Thursday, 12 November 2015

Hallmark Channel 'movies'


 
 
 


  
Assalamualaikum...lama betul kan aku tak update Romantika DeAmor, so tengah ''Love is in the Air' mood, cuti Deepavali lepas aku pergi ke Youtube mencari romcom movies. Kebanyakan movies yang terdapat di youtube dalam genre romcom sudah ada dalam koleksi DVD aku. Aku hendak menonton movies yang tidak ada dalam koleksi DVD aku. Teringat pula pada masa zaman remaja dahulu, tahun 90an. Aku ada menonton sebuah movie bertajuk 'If The Shoe Fits' cerita yang ala-ala Cinderella gitu, tapi DVD itu tidak dapat di mana-mana, kalau ada pun versi Italian hahaha bukan versi English. Tapi kerana hendak sangat menonton cerita itu, aku tengok juga yang versi Italian walaupun tidak faham sepatah haram apa yang mereka bualkan. Tapi sesiapa yang berjiwa romantik seperti aku ni, pasti tahu akan cerita Cinderella kan, so layan kan aje. Italian pun Italianlah! Lepas tu aku suruh Mr. 'S' download kan cerita 'Ghost' Demi Moore sebab tengah mood hendak menonton cerita 90s. Suruh Mr. 'S' carikan movie 'Blast From the Past' lakonan Brendan Fraser dengan Alicia Silverstone katanya not available. Boring!
 
Then aku type romcom kat Youtube tertiba keluar movies dari 'Hallmark'. Mula-mula tu macam malas hendak tonton sebab pelakon-pelakon Hallmark bukan pelakon yang aku minati. Hehe. Tapi bila tengok tajuk-tajuk movies Hallmark quite interesting, aku pun cuba tonton satu movie bertajuk Accidentally Love! Bila dah tonton first 15 minutes tu rasa cerita ni not bad. So teruskan menonton and guess what?? Terus hooked dengan movies dari Hallmark! Haha siap marathon 4 movies satu hari. Movies yang aku tonton Accidentally Love! I Married Who?, Stranded in Paradise and Bridal Fever!
 
One thing good about Hallmark romantic movies atau rom.com ni, tidak terdapat banyak adegan-adegan yang biasa kita selalu tonton filem Hollywood romantic terlalu banyak kissing scene and whatnot! *Rolleyes Haha. Hallmark terlalu minimal dan almost tak ada scene whatnot! itu yang membuatkan aku seronok menonton movies Rom.com Hallmark! Dan next Hallmark movie that I'm gonna to watch 'Looking for Mr. Right'. Like what they always said, lets have a Hallmark moments!!











 

Tuesday, 13 October 2015

Writer's Block..Oh No!








Assalamualaikum semua...

Lama benar kan aku tak update blog! Lama....sebab aku baru kehilangan ibu yang tersayang dan juga ada beberapa perkara peribadi yang menganggu fikiran aku dan ianya sedikit sebanyak menganggu mood dan ia juga salah satu penyebab atau faktor-faktor yang menghalang idea masuk ke dalam otak aku. Maka aku mengalami syndrome 'Writer's Block'.
 
Bila duduk mengadap komputer hendak sambung cerita semula. Blank! Satu idea pun tak keluar lagi. Huhu..Sedih. Itu yang aku stop buat sambungan MPO. Sebab tidak ada idea untuk sambung cerita itu buat masa ini. Stress lah juga aku di buatnya. Sebab tidak pernah berlaku ke atas diri aku sebelum ini.
 
Tak apalah..mungkin aku masih belum bersedia untuk menyambung cerita-cerita itu semua.  So, buat masa ini memang bersawanglah blog ini tanpa update dan sambungan cerita-cerita yang aku reka. But Insha Allah jika aku ada idea akan aku sambung lagi cerita MPO tu ok. Doakanlah agar aku mendapat ilham semula.
 
Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada pembaca yang sudi dan setia dengan blog aku yang tidak seberapa ini. Insha Allah kita bertemu lagi di lain hari.









 
 
 
 

Friday, 31 July 2015

Al-fatehah buat bonda tersayang










Assalamualaikum..salam pagi jumaat buat semua yang di kasihi..kita masih berada di bulan Syawal yang mulia ini. Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak di sengajakan sepanjang aku beblog di sini. Maaf, kerana sudah lama tidak update blog kerana masih didalam kesedihan sejak ramadhan yang lalu. Bonda yang aku sayangi telah kembali ke rahmatullah pada minggu kedua Ramadhan. Sambutan Syawal tahun ini tanpamu bonda membuatkan aku merasa kehilangan. Permergianmu amat terasa namun aku redha kerana Allah lebih menyayangi Bonda. Al-fatehah...semoga roh bonda di tempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Aamiin.
 
"Kasih ibu membawa ke syurga kasih Ayah sepanjang masa"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadan Al-Mubarak!




 
 
 
Assalamualaikum wbt.....Alhamdullilah kita bersyukur kepada Allah SWT dipertemukan lagi bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan ini.  Selamat datang wahai Ramadhan wahai bulan ibadah, wahai bulan kebahagiaan. Di kesempatan ini aku ingin meminta maaf di atas kekhilafanku selama ini samada yang aku sedari atau tanpa aku sedari..sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang kurang baik itu dari diriku yang penuh kelemahan ini...Salam Ramadhan kepada umat islam sedunia! Keep Calm and Observe Ramadhan!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 11 June 2015

Shawl Instant


Assalamualaikum…dah lama tak update shopaholic ni..bukan kerana tak bebelanja tapi macam malas nak tangkap gambar haha..masa aku dah mula pandai mengenakan shawl panjang dan bukan tudung empat segi lagi. Aku gila-gila mengumpul pelbagai warna shawl panjang. Selendang dari Zawara, Humaira, tudung people dan Sugarscarf semua aku terjah.






Tapi semenjak tudung segera sudah di perkenalkan di pasaran..aku mengila borong tudung instant dan semi instant pulak. Naelofar dan Shawl House antara tudung favorite instant aku hehe..bukan apa mudah ler sesangat. Masa pegi kerja aku suka pakai tudung instant sebab mudah hendak ambil wudhuk kat opis. Tarik tudung lepas tu sarung balik. Tak ke senang bunyinya. Tak yah nak belit sana belit sini. Pin sana. Pin sini. Nak kena lincah dan pantas. Malas nak dok lama mengadap cermin kat tandas membetulkan selendang. Silap mengayakan selendang dah tak senonoh jadinya ‘bad shawl day’ huhu. So, aku sibuk mengumpul Shawl instant dari Shawl House dan yang terkini aku dapat tahu ada tudung 2 muka, tak tahu siapa yang invent tudung 2 muka tu tapi Masha Allah best ler sesangat. Yippeee!!! Bukan sahaja labuh, mudah untuk dipakai dan selesa..dan tak nampak macam aku pakai tudung instant..Two thumbs Up!! Aku main order kaler mana yang aku berkenan, samada matching dengan baju ke tak itu belakang cerita yang penting aku ada lain-lain kaler buahahahaha..
2 muka yang aku beli ada dua jenis material iaitu chiffon lembut dan shimmer. Tapi yang kat gambar aku pakai material 'shimmer' plain warna hitam..memang best pakai shawl ni tak jarang tak perlu pakai inner ninja..kalau hendak kelihatan kemas. Pinkan sahaja brooch di kiri dan kanan. Kalau tak nak pun boleh sebab tudung ni memang labuh.. Hee..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 10 June 2015

4 Fingers!






Assalamualaikum..expedisi makanan halal aku kali ini di fast food chain restaurant bernama 4 fingers atau nama melayunya 4 jari. Haha. Restaurant halal di Singapura ni sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat pelbagai restaurant yang dahulunya tidak halal berlumba-lumba untuk mendapatkan sijil halal di sini, kerana mereka tahu jika mereka mendapatkan sijil halal secara tidak langsung mereka mendapat pasaran orang islam di Singapura dan ini akan menambah keuntungan yang berlipat ganda pada mereka, betul tak? Tak rugi mendapatkan sijil halal bukan sahaja orang islam di Singapura dapat menikmatinya, malah pengunjung dari negara-negara islam dan mereka yang beragama islam tidak akan merasa was-was dan juga merasa selesa dan senang untuk melancong di Singapura kerana terdapatnya banyak restaurant halal. Ye tak?

Jadi aku terdengar dari teman sekerja bahawa restaurant 4 fingers juga baru mendapat sijil halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Dan teman sekerja aku Yana kata dia sudah merasa makan di sana. Katanya lagi anak-anaknya suka sekali dengan menu yang terdapat di 4 fingers. Aku bila dah dengar macam tu, apa lagi teringin juga hendak mencubanya, sementelah lagi Cik Puan Shah kita kata dia tak jemu pergi menjamu selera di sana selalu. Wah! Sedap sangat ke makanan kat 4 fingers tu, nak tahu jugak. 4 fingers (empat sekawan berasal dari negara Korea membuka restaurant mereka di US). Jadi makanan segera yang terdapat di 4 fingers adalah resepi Korea so tak sama dengan KFC, Burger King, Popeyes dan yang sewaktu dengannya. Harap maklum.
 
Ok di 4 jari ni best seller mereka adalah chicken wingnya. Ada juga terdapat makanan seafood seperti calamari, shrimp, ada wrap, salad, chicken rice. Tapi aku mengambil keputusan untuk mencuba chicken wingnya. Bila masa hendak membuat pesanan tu anda di beri pilihan samada hendak perisa kicap bawang putih (soy garlic) atau perisa pedas (Hot). Oleh kerana aku suka pedas maka aku memilih perisa hot manakala my prince aku select soy garlic memandangkan dia tidak dapat menahan pedas.  Aku memesan “Combo 6 pcs mix hot”. Mix maknanya aku hendak wings dan drumettes. So ada 3 wings dan 3 drumettes. Kalau anda suka kepak boleh order keenam-enamnya kepak begitu juga dengan peha. Combo termasuk air dan fries (boleh pilih hendakkan perisa kimchi atau perisa seaweed. So aku pilih hot mix chicken wings with seaweed fries dan Honey Yuzu Tea. Haha. Air Honey tu nak kena top-up 50 sen. Jadi harga for my combo meal sahaja $10.45 dan untuk my prince pula “Combo Chicken burger soy garlic” $9.95.
 
 

Masa untuk verdict. Pada pengemar ayam goreng kepak tidak akan merasa kecewa bila menikmati ayam di 4 fingers. Ayamnya digoreng garing tidak berlemak dan tidak berminyak dan rasanya sedap kerana sos nya menyerap ke dalam ayam goreng tersebut. Haha itulah keistimewaan ayam di 4 fingers. Setelah di goreng mereka akan sebatikan ayam itu dengan pilihan sos yang kita pilih. Aku memang enjoy habis begitu juga dengan my prince. Burger ayamnya juga rangup dan sedap. Fries yang disebatikan dengan seaweed juga sedap. Hehe. Finger licking good! Sungguh puas hati. So next time aku hendak try kimchi flavor pula.







Projek membuat cover buku! DIY



Assalamualaikum..sejak akhir-akhir ni tengah sibuk create cover book untuk novel dan mini novel yang aku reka. Jenuh juga hendak menghasilkan cover buku. Nak kena cari gambar yang sesuai mengikut cerita dalam buku. Memakan masa juga. Aku buat sendiri dari awal hingga akhir haha dan inilah hasilnya. Yang kiri front cover yang belah kanan pula back cover.
 
Cover untuk Qada & Qadar dan How Can I Not Love You
 
 
 
 
Cover untuk Table for 2 dan Sayang Apa khabar Denganmu
 

 
 
 
Cover untuk Watsapp Luv dan From Boss With Luv!
 
 

 
Cantik tak? Aku tak ada software untuk create book cover. Ini aku buat ikut step-by-step dari satu blog yang mengajar cara membuatnya mengunakan word doc. Maklumlah aku ni bukan pandai sangat dengan word doc sebab dulu tak belajar haha. Ini kira crash course. Sebab itu lembab sikit. Hehe. So sekarang ada beberapa lagi title yang hendak aku buat. Pelan-pelan kayuh lah nampaknya.
 
 
 
 
 

Tuesday, 9 June 2015

Erwin Shah Dawson



 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
 
Lama benar aku tak update blog ni kan..hehe bukan apa otak ni tengah ketandusan idea hendak menulis apa. Sibuk dengan reka cover buku, aku tak sentuh langsung OMB dengan MPO. Pun di atas sebab yang sama, belum ada ilham. Huhu. Ok pasti ada yang tertanya kenapa tetiba aku letak gambar Erwin Shah Dawson kat sini. Haha. Tak de ahad lepas aku pergi jemputan kahwin di Choa Chu Kang Blk 130. Aku jarang sekali pergi majlis orang kahwin ni. Almaklum lah teman sekolah aku semuanya di Malaysia. Dan aku memang tak de teman banyak di Singapura. Kalau ada pun anak-anak depa masih kecik-kecik lagi. Jadi majlis yang aku hadir ni teman sekolah kakak aku. Kakak aku Liza lak, depa tak dapat mai sebab ada hal lain. Jadi kakak aku ngah (juga kenalan emak si pengantin) paksa aku pergi sebab aku di jemput sama. Aku memang malas nak keluar rumah hari ahad. Haha alasan aku berikan selalu sebab Monday kena kerja dan aku hanya mahu mengirim wang sumbangan pada ngah sahaja. Haha. Tapi setelah ngah kata dia akan fetch dan hantar aku balik. Hendak tak hendak terpaksa pegi jugak sebab dah ada transport.
 
 
Ok sampai jek..ramai betul tetamu di majlis pengantin tu..yang tak bestnya warna baju tema untuk keluarga pengantin warna hijau. Aku lak pakai baju dress hijau. Dalam hati berkata-kata. Janganlah ada orang pakai baju yang sama macam aku. Haha. Memang ada pun. Tapi nasib baik makcik tu dok kat jauh sudut. Hehe. Selamat satu perkara. Ah lantaklah sama baju ke tak. Buat muka selamba je lah. Ok masa jalan-jalan cari meja kosong tu lalu lah kat karaoke station majlis tu. Tetiba mata aku tertancap pada seorang teruna yang berdiri di situ bersama seorang gadis jelita. Dan dia sedang pose tangkap gambar. Biasalah di majlis begini memang ramai orang tangkap gambar kan. Tapi wajahnya itu macam pernah ku lihat sebelum ini. Tapi di mana ya?. Aku pun berbisik pada Mr. S. Aku cakap kat dia cuba tengok muka budak lelaki tu macam pelakon Isteri separuh masa kan? Haha. Aku dan Mr. S bosan tak ada movie orang putih yang best dan terkini hendak ditonton maka aku ajak dia nonton cerita ISM sebab feeling nak nonton cerita drama melayu.
 
Mr. S kata bukanlah you salah orang. Tak kanlah pelakon nak datang majlis ni. Lagipun yang berlakon dalam ISM tu pelakon Malaysia katanya. Tapi aku tak puas hati dengan jawapan Mr. S. Aku ni jarang sekali memandang dan melihat-melihat orang terutama sekali di majlis atau tempat-tempat yang ramai orang haha. Serious! Aku ni pemalu dan pendiam orangnya. First impression orang pandang aku akan mengatakan aku ni seorang yang sombong dan tak mesra alam. Ini ramai orang yang kata – dapat feedback dari teman-teman aku. Tapi bila depa sudah menjadi teman aku, mereka akui aku sebenarnya tidak sombong. Aku seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi bila dah kenal mereka kata aku ni kelakar seram orangnya. Hahaha. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.
 
Hatiku masih belum puas dengan jawapan Mr. S. Balik dari majlis, tak tunggu lagi dalam kereta aku dah start google nama barisan pelakon ISM. Haha. Aku spot nama seseorang Erwin Shah Dawson. Masih tak tahu lagi siapa ESD tu sebab tak de gambar kat situ. So aku google nama ‘ESD’. Sah! Lelaki yang aku nampak tu ESD. Sebab aku tak tahu yang ESD tu anak kelahiran Singapore. Haha. Ketinggalan zaman aku ni yek. Mungkin majlis itu adalah majlis kenalannya.
 
Tapi aku tak stop kat situ. Aku cari FB dan instagram dia. Bukan stalker eh! Cuma nak proof pada Mr. S yang aku tidak silap orang. Haha memang betul dia ada kat situ. Sebab dia pose gambar yang di ambil di photo booth majlis bersama orang yang aku nampak kat majlis. Barulah hatiku merasa puas kerana aku jarang silap bila recognize wajah seseorang terutama sekali celebrity.
 
 
 
 
 
 

Monday, 27 April 2015

Work In Progress...!!

 
 
Assalamualaikum...dan 'Selamat Pagi' kepada semua..ni nak cerita sikit kepada sesiapa yang tidak sabar menanti sinambungan MPO dan OMB kena bersabar lagi..maaf ye..sebab sekarang ni aku tengah sibuk meng-edit cerita-cerita novel  yang aku post kat blog ni tapi tak edit di blog hanya edit di soft copy hamba..harap maaf ye novel yang di post di sini memang final, cuma bila dah start edit tu, pasti ada tambah dan tolak sikit. Buat pembetulan bahasa dan sebagainya. Maklumlah hamba ni budak baru belajar maka banyak kesilapan yang tidak dapat di elakkan. Sebab aku edit cerita semula kerana hendak print dan jadikan booklet untuk koleksi peribadi dan permintaan seseorang itu haha. Tak dapat nak terbitkan novel-novelku maka aku print untuk diri sendiri. Kesian kan..
 
Maka sibuk kerana itu aku tidak dapat menyambung MPO dan OMB buat masa ini. Sabar ye. Sabar itu separuh daripada iman. Ye tak...Senyum selalu...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, 20 April 2015

I am Cafe

 
 
 
 
Assalamualaikum..dan Salam bulan Rejab kepada pembaca blog yang budiman..tidak lama lagi kita ada menyambut bulan ramadhan..dan aku mula sibuk mengupdate blog akan restoren-restoren halal yang pernah aku kunjungi untuk di kongsi bersama kepada pembaca kesayangan blog aku ni..hehe..sharing is caring ye tak? Mana tahu hendak keluar berbuka dengan teman-teman dan keluarga tersayang dah ada idea hendak makan kat mana kan?
 
Beberapa minggu lepas aku dan teman-teman sekerja, kami ke restoren milik orang melayu islam kita yang terdapat di Arab Street..nak tahu address nak kena google noh. Restoren ni betul-betul opposite Golden Landmark. Kalu hendak makan murtabak ngan nasi briyani kat I am Cafe takde. Kalau nak makan yang macam tu hendak kena pergi restoren Victory yang kat seberang jalan. Kat sini tak de eh sebab ni restoren western. Western lagi! Haha tulah. Ini minggu western sorry.
 
Apa yang menariknya restoren I am cafe ni. Kebanyak orang yang pernah makan di sini asyik sebut-sebut pasal kek rainbow mereka yang setinggi 6 inci tu. Apsal eh?? Kek kaler-kaler je tu..rasa hanya vanila kot..hehe ntah aku tak berani komen sebab tak pernah cuba lagi haha.
 
Jadi kami berempat sudah sebulat suara hendak mencuba makanan di I am Cafe. Yang pic bawah ni bukan rainbow cake. Tapi rainbow crepes..atau nama tak glamernya lempeng berwarna..haha ni aku tak cukup. Gambar yang kat atas tu gambar dari Habs masa dia cuba maka tempoh hari dengan family nya. Kata Habs tak berapa sangat kot rasanya.

Ok disebabkan I am Cafe tidak mempunyai banyak menu pilihan dan very limited. Aku mencuba Cajun-Spiced Grilled Chicken Burger. Sebab masa baca tu macam menarik perhatian pulak - Tender chicken breast marinated with cajun mixed herbs, grilled and topped with cheese, pineapple and greens. Dan disebabkan aku alergic pineapple. Aku mintak dia minus pineapple dalam order aku. Hehe. Wati semangat disebabkan dia hantu sunny eggs. Maka dia order Charcoal-grilled 'Big Bear' Beef Burger - Our signature charcoal-grilled beef patty topped with battered onion rings, sunny side up eggs and greens. Mardi dan Habsah pula kedua-duanya order menu yang sama Turkey Ham pasta with white sauce. Mardi semangat hendak order cake. Dia minta kita order 2 cake dalam satu masa sebab hendak mencuba. Tapi aku dan Wati kata kita order satu cake sahaja. Takut tidak terlarat hendak menghabiskan kerana kek di I am setinggi 6 inci. So kita order kek Red Velvet sahaja.



Burger chicken pilihan aku memang sodap tak rugi aku order..hehe bukan hendak puji sendiri..depa semua rasa dan beri verdict bahawa Burger chicken aku terbaik berbanding signature burger depa yang Wati makan tu. Pasta Turkey Ham pun sedap dan tidak memuakkan. Pasta yang di gunakan spinach tu sebab warnanya hijau. Itu yang best kalau lain orang order lain makanan. Jadi boleh rasa sikit-sikit ye tak?

Meh jamu mata...





 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Eatzi Gourmet





 
 Assalamualaikum...lama betul aku tak update tentang makan-makan ni kan. Hari ni nak cerita sedikit tentang restaurant halal di Spore yang kita bole makan steak daging.  Haha..kesian kan kat sini tak banyak restaurant halal yang ada menjual steak. Restaurant yang aku masukkan ialah restaurant Eatzi. Setiap kali teringin hendak makan steak pasti aku ajak Mr. 'S' ke Eatzi. Sebab apa?? Bukan sahaja steak di Eatzi enak belaka ia juga mengenyangkan. Dan harganya sudah tentu berpatutan. Dan Eatzi ada daily set lunch dan dinner for weekdays dan weekends. Tapi harga add on tu lupa lak berapa. Harga add on lunch dan dinner lain. Tulah tak ingat. Itu yang aku tak berani nak agak-agak sendiri. Tapi memang muai jika kita hendakkan complete meal set. With lunch atau dinner set meal, disediakan soup of the day, coffee or tea and dessert. Dessert of the day it can be cake atau ice cream.


 
 
 
So aku akan order my favorite steak. Iaitu T-bone steak. Haha semangatkan sekali order T-bone steak. Dan aku suka brown sauce. T-bone steak dipadankan bersama bake potato and greens. Greens lak can be carrots with brokolli atau asparagus dengan cauliflower. Potato pulak aku suka letak sour cream with chives and Turkey bacon bits. Marvellous you! Dan lagi aku suka order well done sebab tak suka daging masak penuh. Dan Mr. 'S' selalu order his favorite dish spring chicken with fries, salad and sambal sauce. Hmm sounds yummy kan! It is yummy. Our princess 'M' pesan her favorite dish fish 'n' chips kids meal. Kids meal datang bersama choice of juice..apple atau orange and dessert ice-cream. Dan for our young prince 'M' dia sudah pandai makan makanan seperti orang dewasa. So kita orderkan dia Lamb chops with dory fish same juga comes with greens dengan bake potato.

  
 
 
Bila dah place order sahaja. Pelayan restaurant akan letak satu basket with garlic bread. Complimentary dari Eatzi. Bestkan!
  
 
 

Eatzi sudah menjadi salah satu restoren kegemaran aku dan family bila tiap kali kami teringin menjamu selera makanan western atau steak. Di Eatzi, bagi orang yang tidak gemarkan makan steak, Eatzi juga ada menyediakan makanan seafood dan juga fusion food untuk orang yang tidak biasa makanan western, Eatzi ada menyediakan menu noodle, spagetti ada baked rice dan nasi goreng juga. All-in-all sesiapa sahaja yang berkunjung ke restaurant Eatzi tidak akan merasa kecewa kerana makanan yang disediakan di restaurant ini, semuanya lazat-lazat belaka. Dan Eatzi juga punya bakery cakes sendiri, dan cake semuanya lazat belaka. Our family favourite cake, Oreo cheesecakes Eatzi.

Maaf tak dapat hendak mengambil gambar sebab dah ghairah sangat hendak makan maka terlupa. So boleh jamu mata gambar menu jek! Nampak berselera tak!

Alhamdullilah sudah kenyang hati riang!













 

Sunday, 29 March 2015

Oh My Butler! cover pic..



Assalamualaikum dan selamat pagi..cerita SAKD sudah dapat di siapkan. Alhamdullilah..Sekarang tengah mencari idea untuk cerita terbaru bertajuk Oh My Butler! atau OMB. Hmm cerita ni masih long way to go so don't get too excited eh..sabar menanti ok..jadi aku hendak meminta jasa baik pengunjung dan pembaca blog aku yang budiman sekiranya dapat membantu aku memilih cover pic untuk cerita OMB ni..
 
So bantu aku ok...which pic suits the best for OMB...No. 1, 2, 3 or 4 eh..thank you many2.
 
 
 
 
 
OMB No. 1
 
 
 

OMB No. 2
 
 
 

OMB No. 3
 
 
 

OMB No. 4
 
Haha but my personal preference this pic below..tapi tak boleh dijadikan cover pic..siapa kenal lelaki yang berada di gambar bawah..
 


 

 
 






 

 
 
 




 

Friday, 20 March 2015

Teman Lelaki Upahan vs MPO - Coincidence???

 
 
 






                             Assalamualaikum..hehe tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni terasa macam malas nak tulis apa-apa kat blog..jadi sekarang tengah rajin baca blog orang lain yang selalu upload drama-drama baru kat TV. Sekarang ni tengah musim malas belum ada mood hendak tonton drama melayu lebih-lebih lagi yang bersiri. Haha. Aku ni sikit lah rajin..kalau tengok drama yang ‘dragging’ mulalah hilang minat untuk menontonnya. Jangan salah faham..drama bersiri yang berjaya aku tonton hingga selesai..Mr. Arrogant Romi cinta Julia dan Teduhan Kasih. Yang lain-lain semua sekerat jalan..Hehe..sowey. Kalau telemovie atau filem masih boleh layan lagi. Itupun kalau review dari teman-teman yang sudah tonton cakap cerita bagus baru aku tengok kalau tak dengar cerita dari diaorang aje.



                             Ok macam dah terlari tajuk pulak kan..so tengah mood kemarau ni..suka baca blog Azwan Azmy..dia selalu muat naikkan drama terkini di blognya. Banyak juga drama bersiri aku ‘pass’. Tapi bila Azwan Azmy tulis drama terbaru yang di tayangkan di TV bertajuk ‘Teman Lelaki Upahan’. Tak silap drama itu dari adaptasi Novel. Tak hegeh-hegeh lagi aku terus baca sinopsisnya. Hehe bukan apa perasan tak tajuk drama itu lebih kurang sama dengan MPO kan? Sebab sebelum tajuk asal ditukar kepada MPO. Tajuk nya Man for Rent – Teman lelaki upahan. Then bila baca sinopsisnya ada 3 persamaan??? Haha..ini betul-betul kebetulan. Persamaan yang pertama tajuknyan hampir sama. Kedua, dalam TLU heronya bernama Ezwan Lufti. Dalam MPO main karektor juga bernama Lutfi. Ketiga..Hafiez seorang pemilik restaurant dan juga pandai memasak. Dan hero dalam TLU itu seorang chef. Nasib baiklah jalan ceritanya tak sama kan..kalau tidak, silap hari bulan boleh dituduh mencuri idea orang pulak kan. Sesungguhnya aku tidak tahu menahu langsung tentang jalan cerita TLU. Ini semua adalah kebetulan. Harap maklum..







Thursday, 19 March 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 42











Yes!! Meeting dengan Puan Sarah tadi berjalan dengan baik sebab Encik Haiqal yang banyak bercakap masa meeting tadi dan aku hanya duduk dengar sahaja. Yuhoo! Sepanjang meeting dengan Puan Sarah aku sibuk berkhayal tentang perbualan aku dengan ED. He sound so pleasant on the phone. ED berjanji akan ke pejabat kami sebelum aku menghantar draft pertama aku kepada Encik Haiqal. Excited jangan cakaplah sebab akulah orang pertama yang tahu siapa ED. Aku tidak sabar hendak beritahu Eddy. Aku benar-benar berharap Eddy ada di R&R hari ini kerana hampir 2 minggu Eddy tidak berada di R&R.

 
 
 

Yes! Eddy ada hari ini. Bibirku menguntum senyum bila ku lihat meja yang tempat kami biasa duduk diduduki seorang lelaki dan dari fisikal badan lelaki tersebut aku tahu lelaki itu adalah Eddy. Aku memberhentikan langkahku bila menyedari Eddy tidak duduk bersendirian hari ini kerana dia di temani seorang wanita. Siapa?? Aku berjalan perlahan mendekati mejanya. Oh fish! Aku segera berpatah balik dan menuju ke arah kaunter bila menyedari wanita itu adalah isteri Eddy. Isterinya berada di sini?

 
 
 

“Eh Marsha..kenapa you patah balik?,“ tegur Ika bila di lihatnya Marsha berpatah balik ke kaunter. Tadinya dia lihat wanita itu mahu menuju ke arah meja yang biasa di dudukinya.

 
 
 
 

“Patah balik?? Eh mana ada..I saja aje hendak tengok menu hari ini,“ jawabku pura-pura membelek menu di hadapan Ika dengan penuh minat.

 
 
 
 

“Oh ok..Mr. Eddy ada hari ini,“ ujar Ika lalu tersenyum. Dia sebenarnya tahu Marsha tidak jadi ke meja Eddy kerana Eddy di temani seseorang. Dan tadi Mr. Erhan sudah pesan padanya jangan memberitahu sesiapa tentang dirinya termasuk lah Marsha. Jadi dia berjaga-jaga bila bercakap dengan Marsha tadi agar dia tidak terlepas kata.





 

“Oh ye ke?? Tak perasan pulak..lagipun tujuan I ke mari bukan hendak bertemu dengannya,“ jawabku pura-pura tidak perasan bahawa Eddy berada di sini. Dan aku tidak tahu samada aku ke tempat lain sahaja atau teruskan niat untuk lepak-lepak di sini. Aku tidak yakin aku dapat bertemu dengan Eddy hari ini kerana dia di temani isterinya hari ini. Tapi kalau pergi tempat lain terasa bosan pula kerana tiada siapa yang menemani aku. Kalau ada teman seronok sikit. Haizz.

 
 
 
 

“Looks like your date is already here?,“ ujar Lieza lalu tersenyum.

 
 
 

Eddy menoleh ke belakang. Marsha berada di kaunter sedang membelek menu dan tidak perasan bila dia menoleh ke arahnya.

 
 
 

“Did she saw us??,“ tanya Eddy lalu tersenyum.

 
 
 
 

“I bet she did..sebab itu dia tidak terus ke tempat you...oklah I think I  better go now,“ ujar Lieza lalu bangkit dari sofa.

 
 
 
 

“Dik Lieza..come here,“ ujar Erhan memberi isyarat agar Lieza hampir kepadanya.

 
 
 
 

Lieza menjungkitkan keningnya merasa hairan bila Erhan memanggilnya. Lieza berdiri di hadapan Erhan lalu merapatkan telinganya ke mulut Erhan kerana memberi isyarat kepadanya agar mendekatinya kerana dia mahu berkata sesuatu dan tidak mahu sesiapa mendengarnya.

 
 
 
 

“Yes!,“ ujar Lieza lalu menoleh ke arah Erhan.

 
 
 
 

“Nothing actually, I just want her to see as if I peck your cheek,“ bisik Erhan perlahan.

 
 
 
 

“Oh..okay..but why?? You still want her to believe that I’m your wife??,“ soal Lieza ingin tahu. Erhan masih mahu berahsia dengan Marsha.

 
 
 
 

Erhan tidak menjawab lalu memegang tangan Lieza dengan wajah selamba.

 





Lieza mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum kerana dia tahu Erhan sengaja berbuat demikian agar Marsha nampak akan perbuatannya.

 
 
 
 

“Ok I think she saw us..aku pergi dulu ya..jangan nakal-nakal ya boss,“ usik Lieza lalu tersenyum dan pergi meninggalkan Erhan. Dia pura-pura tidak perasankan Marsha yang masih lagi berada di kaunter lalu menuju ke arah lift.

 
 
 
 

Aku tidak tahu kenapa aku merasa cemburu bila tiap kali melihat Eddy mesra dengannya isterinya. Kenapa Marsha? Kenapa aku harus ada perasaan cemburu? Aku sengaja berdiri di kaunter lebih lama kerana tidak mahu menunjukkan ketara bahawa aku sememangnya sudah berada di sini lama. Dan untuk memastikan bahawa isteri Eddy benar-benar sudah keluar dari bangunan. Aku menoleh ke arah tempat Eddy duduk. Lelaki itu seperti biasa menyambung membaca bukunya.

 
 
 
 

“Hi Eddy,“ tegurku cukup membuatkan lelaki itu tersentak terperanjat.

 
 
 
 

“Eh Hi Marsha...if you cepat sedikit you have met my wife..she just left,“ ujar Eddy lalu tersenyum.

 
 
 
 

Aku membalas senyuman Eddy tanpa memberi sebarang komen. Eh! Apahalnya aku hendak bertemu dengan isterinya. Nak kena minta izin darinya ke? Kalau setakat minta izin untuk bertemu dengan Eddy aku rasa tak perlu kot sebab kami hanya teman biasa dan isteri Eddy tahu dan pernah bertemu dengan aku. 

 
 
 
 

“Thanks Elena,“ ujar Eddy lalu membuahkan senyuman kepadanya. Elena membalas seraya berlalu pergi.

 
 
 
 

“Take away?,“ ujarku hairan kerana coffee pesanan Eddy diletakkan kedalam take away cup.

 
 
 

“You hendak santai sini or want to go for a walk with me?,“ tanya Eddy.

 
 
 
 

“A walk?? I see..hmm shall we go to the park nearby,“

 
 
 
 

“Ok,“ jawab Eddy ringkas lalu bangkit dari sofa.

 

 

*****

 

 

Pertemuan aku dengan Eddy hari ini berlainan dari hari biasa. Kami tidak menghabiskan masa membaca bersama di R&R sebaliknya kami mengambil masa untuk berjalan bersiar-siar di taman berdekatan. Something new! Keadaan cuaca yang redup dan nyaman kerana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cantik sangat! Sesekali aku menyelak anak rambutku yang menutupi mataku bila di ditiup angin. Romantik juga kan jalan petang-petang di taman! Kalau aku berjalan dengan Erhan kan bagus! Bisikku dalam hati. Ketika berjalan dengan Eddy aku cuba menjarakkan diri bila berjalan bersebelahan dengannya.

 
 
 

“So do you feel excited about Erhan plan!,“ ujar Eddy lalu menoleh ke arah Marsha yang kelihatan senyap sejak mereka keluar dari R&R tadi. Dia tidak tahu apa yang di fikirkan Marsha. Dia tahu Marsha kepingin sekali bertemu dengannya kerana mereka tidak bertemu hampir 2 minggu lamanya.

 
 
 

“Excited plus nervous,“ jawabku perlahan. Excited dan nervous dalam masa yang sama. Excited sebab hubungan kami sudah naik ke next level dan bukan sekadar sesi kenal mengenal lagi. Kami berdua sudah bersedia untuk mengenali antara satu dengan lain dengan lebih dekat lagi. Dan dalam masa yang sama aku merasa nervous kerana aku tidak pernah bertemu dengan Erhan. Aku tidak tahu samada Erhan akan suka pada aku setelah bertemu denganku atau sebaliknya. Aku juga nervous kerana aku tidak tahu samada perasaan aku terhadap diri Erhan akan sama bila bertemu dengan lelaki itu. Sebab itu aku tidak mahu over excited kerana aku tiada clue langsung akan tujuan Erhan mahu aku ke Taman KLCC jika dia mengatakan bahawa doa tidak dapat ada di sana. Pelik!

 
 
 

“Nervous??,“ tanya Eddy lalu duduk di salah sebuah bangku kayu yang tersedia. Aku berhenti melangkah lalu duduk di bangku berhadapan dengannya sengaja tidak mahu duduk di sebelahnya.

 
 
 

“Ya nervous..sejak you kata, mungkin Erhan orang yang I kenali dan rapat dengan I, I freak out ok..!!, every guy that I known I suspect Erhan,“ jawabku jujur. Aku tidak dapat tidur dengan selesa kerana asyik memikirkannya. Aku benar-benar sangka Azlee yang menyamar menjadi Erhan selama ini. Nasib baik tidak.




 

“Every guy?? So you dah narrow down your list?,“ ujar Eddy lalu tertawa kecil bila Marsha menyatakan dia tidak senang hati dan akan terus menyiasat dan mencari Erhan?

 
 
 
 

“I dah pergi confront dia pun..lucky it’s not him,“ ujarku dengan perasaan lega.

 
 
 
 

“Confront?? Serious? Siapa yang you confront?,“ tanya Eddy ingin tahu. Dia meneguk coffeenya perlahan.

 
 
 

“Azlee, thank god it’s not him..if not I will hang myself,“ ujarku lalu tersenyum lega. Entah kenapa aku benar-benar yakin dan berharap bahawa Azlee itu bukan Erhan kerana hanya Erhan sahaja yang mampu membuatkan diriku rasa special.

 
 
 
 

“Azlee?? I thought you suka pada Azlee,“

 
 
 
 

“Ya dulu..I've got better things to do than dwell on the past,” ujarku malas hendak menceritakan kepada Eddy tentang Azlee. Kalau cerita yang mengembirakan tidak apalah juga.

 
 
 

“Can I ask you something?,” ujar Eddy lalu memandang tepat ke wajah Marsha.

 
 
 

        “Sure!,“ jawabku lalu menyedut Ice Latte dan memandang tepat ke wajah Eddy.

 
 
 
 

“Why are you willing to go all the way to get to know this Erhan guy? What is so special about him yang you sanggup mengambil risiko dan menolak cinta Azlee? sedangkan you sendiri have no clue about Erhan? What if Erhan tidak seperti yang you harapkan?,“

 
 
 
 

“I don’t know..siapa sahaja akan menyangka I wanita gila yang sanggup mempertaruhkan cinta buat lelaki yang I tidak pernah kenali dan bertemu sebelum ini, dan tidak memberi peluang kepada lelaki yang selama ini I cuba miliki cintanya..., crazy isn’t it?? My heart says and strongly believe that Erhan is the one for me,“

 





“Really?? Amazing..I must admit that you really have the courage that not many woman would have it,“

 
 
 
 

Aku tidak sedikit pun merasa bangga bila Eddy memuji aku punya keberanian sebegitu, kerana aku belum bertemu dengan Erhan, jadi aku tidak berani mengaku bahawa aku wanita yang memiliki keberanian sebegitu.

 
 
 
 

“To be frank, siapa yang tak worried kan! What if Erhan tidak seperti lelaki yang I harapkan, jika hubungan kami tidak menjadi..well I’ll guess we can be friends..tak salah kan! berkawan biar seribu berkasih biar satu, betul tak Encik Eddy,“ ujarku lalu tersenyum meleret. Kawan perempuan mungkin beribu-ribu tapi kawan lelaki aku tidak mahu beribu kerana aku tidak suka hubungan akan menjadi complicated. Tak ada istilah hubungan platonic. Macam hubungan aku dengan Eddy sekarang. Aku tidak menganggapnya sebagai sahabat mahupun teman. Eddy aku kategorikan sebagai kenalan sahaja. Sebabnya aku tidak mahu ianya menjadi complicated sebab aku sudah mula suka pada Eddy.

 
 
 
 

“Berkawan? Seperti hubungan you dengan Azlee?,“ tanya Eddy lagi.

 
 
 
 
 

“I‘ll guess so..,“ jawabku tanpa berfikir panjang. Yelah hubungan kawan biasa macam Azlee.

 
 
 
 

“Fair enough..,“ ujar Eddy lalu tersenyum dan bangkit dari bangku.

 
 
 
 
 

“What! Why are you smiling..Eddy tell me???,“ soalku pula kerana Eddy tidak akan bertanya tanpa sebab dan dari senyumannya membuatkan aku merasa tidak selesa. Apa pula yang difikirkan Eddy kali ini.

 
 
 
 

“This is crazy..but since you have ask..I wonder why Erhan tak turn up that day..maybe??..oh nevermind...,“ ujar Eddy lalu mengelengkan kepalanya perlahan tidak meneruskan ayatnya.

 
 
 
 

“What???,“ ujarku tidak sabar ingin tahu.

 
 
 
 
 

“Maybe..he is in prison and that’s the reason why till now dia tak bertemu dengan you,“ ujar Eddy dengan wajah selamba.

 
 
 
 

“You can’t be serious!! Is that what you think?,“ ujarku dengan wajah terperanjat bila Eddy berkata demikian. Eddy selalu memberi aku kejutan sebegitu dan ia akan membuatkan aku berfikir dan tidak senang hati selagi tidak menemui jawapannya.
 
 
 
 
 
 
 
bersambung....