersebut adalah pekerjanya sendiri untuk dijadikan teman function rasmi. Tapi sekiranya function biasa Haiqal selalu hadir sendirian. Kadang-kadang susah Iskandar hendak percaya dengan kata-kata Haiqal. Jejaka segagah dan setampan Haiqal tidak mungkin tiada teman wanita.

 

            “No, I’m serious, susahlah Is wanita sekarang terlalu demand, kadang-kadang aku rasa penat nak melayan karenah mereka, lainlah kalau kita bertuah mendapat seorang wanita yang memahami diri kita,”

 

            Iskandar hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Sungguhpun begitu dia tidak percaya bahawa alasan terlalu demand membuatkan Haiqal tidak berminat langsung untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki mana yang tidak suka diri mereka didampingi ramai wanita.
 
 
***
 
 

            Sejak akhir-akhir ni aku asyik tersenyum tak tahulah kenapa. Tapi apa yang aku tahu emak ada memberitahu Datin Asmah datang merisik minggu lepas. Aku sengaja buat tak dengar bila mak beritahu aku tentang kunjungan Datin Asmah tempoh hari. Issk mestilah tunjuk tak berminat nanti dia kata aku desperate pulak. Mak kata Datin Asmah akan menghantar rombongan meminang dalam masa 2 minggu ni. Tapi belum tetapkan harinya bila. Macam-macam mak dah plan untuk majlis pertunangan aku. Katanya nak buat gubahan ini dan itu excited sungguh mak aku ni macam dia pulak yang nak tunang. Aku yang punya diri masih ‘cool’ belum bagi kata putus samada aku akan terima lamaran Datin Asmah.

 

            “Mak ada ke Farah cakap Farah akan terima pinangan dia atau tidak,” aku suka mengusik mak. Aku sendiri tidak tahu nak buat apa. Express sungguh mak ucu menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang tengah maknya dan Datin Asmah.

 

            “Hah kau jangan nak mengada dah bagus tu ada orang datang nak meminang kalau tidak sampai ketualah kau macam tu,”bebel mak memanjang.

 

            “Mak tak kisah ke dapat menantu yang mak tak kenal,” soal aku tiba-tiba. Eh sepatutnya aku tanya diri aku sendiri samada aku boleh ke terima bakal suami yang aku tak kenali. Ahh tak apa nak tanya pandangan mak dulu.

 

            Mak terdiam bila ku ajukan soalan. Issk diam plak dia bila suruh bercakap. Selalunya pot..pet..pot..pet.

 

            “Mak, orang tanya ni?,” aku mula mendesak. Yelah nak sangat menantu dia boleh ke terima menantu yang dia tak pernah kenali.

 

            “Mak tak kisah asalkan dia baik dan pandai jaga kau,” jawab mak tanpa mengulas panjang. Sebenarnya dia serba salah kerana dia tahu Farah masih belum bertemu dengan Haiqal anak Datin Asmah.

 

            Aku pulak terdiam bila memikirkannya. Hissh biar betul aku ni bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur telajak kata-kata parah dibuatnya. Betul ke aku sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dengan lelaki yang aku tidak kenali langsung.
 
 
bersambung....